29 September 2012

Petang dikayangan

6.00pm kalau weekday samada aku masih kat LDP atau masih terhegeh2 nak siapkan kerja. Abang pasti tengah main bola. Alang & siddiq kat pool. Dulu rasa menyesal jugak beli rumah mcm ni yelah duduk dikayangan tak ada tanah. Tapi lani rasa ok pulak yelah anak2 ada aktiviti untuk dibuat paling tak pun mereka swimming dgn anak2 jiran yg lain. Adanya security guard rasa selamat. Kata cik B kalau nak cari landed pun dia nak yg gated. Jiran2 disinipun ok sangat dan yang paling aku sayang di sini masjid assalam. D

----------
Sent from my Nokia Phone

Jom menyerok at home

It's saturday yeah.....bangun pagi berkabus mcm morning kat Cameron. Lepak kejap dibalkoni neön2 LDP masih menyala. Cik B manja tanya nak makan apa breakfast...jom pi mana-mana ayat biasa bila weekend. "Menyerok (sarapan) kat rumah lah save sket budget" jawapku. He he he ni möod rajin walaupun dah berkali kena tegur "mama nak duduk kat situ ka" bila tengok aku tak ke dapur lagi. Merajuk...yelah yelah yelah sambil ambil ayam dan potong-potong. Ambik bawang & cili besar potong2 dan masuk blend. Zrengg siap. Panas minyak tumis bahan yg diblend. Masuk ayam then meehoon. Taugeh, carot balik atas bawah taraaa siap sudah he he he selamat 40 hinggit bekpas kat luaq

28 September 2012

September sudah berakhir October mendatang


Figure 1 -menuju ke hadapan

Baru keluar dari meeting room. Alhamdulillah banyak perkara
dipermudahkanNYA. Bulan depan wajib kena banyak buat site visit..October dah
2012 dah nak berakhir. Yearly closing is coming follow by 2012 audit. Boss
akan menyahut panggilan labbaikanllah 2 minggu semoga perjalannaya di
permudahkan dan dilapangkan Allah SWT.

October ni mau serang hendap pada tenants yang very ketegaq nak membayaq.
Kena betul2 act as Kak YONG. Hope & pray vitamin B akan datang akan cantik
sikit figure dia. Banyak perkara dalam planning ni. 1st week of Oct adalah
siri serangan hendap diikuti dengan lawatan ke SSM KL Sentral.

Planning as mom at home semalam janji dengan cik B mama nak cuba resepi
baru. Yum Yum kita mulakan dengan Pavlova dulu follow by Red Valvet cupcake.
Nak meningkatkan skill isteri dan mama tak la berada di tahap yang sama.
Makanan emosi insyaallah kami satu family akan kembali ke As Salam dan Al
falah memandangkan Al Waleed dah besar dan mudah di urus. Minggu depan juga
kakak akan memulakan tusyen sebagai persediaan PMR tahun depan.

Malam jumaat punya cerita

Hari ni busy sangat, awal pagi sampai end of working hours. Apapun alhamdulillah cashflow increase more than half million. Yg risau to reduce debts ...tak ada masa sebenarnya plan awal nak buat site visit tp kat opis pun kerja berlambak....banyak benda kena clear before interim audit. Hari ni anak mama dah balik. Seronok kakak dgn aktiviti camping anjuran JPS di Kuala Kubu. Macam2 nak di share. Malam ni no home cook energy bateri mama left only half bar. Tadi otw nak balik siap berhenti beli food mama- ng kerabu, papa-ng ikan masin, abang-ng kampung, alang & siddiq-ng cina, kakak dah kenyang makan kfc yg cikgu norlaila belanja petang tadi. Dah 11.56 pm jom zzz

----------
Sent from my Nokia Phone

26 September 2012

Pasta Sambal Tumis

Nak makan apa for dinner yang pasti bukan nasi letih rasa nak makan nasi. Buka paper today...ada resepi pasta sambal tumis patut resepi pakai spiral pasta tapi didapur cuma ada spageti he he he guna apa yang ada ...cik B kata sedap & alang mmg suka resepi ni tak la terlalu west west kan....tetiba perut pida dok keloi grrr....

----------
Sent from my Nokia Phone

Pasta Sambal Tumis

Nak makan apa for dinner yang pasti bukan nasi letih rasa nak makan nasi. Buka paper today...ada resepi pasta sambal tumis patut resepi pakai spiral pasta

----------
Sent from my Nokia Phone

25 September 2012

Letih sangat

Dah terlelap baby mama ni. Tadi masa ambik dia kat rumah ibu bukan main happy tersenyum2 bila dengar suara mama. Ibu odah jiran yang berasal dr Taiping bagi tau Waleed dah mula nak merangkak....semua nak cepat anak teruna sorang ni.

----------
Sent from my Nokia Phone

Kakak 1st camping

 

Malam ni kakak tak ada di rumah pergi camping. Sunyilah rumah tu nanti. Yelah selalu kakak la yang mulut bising. Mama…a bit diam. Mama banyak action than bersuara. Yang selalu bercakap papa. Selalu yang jadi alarm pagi-pagi kakak….mama bangun dan lewat. To night mama should make alarm in my heart.  Papa tak ada la kawan nak bergaduh. Abang…diam macam mama. Marah diam. Happy pun diam. Alang la yang akan terasa malam ni.

 

 

 

 

Money isn't everything

Money isn't everything but it sure keeps you in touch with your children.  JPaul Getty . Dan dengan wang juga kita boleh membangunkan ummah.

Namun jangan terlalu mudah dibeli dengan wang dan harta dunia itu pesan mak. Jadilah insan yang ada prinsip dan maruah. Masa study dulu aku pernah buat kerja part time di sebuah hotel terkemuka di bandaraya KL. Di sana acapkali berjumpa ahli corporate dan politikus. Macam-macam perangai. Ada yang baik memberi nasihat dan tidak kurang pula yang cuba mengambil kesempatan dengan nikmat kesenangan yang Allah SWT kurniakan kepada mereka. “Temankan I ke The Mall, you nak shopping pun ok”, kata seorang yang bertitle Dato’ kepadaku. “Tempat ni tak elok untuk U mengapa u kerja di sini”, Dato’ itu mula memancing. Aku tersenyum. “Saja nak cari pengalaman & saja nak tengok perangai muslim bumiputra yang baru naik (aku tunjukkan tangan seinci) dah lupa Allah SWT”, kataku dengan loghat Kedah dan terus berlalu. Dan apa saja yang diberi oleh Dato’ tersebut seperti wang dan handphone aku pulangkan. Harta dan wang bukan segalanya. Tahun 1995 handphone terlalu mahal bagi yang bergelar student walaubagaimanapun aku tidak memandang ianya sebagai keperluan.

