Khalifahku...anugerah dariNYa



My Super


Dari bibir bonda di Pida,

Carilah insan yang kemas solatnya
Carilah yang mampu menjadi imammu
Carilah insan yang bisa mentalakikan bacaan al quranmu
Carilah insan yang sekufu
Carilah insan yang tak jauh beda dari kita
Carilah insan yang menyayangi ibu & saudaranya
Dan di tarikh ini
Kami bersatu moga terus kekal kasih sayang ini hingga ke akhirat sana.


Dari bibir Cik Pah Kulim,

Suami itu anugerah
Aku akur itu,
Suami itu anugerah dariNya
Lambang kasih sayangNya yang maha besar pada insan yang bernama wanita
Di tarikh ini telah termaterai suatu akad yang menghalalkan suatu perhubungan
Aku dan Dia
Ya Illahi,
Sesungguhnya cinta itu milikMU yang Agung dan Maha Besar
sikerdil ini hanya menikmati sehablur cuma rasa itu

Dari bibir Mak Teh Dah Sg Pasir,

Bertuah orang yang memiliki akan hati2 cucu2 Tok Yah Tok Awang
Hati yang lembut dengan suruhanNYA
Hati yang tidak sombong dan angkuh pada harta dunia
Hati yang mulia kepada insan sekeliling

Terima kasih papa kerana menjadi khalifah buat mama dan anak2. 



Comments

Popular Posts