Money Matters – Muflis Muda?
Bagaimana mengelakkan muflis di usia muda?
1. Sentiasa ingatkan diri, dunia tempat permainan dan senda gurau.Akhirat itu kekal abadi. Dunia ini bukanlah tempat untuk bersenang lenang. Dunia ini tempat bersusah payah. Banyak yang perlu kita laksanakan sebagai bekalan di akhirat kelak
2. Dunia itu di tangan, Allah dihati
3. Beli apa yang PERLU, bukan apa yang mahu
4. Kurangkan beli untuk kepuasan diri sendiri, kerana nafsu takkan pernah puas. Banyakkan membeli untuk orang lain, niat bersedekah,semoga barangan itu bermanfaat untuknya.
5. Sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli, pertimbangkan dulu semua pilihan yang ada. Buat keputusan berdasarkan “mana yang Allah lebih suka”
6. Elakkan berhutang. Amalkan membeli secara tunai
7. Tanamkan dalam diri, hidup bersederhana itu lebih baik. Lebih kita rendah hati, Allah akan tinggikan lagi darjat kita disisiNya
8. Tambah aset (rumah,tanah,emas) dan kurangkan liabiliti/hutang (kereta)
9. Perbanyakkan sedekah dan berinfaq. Perhatikan sekeliling kita mungkin ada saudara, jiran atau teman yang menghadapi masalah atau dalam kesusahan yang perluka bantuan
salam perkenalan..jiwa muda ni masih panas..sibuk nak berbelanja tanpa fikirkan kesannya..follow me back ya..
ReplyDelete