Beberapa tahun lepas aku berkontrak dengan sebuah kondo di mana aku perlu melaksanakan urusan perakauanan pengurusan kondo tersebut. Kebetulan aku ada menolong beberapa owner mencari tenant. Bagiku just a help tiada langsung niat mahu memungut komisen atau untung atas angin. 3 daripada owner non Malay telah member imbuhan daripada pertolongan tersebut. Imbuhan agak lumayan yang mereka kategorikan sebagai komisen. Aku pulangkan semula kepada owner namun dia berkeras mahu member padaku. Sehingga ada salah seorang owner mengatakan imbuhan itu umpama sedekah kerana aku risau untuk menerimanya. Katanya, rental kontrak 5 years yang dipeolehinya more than apa yang diberikan padaku. Dari segi perakauan komisen sesuatu urusniaga yang diiktiraf namun dari segi kewangan Islam pula kita perlu melihat dari segi urusniaga yang di jalankan adakah ianya melibatkan urusniaga yang haram atau halal.

Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut  fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut. http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/752-komisyen-ejen-insuran-takaful-a-saham-amanah.html.

Banyak perkara kadang kala kita terlepas pandang terutama bila ia melibatkan wang. Aku tepat berpegang wang bukan segalanya. Wang tidak dapat membeli kebahagian dan ketenangan seseorang individu. Ini adalah pesananku buat anak-anak. Jangan tamak dengan harta dunia hingga terputus saudara. Jangan terlalu mengejar dunia hingga lupa akhirat.

 

24 September 2012

Hidup Sederhana

 

 

Sederhana adalah amalan cik B. Aku pun dah terikut dengan gayanya. Cik B merupakan seorang yang tidak suka berhutang terutama yang melibatkan interest. Alhamdulillah prinsip yang dipegang cik B membuatkan kami melangsaikan pinjaman perumahan sebelum memasuki usia 40.

Hidup kita bukan untuk menunjuk-nunjuk itu bukan hidup yang reality. Liabiliti sepatutnya tidak melebihi aset yang kita miliki terutamanya simpanan untuk kegunaan waktu kecemasan.

Simpanan kecemasan amatlah penting terutama bagi aku dan cik B yang mempunyai anak ramai dan tinggal diperantauan. Kita tidak dapat menjangka saat kontigensi. Walaupun insuran yang sedia ada telah  cover bagi urusan admission hospital namun beberapa perkara lain perlu diambil kira misalnya keuzuran ibu bapa di kampong, kereta rosak dan masalah sampingan lain.

Usah hidup dengan redha manusia ttp carilah redha Allah SWT.

Teringat cerita warden hostel semasa di essemjay dulu, ceritanya di tahun 80an dia ada ke rumah student di kawasan pida kebetulan ternampak seorang Pak Haji sedang menunggu bas. Tak tahu kenapa dia memberhentikan kereta dan menumpangkan Pak Haji tadi. Di dalam kereta dia pun bertanya arah tujuan Pak Haji tadi, Pak Haji itu memberitahu dia nak ke Mergong untuk membeli kereta sebagai hadiah ke pada anaknya yang akan pulang ke Malaysia dari belajar di luar negara. Pak Haji tadi mengajak warden mengikutinya sebab dia kurang arif pasal kereka. Di dalam show room Pak Haji meninjau-ninjau kereta. Tidak ada seorang jurujual melayannya mungkin mereka merasakan Pak haji yang datang dengan berbaju pagoda dan berkain pelikat tidak berkemampuan. Kemuadian Pak Haji pergi bertemu dengan salah seorang juru jual apabila menemui kereta yang menarik hatinya. Semasa membuat pembayaran deposit Pak Haji itu telah membayar 15 ribu secara tunai dan selebihnya juga akan dilangsaikan secara tunai jugak. Terpegun warden dan cerita tersebut menjadi teladan dirinya dan di kongs kepada kami para pelajar supaya tidak memandang manusia berdasarkan pandangan material sahaja. 

 

 

 

 

21 September 2012

Terbakar terbakar Terbakar

“What happen tyo your face & why you look so dark”, tanya teacher kindergarden pada As Siddiq. “mama cook hot maggi to me”, jawapnya selamba. Kemuadian cikgu tersebut beritahuku. Betul tak logic punya jawapan tak tahu lah apa kaitan muka dia yang terbakar panas dengan maggi panas. Ini lah kesannya bermain dipasiran pantai ….terbakar dan membakar

 

Tengok makan kuaci pun kat sini mana tak rupa dah terbakar…hilang la kejambuannya tu. Pagi tadi tengok kulit muka yang terbakar tu dah mula mengelupas. Tangan kecil tu nampaknya tidak senang duduk mula menarik kulit2 mati.

 

 

 

 

Aku Budak Hostel: Teman-teman Essemjay

Make a wish siapa yang aku nak berjumpa..dulu nak sangat aku berjumpa dengan kak long Hariyati, Kak Long Hariyati satu batch denganku kami dulu satu dorm. Satu dorm macam adik beradik. Alhamdulillah tahun ini aku ketemu dengan dia. Kak long masih maintain macam dulu…cantik sebagaimana di Essemjay. Kartika Shahrema unik kan nama dia. Dulu di Essemjay aku kamgum dengan nama-nama unik kawan-kawanku. Nama ini melekat di hatiku. Allah SWT mengatur segalanya kebetulan syarikatnya dan berurusan dengan syarikatku yang memerlukan aku ke Subang. Bertemulah kami di sana dengan muka sama-sama dipam-pam.

