Money isn't everything
Money isn't everything but it sure keeps you in touch with your children. JPaul Getty . Dan dengan wang juga kita boleh membangunkan ummah.
Namun jangan terlalu mudah dibeli dengan wang dan harta dunia itu pesan mak. Jadilah insan yang ada prinsip dan maruah. Masa study dulu aku pernah buat kerja part time di sebuah hotel terkemuka di bandaraya KL. Di sana acapkali berjumpa ahli corporate dan politikus. Macam-macam perangai. Ada yang baik memberi nasihat dan tidak kurang pula yang cuba mengambil kesempatan dengan nikmat kesenangan yang Allah SWT kurniakan kepada mereka. “Temankan I ke The Mall, you nak shopping pun ok”, kata seorang yang bertitle Dato’ kepadaku. “Tempat ni tak elok untuk U mengapa u kerja di sini”, Dato’ itu mula memancing. Aku tersenyum. “Saja nak cari pengalaman & saja nak tengok perangai muslim bumiputra yang baru naik (aku tunjukkan tangan seinci) dah lupa Allah SWT”, kataku dengan loghat Kedah dan terus berlalu. Dan apa saja yang diberi oleh Dato’ tersebut seperti wang dan handphone aku pulangkan. Harta dan wang bukan segalanya. Tahun 1995 handphone terlalu mahal bagi yang bergelar student walaubagaimanapun aku tidak memandang ianya sebagai keperluan.
Beberapa tahun lepas aku berkontrak dengan sebuah kondo di mana aku perlu melaksanakan urusan perakauanan pengurusan kondo tersebut. Kebetulan aku ada menolong beberapa owner mencari tenant. Bagiku just a help tiada langsung niat mahu memungut komisen atau untung atas angin. 3 daripada owner non Malay telah member imbuhan daripada pertolongan tersebut. Imbuhan agak lumayan yang mereka kategorikan sebagai komisen. Aku pulangkan semula kepada owner namun dia berkeras mahu member padaku. Sehingga ada salah seorang owner mengatakan imbuhan itu umpama sedekah kerana aku risau untuk menerimanya. Katanya, rental kontrak 5 years yang dipeolehinya more than apa yang diberikan padaku. Dari segi perakauan komisen sesuatu urusniaga yang diiktiraf namun dari segi kewangan Islam pula kita perlu melihat dari segi urusniaga yang di jalankan adakah ianya melibatkan urusniaga yang haram atau halal.
Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut. http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/752-komisyen-ejen-insuran-takaful-a-saham-amanah.html.
Banyak perkara kadang kala kita terlepas pandang terutama bila ia melibatkan wang. Aku tepat berpegang wang bukan segalanya. Wang tidak dapat membeli kebahagian dan ketenangan seseorang individu. Ini adalah pesananku buat anak-anak. Jangan tamak dengan harta dunia hingga terputus saudara. Jangan terlalu mengejar dunia hingga lupa akhirat.
Comments
Post a Comment