06 February 2009

Senyum

"Senyum itu adalah sedekah" dan senyum itu jua boleh mendatangkan ketenangan dan keceria kepada seseorang. Dengan senyuman mampu merapatkan dua insan yang tidak dikenali, mendamaikan dua insan yang bersengketa, menambahkan untung perniagaan dan jua merapatkan ukwah sesama muslim. Berapa banyak diantara kita mampu memberikan senyuman yang iklas kepada insan yang tidak dikenali, berbeza kaum dan budaya serta agama. Dan berapa ramai antara kita melemparkan senyum ikhlas dan salam kepada saudara seagama walau tidak dikenali. Apakah perlu terjadi sesuatu musibah atau bencana baru kita ingin bersenyuman antara satu sama lain.
Betapa kuatnya suatu senyuman itu hingga ianya mampu menyatukan dua hati. Melembutkan jiwa yang keras. Menenangkan kekusutan minda.
Tengahari, di sebuah bangunan persiaran Apec. Dalam kelam kabut aku ke pejabat pelanggan dan tersempak dengan seorang wanita yang dalam tergesa-gesa sempat melemparkan senyuman. Biarpun wajahnya tidak setara Angelina Jolie namun senyuman ikhlas itu berbekas di hati. Mampukan kita sebegitu tersenyum biarpun kusut menyelinapi diri. Tersenyum aku sendiri bila melihat wajah-wajah yang kukenali mencuka dan memperdulikan temannya apabila didesir permasalahan diri. Ah..manusia...