Kak Yang Nazriyah merupakan teman yang jodoh persahabatan kami panjang. 1998 selepas maternity leave aku bertemunya secara kebetulan semasa aku melalui opisnya di Bandar Sunway yang kemuadian kami menjadi jiran. Hubungan kami lebih dari kawan sekolah memandangkan Cik B dan Mie jugak kenal rapat.

Pak Ku Mad Noor merupakan kawan cik B masa di essemjay. Dia dari essemjay mmg suka menyakat. Aku tersempak dengan dia tahun 1994 di Kodiang kebetulan dia nak kahwin, ha ha ha soalan cepumas dia, “hang dengan det lagi ka”. Tu sebenarnya ayat penghubung la mad Nooq. Kemuadian aku & cik B bertemu Md Noor di KL.

Kamel adalah junior aku dan cik B. Dia juga anak kepada Ustaz Mustaffa. Kamel dan Hatta antara mereka yang masih ada dalam ingatanku memang tidak terduga rumah yang kami beli pada 1999 rupanya mempunyai jiran dari Essemjay. Rasa dunia ni kecik sangat. 

 

 

 

 

 

 

 

Berjaya juga testing

Just like write an email..what I did now …finally boleh post juga…inilah yg dinamakan blogger ketegaq tak boleh hidup tanpa memblog.

 

Di opis ni ada seorang adik sebagaimana aku juga suka membelog …percubaan pertama berjaya belog via email …

 

 

 

posting testing

Tetiba aku tak boleh nak post ke blog error yang sama sebagaimana error terdahulu..” ERROR: Possible problem with your *.gwt.xml module file.

The compile time user.agent value (ie9) does not match the runtime user.agent value (gecko1_8). Expect more errors.” What should I do….

 

 

 

 

18 September 2012

Konvoi Pantai Timur CAJK (our BIG FAMILY)

Kali ini seperti biasa bersama jiran-jiran kecuali Laila dan Zahrin yang tidak dapat turut serta berkonvoi ke Pantai timur. Seperti meeting kami akan berkumpul di lobby kediaman pada pukul 4 pagi namun aku dan cik B terbabas tidur kerana semalam kami agak lewat pulang ke rumah kerana menghadiri 2nd kazen gathering di Putrajaya. Rasa amat bersalah kepada jiran-jiran yang terpaksa menanti kami. Maafkan kami maafkan kami.
perhentian Lanchang
Jam 5.00 am, 5 biji mobil mulai meredah kesunyian pagi ke LDP kemudian MRR2 dan seterusnya Karak Highway. Kami berhenti solat subuh di Petronas, Karak Highway dan kemudian meneruskan perjalanan ke Lanchang yang kebetulan Zai dan Din telah sedia menunggu kami di sana untuk acara breakfast. Di lanchang kami bertemu dengan seorang ahli baru iaitu anak buah Zai dan Din yang cute, Wanie. Berkali-kali aku memandang wajahnya yang ceria dan manis.

Selesai breakfast dari 5 bertambah 1 lagi kereta menyusur Leburaya Pantai Timur menuju Gambang Water Parks dan konvoi sejauh  235km akhirnya sampai di Gambang dengan kos tol RM24.90. Saat sampainya kami di sana orang ramai  mulai memenuhi kawasan peranginan tersebut.
jiran merangkap sahabat juga kuanggap sebagai saudara ...syukur Ya Rabb kerana mengurniakan insan2 yang baik di sekelilingku
anak2 dara CAJK
kaum bapak baru lepas gegel naik family Raft Ride
teruja
versi mummy2 hampir karam

Banyak aktiviti yang disukai anak-anak ada di sini cuma Al Waleed masih berkepit, jadi mama hanya cuba satu saja iaitu Family Raft Ride yang dikatakan the longest in Malaysia. Berkali-kali cik B tanya, "betoi ka mama nak naik", "betoi la..", aku cuba nak rasa, mmg menakutkan & rasa macam nak tercampak keluar. Ia mcm ujian jugak kadang kala kita rasa tak sanggup nak menghadapinya namun lambat laun ujian atau cabaran tersebut sampai ke noktahnya. "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi". Memang enjoy walaupun semalam dadaku dah mula sakit kembali dan kesukaran nak bernafas. Hu hu hu sapa suruh cari pasal kan.....sendiri buat sendiri tanggung. Walaupun dah dalam situasi unfit masih lagi nak beradventure macam 12 tahun lepas. Macam-macam nak rasa dan nak buat. 
orang yang menjaga as siddiq mmg kena bagi token..baguih anak dara ni
Ooopps

Jam menghampiri pukul 4.00 petang kami mula bersiap-siap untuk pulang dan melangkah keluar dari Taman Tema ini pukul 5 lebih kemuadian menuju ke Pematang Badak, rumah kakak Jiran kami iaitu Wan Monie. Terasa macam membebankan tuan rumah yelah kami datang berkonvoi terpaksa pula tuan tumah melayan semoga Allah SWT merahmati mereka. 
As Siddiq & Wafi...menjak dapat adik ni Wafi dah banyak berubah ..dah jadi big boy
seiras...

Perjalanan seterusnya ke Mermaid Inn iaitu tempat kami bermalam dan santai. Suasana malam membuatkan kami tersasar dan pihak chalet datang memandu arah. Akhirnya pukul 10 malam kami sampai di sana. 
aktiviti utama kaum bapa tak kira dimana
idea Zai akhirnya terlelap Waleed di sini
4 Dara...


Keesokan pagi, 16.09.2012 bersempena dengan Hari Malaysia dan juga bufday puteri keduaku Alang Myra kami dapat menikmati deruan bayu Laut China Selatan. Syukur Ya Allah Ya Rabb dikurniakan kami jiran-jiran yang baik dan sentiasa mengingatkan kami kepadaMU. Bukan semua orang dapat menikmati rezeki ini jiran yang baik, kawan yang baik, saudara yang baik, anak-anak yang mendengar kata....ianya merupakan kurniaan dariNYA. Harta berguni tidak sama dengan kedamaian jiwa.

