No Short Cut Way To Success
Aku tetap berpegang kepada, "no short cut way to success", tanpa pengorbanan, kerja keras mana mungkin kita akan menikmati suatu kejayaan.
10 tahun lepas cik B pernah di marahi oleh teman seopisnya gara-gara aku tidak membenarkan cik B menyertai skim MLM anjuran teman tersebut. "ikut sangat cakap bini", kata teman tersebut. Oleh kerana teman itu ingin mempengaruhiku untuk menyertai program itu beliau telah pergi ke rumah. Jawapan aku tetap sama ...tidak.
Selalunya bila ada yang mempromosi sesuatu aku akan dapatkan maklumat. Dari kecil abah & mak mendidikku sentiasa berhati-hati dengan setiap keputusan yang dibuat. Jangan mudah terpedaya dengan bujuk rayu. Fikir dan fikir.
Dalam kehidupan ini kita tidak boleh main redah saja dan kita tidak boleh mengambil mudah sesuatu yang melibatkan nilai tambah pendapatan kita.
Comments
Post a Comment