Petang pula kami menuju ke Kemaman ...makan sata nyum nyum nyum. Kedai yang di pilih adalah Kedai Aziz Satar. Kemuadian kami berhenti di tepi jalan semasa otw to chalet untuk membeli keropok, budu dll.
cara-cara membuat keropok lekor ya
jom makan sata sata

berapa banyak nak order ni...org tahun 1972 mmg murah rezeki he he he
Hari seterusnya pagi-pagi lagi kami meronda perkampungan sekitar Cherating mencari sarapan pagi. Not Bad ada nasi minyak, nasi kerabu, nasi dagang, kueh2 dia pun sedap.
pilih kak pilih kak

rupa mcm nak tambah lagi sebiji roti kosong

teringat anak2 kat chalet
Last aktiviti.....hu hu hu dah nak balik pun mcm biasa bersalaman ...Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kekalkanlah silatulrahim kami sehingga ke akhirat sana. Banyak yang aku belajar di sini terutama memerhatikan Kak Long & Abng Long ....ada resepi bagaimana mereka mendidik anak yang kelihatan amat rapat dengan kedua ibu bapa walaupun telah remaja belia.

Aku juga perhatikan Man dan Tina. Man dengan sifat realistik familyman. Itulah romantik orang melayu sebenarnya. Memegang kuat tanggungjawap kepada keluarga merupakan tongak kepada kerukunan rumahtangga. Sifat sensitif kemanusian Zai amat menarik hatiku. Ia merupakan sifat semulajadinya sebab ia berlaku secara spontan. Hidup ini adalah learning .....sesuatu yang baik itu haruslah menjadi teladan

OUR BIG FAMILY...ooppps kurang satu family lagi
ampun maaf andai terkhilaf
ampun dan maaf andai ada terlanjur dan tersalah kata....

 


Hepi Bufday ke 12 Al Khattab

Paling mencabar nak mencari pic anak teruna baju biru ni ....susah nak bergambar kalau nak pun ikut mood. Hari ni Al Khattab 12 tahun.

Al Khattab dilahirkan awal sebulan dari tarikh jangkaan dimana aku terpaksa diinduce kerana water bag leaking. Dilahirkan dengan berat 3.2 kg kelihatan amat kecil berbanding kakak. Kulit sedikit gelap berbanding kakak. Namun kulit gelap kemerahan yang diwarisi cik B ini amat kebal tidak seperti kulit kakak yang terlalu sensitif. Khattab antara anak yang tidak kami vaksinasikan. Alhamdulillah sepanjang 12 tahun dia antara yang amat jarang demam atau sakit kecuali masalah asmanya.

Berkelebihan kalimah-kalimah Allah SWT dan suka meluangkan masa membaca Al Quran. Walaupun sedikit keras hati namun ada ketikanya dia mudah dipujuk. Sebenarnya membesarkan Al Khattab ini merupakan cabaran buat mama....perlu banyak bersabar walau ada ketikanya tidak dapat bersabar.Kata seorang ustazah mungkin pengaruh nama membuatkan hatinya sebegitu.

Mama mengambil nama Al Khattab dari nama sahabat Rasulullah iaitu Umar Al Khattab. Saidina Umar bin Al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun.Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuan nya membaca ayat -ayat AL-QURAN . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah S.A.W juga pernah berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah S.A.w bersabda : Apabila Umar memeluk Islam,Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar. Selain itu aku juga amat admire pada perjuangan Ibnul Khattab di Chechnya dan aku sentiasa mengikut pekembangan pejuang itu sedari tahun sebelum kelahiran putera sulungku ini.

"Abang ank jadi apa bila besaq", tanyaku ketika al khattab sebaya dengan As Siddiq sekarang. "Abang nak duduk tempat yang selalu imam duduk tu kat atas". Al khattab banyak mengikut kakaknya, semua perkara mesti dirujuk dengan kakak. 
Al Khattab

Cepat sungguh masa berlalu dari menangis melalak ....sekarang dia dah 12 tahun semoga Allah swt sentiasa melindungiNYA dan meletakkan Al Khattab mama bersama insan2 yang soleh.


No Short Cut Way To Success

Aku tetap berpegang kepada, "no short cut way to success", tanpa pengorbanan, kerja keras mana mungkin kita akan menikmati suatu kejayaan.

10 tahun lepas cik B pernah di marahi oleh teman seopisnya gara-gara aku tidak membenarkan cik B menyertai skim MLM anjuran teman tersebut. "ikut sangat cakap bini", kata teman tersebut. Oleh kerana teman itu ingin mempengaruhiku untuk menyertai program itu beliau telah pergi ke rumah. Jawapan aku tetap sama ...tidak.

Selalunya bila ada yang mempromosi sesuatu aku akan dapatkan maklumat. Dari kecil abah & mak mendidikku sentiasa berhati-hati dengan setiap keputusan yang dibuat. Jangan mudah terpedaya dengan bujuk rayu. Fikir dan fikir.

Dalam kehidupan ini kita tidak boleh main redah saja dan kita tidak boleh mengambil mudah sesuatu yang melibatkan nilai tambah pendapatan kita.



14 September 2012

Incik-incik

Semalam dapat call dari incik Rosli iaitu abang ku yang sulung dan anak mak & abah yang ke empat. Dia menjemput ke rumahnya open raya katanya. "Kami ada hal lain", kataku..."Ala takkan tak boleh mai sat", katanya padaku..."tak kut, adik berkonvoi", jawapku lagi....
Pic2 ini di ambil di Ayer Tawar, Perak semasa weeding Emy beberapa tahun lepas

Bukan nak mengelak untuk pergi ke rumah incik Rosli kalau dulu semasa incik Rosli masih bersama kakak ipar akulah yang beriaya kesana. Kini semua tu sudah tiada. Incik Rosli sudah bersama orang baru mungkin dia memerlukan kami adik beradik untuk menyokongnya. Sikap incik Rosli pada kakak ipar dan anak-anak menakanku terlalu menguris hatiku biarpun kakak2 dan Incik Roslan menerima perkara tersebut dengan fikiran yang terbuka. Mungkin aku terlalu rapat dengan kakak ipar dan merasakan dia umpama kakak sendiri itu yang membuatkan aku sukar menerima apa yang berlaku.

Aku ada tiga abang. Sayang sangat pada mereka. Incik Rosli berpewatakan agak cool manakala Incik Roslan ada saja nak disakat Incik Mulok seorang yang amat bertanggungjawap. Incik Mulok amat dekat denganku dan dialah yang selalu menjagaku ketika di laman pida. Dialah juga yang menghantarku ke sekolah untuk mengambil surat tawaran ke essemjay. Dan dialah juga yang selalu menghantarku ke hostel dahulu. Sebenarnya aku amat rapat dengan abang2ku, kami agak sekepala dalam banyak hal. Kami banyak berkongsi dalam pelbagai perkara memandangkan minat aku terarah kepada permotoran.....kalau bertemu ada saja dibincangkan dari kereta ke peluang-peluang perniagaan di pasaran. Pemikiran abang-abang yang lebih terbuka berbanding kakak-kakak membuatkan aku amat selesa bersama mereka. Satu yang best pasal incik2 ini mereka jarang ambik hati.....orang lelaki katakan.

13 September 2012

Bad habits are easy to form but difficult to live with, good habits are difficult to form but easy to live with

Hari ini hari pertama aku mengikuti 40 hari Jurnal Inspirasi Diri. Alhamdulillah, Allah SWT mengerakkan saraf2 sendi untukku bersemangat waja.


Memasuki maghrib aku terus memasang niat sebagaimana kita memasang niat di bulan Ramadhan. Semua berjalan lancar sehingga aku terjaga pada pukul 5.00 pagi. "Mama bangun sahur ke", tanya kakak. Apa tidaknya selalunya anak dara inilah yang paling awal bangun, mandi, sediakan sarapan kemudian dia akan kejutkan adik-adik untuk mandi paling terakhir mama & papa. Sebenarnya anak mama ini amat tinggi keprihatinannya selalu fikirkan mama yang tidak cukup tidur disebabkan iklan-iklan bersama baby Al Waleed.

Pagi sesampainya di pejabat....mataku mulai membanjir bila baca blog Allahyarham adik Yasmin yang di tulis oleh bondanya. Wajahnya yang hampir seiras dengan kakak buatkan aku sebak. Sebak yang tidak dapat tertahan. "Sesungguhnya Dari Allah Kita Datang an KepadaNya Kita Kembali"

Sebagaimana yang dikatakan oleh Pak Pramoedya Ananta Toer, "Tahu kau mengapa aku sayangi kau lebih dari siapa pun? Karena kau menulis. Suaramu takkan padam ditelan angin, akan abadi, sampai jauh, jauh di kemudian hari. (Mama, 84)”.

Itulah bezanya insan yang menulis dengan insan yang petah berkata-kata. Kata-kata dari bibir akan membisu bila nafas terhenti.

Amanah dariNya....semoga kami dapat memegang amanah ini dgn sebaiknya
Kembali kepada Jurnal Inspirasi Diri......ia berdasarkan mutiara kata "Bad habits are easy to form but difficult to live with, good habits are difficult to form but easy to live with".

Sesungguhnya Ya Allah aku amat bersyukur dengan segala yang Kau anugerahkan padaku. Semoga Allah SWT terus mengenggam erat hatiku dan keluargaku ke arah mencari redhamu. Ampunilah aku Ya Allah atas khilafku.

Banyak perkara yang perlu aku lakukan dalam mencari inspirasi ini. Ia adalah tanggungjawap aku sebagai hamba Allah juga isteri dan ibu kepada anak-anakku. 

Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"


SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.


Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)


By: Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl.

Inilah yang dikata "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia."  Para ibu tidak semestinya keluar berlegar diluar untuk menggoncang dunia hanya dengan didikan sedari usia kandungan mampu melahirkan pemimpin dan dai'e yang hebat. Semoga perjalanan jurnal inspirasi diri ini memberiku panduan dalam mengapai cita-cita menjadi ibu sebagaimana ibu Ustaz Don Daniyal Biyajid.




12 September 2012

Kau Yang Terindah

Apa yang terindah dalam drama slot Akasia Kau Yang Terindah....sebenarnya aku tak ikut sangat cerita ini namun aku tertarik dengan dialog2 di awal slot tersebut....
anugerah terindah dariNYA

Duhai Tuhan....
    Jika dengan melepaskan cintaKu maka aku akan memperolehi kewarasanku..
    Maka biarlah aku menjadi gila seumur hidupku...
Duhai Tuhan...
    Andai aku mampu meminta padaMU disaat ini...
    Aku ingin tanah ini terbuka dan menyelangkuh hidup-hidup...
    Atau hali-lintar keluar dari langit..dan menyambarku hingga ku mati dihadapanmu 
    tuhan...
 Duhai Tuhan...
    Meskipun sudah bertahun dia mengikat tanda cintaku tanpa bahagia..
    Biarlah cintaku tumbuh..Biar ia semakin merekah dan mekar..
    Meskipun aku telah layu dan Mati....

Sebenarnya dalam kehidupan realiti kita sememangnya selalu berdialog sebegini.....

Ya Rabb...Sesungguhnya aku amat lemah
terlalu acap melakukan khilaf
ampuni daku Ya Allah Ya Rahman

Ya Rabb...Kau Maha Mendengar akan bisikan hati ini
Jadikanlah aku insan yang bahagia dan mampu membahagiakan nsan sekelilingku
Jadilah aku insan yang sentiasa memberi
Jadikanlah aku insan yang pemurah

Sesungguhnya hidup ini adalah sesuatu yang terindah bila, dimana, dan dengan siapa kita berada kita masih mampu berdialog dengan Pencipta kita. Tak kira di mana kita tidak pernah merasa sepi kerna kita ada DIA.

Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian

“Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian.” ― Pramoedya Ananta Toer
kehidupan ini adalah apa yang ada di dalam fikiran kita

Ini adalah kata-kata Pak Pramoedya Ananta Toer, aku membaca karyanya sedari usia 9 tahun. Erm...buku-buku kepunyaan kak Tie dan saat itu aku pantang ada masa pasti mencari buku-buku untuk dibaca. Lantaran itu sedikit sebanyak gaya penulisanku tertiru gaya bahasa Pak Pramoedya Ananta Toer. Apatah lagi dengan larangan abah tidak membenarkan anak-anaknya membaca majalah yang berunsur hiburan dan komik.

Ada pepatah mengatakan jika kita ingin kenal seseorang itu, cari siapa kawan-kawan yang melingkunginya dan cari juga apakah sumber bacaannya. 

Menulis adalah bekerja untuk keabadian dan menulis bukan kerana nama. Dasarnya aku membuka akaun blog ini atas saranan seorang teman iaitu Laila Latip.

Sebenarnya hidup kita cuma untuk hari ini kerna kita tidak tahu akan adanya hari esok. Andai tidak kita isi kehidupan ini dengan sesuatu yang bermakna dan sesuatu yang memberi tenaga dan kebahagiaan pada insan lain alangkah ruginya hidup kita. Hidup yang hanya mementingkan diri dan perut sendiri tidak memberi kebahagiaan pada sesiapa termasuk diri kita sendiri. Malah aura negative yang hadir dari sifat itu akan meruap rasa tidak senang insan sesekiling kita.

Semalam takala di rumah, Cik B pergi melawat Uda yang demam aku sempat melihat2 semula surat2 lama. Tersenyum sendirian dan surat-surat tersebut kini menjadi tatapan anak-anak. Itulah alasan mengapa kita perlu menulis. Kerna dengan tulisan ia mampu melakar sejarah. Sebagai mana terlakarnya sejarah penemuan tentang kehadiran Islam di Nusantara berdasarkan Batu Bersurat.

Iltizam aku selepas Ramadhan untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Insan yang cuba memperbaiki diri dari sifat mazmumah. Insan yang cuba membina inner peace dalam diri. Aku tidak mahu lagi menjadi insan yang hanya melihat orang lain atau membuat kesimpulan mengenai orang lain.

Tempat-tempat yang banyak dikunjungi syaitan

Kepada anak2 telah kuterangkan dengan jelas mengapa aku dan suami tidak akan membawa mereka ke kota keriangan, Genting Highland. Kakak dan abang (alkhattab) mulai mengerti makna syubhah. Dan mulalah pelbagai soalan keluar dari mulut mereka.
Pasar Kia Peng....kategori pasar juga ni

"mama, ICT ok kan", kata al Khattab.
Aku tersenyum.
"Mama rasa tempat tu tak memberi apa-apa pembelajaran dan menafaat pada anak2 mama, so buat mana ni kita tak payah la pi tempat mcm tu", jawapku.
"ada syaitan ka mama", tetiba As Siddiq bersuara.
Semua terdiam. Aku mencari-cari ilham untuk menjawap pertanyaan tersebut.
"tempat-tempat keraian yang manusia leka dari mengingatkan Allah SWT mmg ada banyak Syaitan, sbb syaitan tak suka masjid, surau dan majlis ilmu (sekolah)...ha kalau sapa segan (malas) nak pi sekolah mesti ada syaitan sebelah dia", kataku kebetulan sekarang As Siddiq malas nak ke sekolah.
"Mana ada..Siddiq rajin la". jawapnya sambil diusik Alang Myra dengan mimikkan wajah. "eiii banyaknya syaitan bergayut", Alang Myra terus mengusik.

Sebenarnya dulu mertua pernah berpesan, kalau boleh elakkan dari membawa anak2 ke pasar malam, pasar raya..apa2 saja yang ada nama pasar. Sebab tempat2 sebegini berkeliaran syaitan-syaitan takut-takut kata mertua nanti dibisikkannya hasutan kedalam hati anak kita.


Berikut adalah tempat-tempat yang banyak dikunjungi syaitan, di antaranya:

1. TEMPAT ISTIREHAT UNTA

Dari Abdullah bin Mughaffal r.a. berkata, bersabda Rasulullah SAW: "Solatlah kalian di tempat peristirahatan (kandang) kambing dan janganlah kalian solat di tempat peristirahatan (kandang) unta kerana sesungguhnya unta itu diciptakan dari syaitan." [HR Ahmad (4/85), Ibnu Majah (769) dan Ibnu Hibban (5657) dan selainnya)]

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam "Majmu Fatawa" (19/41) ketika menjelaskan tentang penyebab dilarangnya solat di tempat peristirahatan unta. Yang benar bahawa penyebab (dilarangnya solat) di kamar mandi, tempat peristirahatan unta dan yang semisalnya adalah kerana itu adalah tempat-tempat para syaitan.

2. TANDAS & BILIK MANDI

Dari Zaid bin Arqam r.a., bahawa Rasulullah SAW, bersabda: "Sesungguhnya tempat-tempat buang hajat ini dihadiri (oleh para syaitan, pen), maka jika salah seorang dari kalian hendak masuk kamar mandi, ucapkanlah "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari syaitan laki-laki dan syaitan perempuan." [Ahmad (4/373), Ibnu Majah (296), Ibnu Hibban ( 1406), Al Hakim (1/187)]
الْخُبُثِ adalah syaitan laki-laki dan الْخَبَائِثِ adalah syaitan perempuan. Demikian banyak orang yang terkena gangguan jin adalah di tandas-tandas.

3. LEMBAH-LEMBAH
Sesungguhnya jin dan syaitan mengunjungi lembah-lembah dan tidak di pergunungan. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam "Majmu Fatawa" (19/33): "Lembah-lembah adalah tempatnya kaum jin kerana sesungguhnya mereka lebih banyak ditemukan di lembah-lembah daripada di dataran tinggi."

4. TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH / KOTORAN

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam "Majmu Fatawa" (19/41): "(Para syaitan) ditemukan di tempat-tempat bernajis seperti kamar mandi dan tandas, tempat sampah, kotoran serta perkuburan."

5. KAWASAN PERKUBURAN

Telah datang dari hadis Abu Said Al Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW, bersabda: "Permukaan bumi itu semuanya masjid (boleh dijadikan tempat untuk bersolat, pen) kecuali perkuburan dan kamar mandi." [HR Ahmad (3/83), Abu Daud (492), Tirmidzi (317), Ibnu Hibban (1699), Al Hakim (1/251)]

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam "Majmu Fatawa" (19/41) ketika berbicara tentang tempat-tempat jin: "Pada perkuburan itu terdapat sarana menuju kesyirikan sebagaimana perkuburan juga menjadi tempat mangkalnya para syaitan (Lihat ucapan beliau sebelumnya). Para syaitan menuntut orang yang hendak menjadi tukang sihir untuk selalu tinggal di perkuburan. Dan di sanalah para syaitan turun mendatanginya dan tukang sihir itu bolak balik ke tempat ini. Para syaitan menuntutnya untuk memakan sebahagian orang-orang mati.”

6. TEMPAT YANG TELAH ROSAK & KOSONG

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam "Al Adab Al Mufrad" (579) dari Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW, berkata kepadaku: "Janganlah kamu tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman kerana tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman itu seperti tinggal di kuburan."

Hadis ini hasan. Berkata lebih dari satu ulama bahawa Al Kufuur adalah tempat yang jauh dari pemukiman manusia dan hampir tidak ada seorang pun yang lalu di situ. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagaimana yang disebutkan dalam "Majmu Fatawa" (19/40-41) ketika berbicara tentang jin: "Oleh kerana itu, (para syaitan) banyak ditemukan di tempat yang telah rosak dan kosong."

7. LAUTAN

Dalam hadis Jabir r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan (dalam riwayat lain di atar air) dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.” [HR Muslim (2813)]

Dan juga datang dari hadis Abu Musa r.a. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan yang lainnya dan hadis ini sahih. Sebahagian ulama menyebutkan bahawa lautan yang dimaksudkan ialah samudera "Al-Haadi" kerana di sanalah tempat berkumpulnya semua benua.

8. CELAH-CELAH BUKIT

Telah datang hadis Ibnu Sarjis r.a. dia berkata: Bersabda Rasulullah SAW: "Janganlah salah seorang diantara kalian kencing di lubang…"

Mereka berkata kepada Qatadah: "Apa yang menyebabkan dibencinya kencing di lubang?" Dia berkata: "Disebutkan bahawa itu adalah tempat tinggalnya jin". Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad (5/82), Abu Daud (29), An-Nasai (34), Al-Hakim (1/186) dan Al-Baihaqi (1/99). Lebih dari satu ulama yang membenarkan bahawa Qatadah mendengar dari Abdullah bin Sarjis r.a. (Lihat kitab "Jami' At Tahshiil.)

Hadis ini disahihkan oleh Al-Walid Al-Allamah Al-Wadi'i dalam "Ash Shahih Al Musnad Mimma Laisa fii Ash Shahihain" (579).

9. TEMPAT-TEMPAT KESYIRIKAN, BID'AH DAN MAKSIAT

Para syaitan mengunjungi setiap tempat yang di dalamnya manusia melakukan kesyirikan, bid'ah dan kemaksiatan. Tidaklah dilakukan kebid'ahan dan penyembahan kepada selain Allah SWT, kecuali syaitan melakukan kejahatan yang cukup besar di dalamnya dan memesongkan para pelakunya.

10. RUMAH-RUMAH YANG DIDALAMNYA MAKSIAT BERLELUASA

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar." [HR Bukhari (3226) dan Muslim (2106) dari hadis Abu Thalhah dan Aisyah Radhiyallahu 'anhuma dan datang pula dari para sahabat yang lain).

Jika malaikat tidak masuk ke dalam rumah, maka syaitanlah yang masuk kerana malaikat adalah tentara-tentara Allah SWT yang diutus untuk menjaga kaum mukminin dan menolak kemudaratan dari mereka. Termasuk kebodohan adalah jika seorang muslim mengusir malaikat dari rumahnya yang menyebabkan masuknya jin dan syaitan ke dalamnya. Maka makmurkanlah rumah itu dengan zikir kepada Allah SWT, ibadah serta membaca Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai perkuburan kerana sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah." (HR. Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya).

11. PASAR-PASAR

Telah datang dari Salman r.a., berkata: "Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk ke pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya kerana pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan di sanalah ditancapkan benderanya." [HR Muslim (2451)]

Ucapan ini memiliki hukum marfu (disandarkan kepada Rasulullah SAW, pen). Yang dimaksud dengan ا لمعر كة dalam kata " معركة الشيطان " adalah tempat peperangan para syaitan dan mereka menjadikan pasar sebagai tempat perang tersebut kerana dia mengalahkan majoriti penghuninya disebabkan kerana mereka lalai dari zikrullah dan gemar melakukan kemaksiatan.

Dan ucapannya " وبها ينصب رايته " (dan dengannya dipasang benderanya), untuk menunjukkan perbuatan syaitan untuk melaga-lagakan sesama manusia. Oleh kerana itu, pasar merupakan tempat yang dibenci oleh Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar." [HR Muslim (671)]
Demikianlah syaitan-syaitan berkumpul di tempat-tempat yang di dalamnya banyak berlakunya perbuatan maksiat dan kemungkaran.

12. JALAN-JALAN / LORONG-LORONG
Dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika telah datang malam, maka cegahlah anak-anak kalian untuk keluar kerana sesungguhnya jin itu berkeliaran dan melakukan penculikan. Matikan lampu di saat tidur kerana sesungguhnya binatang fasik itu kadang-kadang menarik sumbu lampu sehingga membakar penghuni rumah tersebut." [HR Bukhari (3303) dan Muslim (2012)]
Wallahua’lam.

07 September 2012

Open raya

Hari ni department kami buat Open Raya ...aku masih dalam mode lemau apa taknya dengan baby, anak nak UPSR campur dengan anak yang asma buatkan mama tidur malam tak lena. Mula ingat nak order Roti Jala tp telah di booking oleh En Sharel mujur Siti ajak nak buat laksa....he he he Laksa ikan salmon kata Encik Sharel. Mujur adik di opis yang kuanggap macam anak buah sbb nama bapanya mcm nama abangku telah mengupdate pasal Open raya di sini Potluck Raya. Siap dengan pic yang terang dan jelas.

Syukur Allah SWT letakkan aku di sini.....orang2nya membuatkan aku lebih ingin dekat denganMU ya Rabb


Aku Budak Hostel: Amanah dan Kunfayakun

Seperti biasa di bulan ramadhan kami pelajar hostel di benarkan keluar untuk membeli makanan di bazar ramadhan berhampiran. Aku, Shipah dan Shikin bergegas ke rumah pengawal untuk menulis nama. "hang ada pen", shipah dan Shikin mengeleng kepala. Kebetulan sebelum kami ada senior Asrama Putra baru lepas menulis nama. "Abang pinjam pen", kata ku pada seorang senior yang tinggi lampai. Selesai menulis aku berikan semula pen tersebut sambil mengucapkan terima kasih. Dia tersenyum. Dan selepas itu dia asyik menoleh ke arah kami. Pelik. "kenapa senior tu asyik toleh3 dia tegok sapa", tanya Shikin.
zaman hostel...hepi manjang hepi

Selepas cuti aidilfitri, pihak warden mengadakan jamuan Hari Raya di Dewan sekolah sebenarnya ianya merupakan rutin di Essemjay. Persiapan awal telah dilakukan. Aku tidak pasti samada kebetulan atau dirancang senior tersebut duduk betul2 bertentangan denganku dan benar2 buatkan hatiku sakit. Nak makanpun susah. Asal angkat muka saja dia memandangku. Macam ada yang nak kena tumbukan K.O ni. GGGrrrrr. Selera makan benar2 terganggu dan aku terus membawa tray makanan ke tong sampah bersebelahan dewan makan. Kedengaran namaku dipanggil. Aku menoleh. Huuuh mamat ni lagi, apa dia nak. Aku bergegas tanpa menghiraukan panggilan tersebut kembali ke tempat duduk di dewan. 
ni versi bila yer ....ooop dah 17 thn kategori antik ni

Senior (cik B) tadi telah memberikan satu tupperwere dalamnya berisi kueh raya dan surat perkenalan melalui rakan satu dorm, Fishah dan Wati. "Mama tu sombong sangat langsung tak nak layan papa dulu'" itulah kata2 cik B pada anak-anak sehingga sekarang. Asal keluar saja mesti dia belikan makanan padaku. Aku pernah memarahinya kerana membeli bunga & hadiah padaku sebab bagiku wang saku dari ibu bapa adalah amanah dan tidak elok dibelanjakan sebegini. 
versi 1998...jerangkung dlm almari

Aku tetap berpegang kepada pesan mak & abah. Ingat Allah dan jaga nama abah juga mak. Kemudian kunfayakun menentukan 6 tahun kemudian kami mengikat tali pertunangan.
versi 2012 mama yg makin cubby2

Tak sedar rupanya sudah 15 tahun aku & cik B bergelar suami isteri. Bersama kami kini 2 puteri dan 3 puteri. Dan semalam sempat aku bertanya cik berkenaan lirik lagu Intanku Kesepian.."belum sempat aku memberi padamu..engkau yang ku damba hilang tiba2"....apa yang tak sempat nak bagi tu....cik B cuma tersenyum. ...

"If ever you wondered
If you touched my soul
Yes you do
Since I met you I'm not the same
You bring life to everything I do
Just the way you say hello
With one touch I can't let go
Never thought I'd fall in love with you
Because of you my life has changed
Thank you for the love and the joy you bring
Because of you I feel no shame
I'll tell the world just because of you
Sometimes I get lonely
And all I gotta do is think of you
You captured something inside of me
You make all of my dreams come true
It's not enough that you love me for me
You reached inside and touched me internally
I Love You best explains how I feel for you
Because of you my life has changed
Thank you for the love and the joy you bring
Because of you I feel no shame
I'll tell the world just because of you
The magic in your eyes
True love I can't deny
When you hold me
I just lose control
I want you to know
That I'm never letting go
You mean so much to me
I want the world to see
It's because of you
Because of you my life has changed
Thank you for the love and the joy you bring
Because of you I feel no shame
I'll tell the world just because of you
My life has changed
Thank you for the love and the joy you bring
Because of you I feel no shame
I'll tell the world just because of you
Because of you.... 

tak pasal2 aku kena dengar lagu ni dari tak kenal Keith Martin terpaksa la kenal yelah aku nikan buta lagu asyik mengulat dengan buku saja kan. Ini adalah kurniaan ArRahim dan ArRahman semoga kekallah hingga ke akhirat. 

Ya Tuhan....sesungguhnya chenta, sayang itu adalah milikmu dan hati kami ini jua milikMu ya Rabb gerakkanlah hati2 kami ke arah menyintaimu...tetapkanlah hati2 kami hanya mengingatiMU ya Allah. Sometimes I get lonely and all I gotta do is think of you
You captured something inside of me
You make all of my dreams come true
It's not enough that you love me for me
You reached inside and touched me eternally
I love you best explains how I feel for you...

Chorus:
Because of you, my life has changed, thank you for the love and the joy you bring
Because of you, I feel no shame, I'll tell the world it's because of you

Bridge:
The magic in your eyes
True love I can't deny
When you hold me I just lose control
I want you to know that I'm never letting go
You mean so much to me I want the world to see,
It's because of you

Sometimes I get lonely and all I gotta do is think of you
You captured something inside of me
You make all of my dreams come true
It's not enough that you love me for me
You reached inside and touched me eternally
I love you best explains how I feel for you...

Chorus:
Because of you, my life has changed, thank you for the love and the joy you bring
Because of you, I feel no shame, I'll tell the world it's because of you

Bridge:
The magic in your eyes
True love I can't deny
When you hold me I just lose control
I want you to know that I'm never letting go
You mean so much to me I want the world to see,
It's because of you

Sometimes I get lonely and all I gotta do is think of you
You captured something inside of me
You make all of my dreams come true
It's not enough that you love me for me
You reached inside and touched me eternally
I love you best explains how I feel for you...

Chorus:
Because of you, my life has changed, thank you for the love and the joy you bring
Because of you, I feel no shame, I'll tell the world it's because of you

Bridge:
The magic in your eyes
True love I can't deny
When you hold me I just lose control
I want you to know that I'm never letting go
You mean so much to me I want the world to see,
It's because of you

Sometimes I get lonely and all I gotta do is think of you
You captured something inside of me
You make all of my dreams come true
It's not enough that you love me for me
You reached inside and touched me eternally
I love you best explains how I feel for you...

Chorus:
Because of you, my life has changed, thank you for the love and the joy you bring
Because of you, I feel no shame, I'll tell the world it's because of you

Bridge:
The magic in your eyes
True love I can't deny
When you hold me I just lose control
I want you to know that I'm never letting go
You mean so much to me I want the world to see,
It's because of you