Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian

“Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian.” ― Pramoedya Ananta Toer
kehidupan ini adalah apa yang ada di dalam fikiran kita

Ini adalah kata-kata Pak Pramoedya Ananta Toer, aku membaca karyanya sedari usia 9 tahun. Erm...buku-buku kepunyaan kak Tie dan saat itu aku pantang ada masa pasti mencari buku-buku untuk dibaca. Lantaran itu sedikit sebanyak gaya penulisanku tertiru gaya bahasa Pak Pramoedya Ananta Toer. Apatah lagi dengan larangan abah tidak membenarkan anak-anaknya membaca majalah yang berunsur hiburan dan komik.

Ada pepatah mengatakan jika kita ingin kenal seseorang itu, cari siapa kawan-kawan yang melingkunginya dan cari juga apakah sumber bacaannya. 

Menulis adalah bekerja untuk keabadian dan menulis bukan kerana nama. Dasarnya aku membuka akaun blog ini atas saranan seorang teman iaitu Laila Latip.

Sebenarnya hidup kita cuma untuk hari ini kerna kita tidak tahu akan adanya hari esok. Andai tidak kita isi kehidupan ini dengan sesuatu yang bermakna dan sesuatu yang memberi tenaga dan kebahagiaan pada insan lain alangkah ruginya hidup kita. Hidup yang hanya mementingkan diri dan perut sendiri tidak memberi kebahagiaan pada sesiapa termasuk diri kita sendiri. Malah aura negative yang hadir dari sifat itu akan meruap rasa tidak senang insan sesekiling kita.

Semalam takala di rumah, Cik B pergi melawat Uda yang demam aku sempat melihat2 semula surat2 lama. Tersenyum sendirian dan surat-surat tersebut kini menjadi tatapan anak-anak. Itulah alasan mengapa kita perlu menulis. Kerna dengan tulisan ia mampu melakar sejarah. Sebagai mana terlakarnya sejarah penemuan tentang kehadiran Islam di Nusantara berdasarkan Batu Bersurat.

Iltizam aku selepas Ramadhan untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Insan yang cuba memperbaiki diri dari sifat mazmumah. Insan yang cuba membina inner peace dalam diri. Aku tidak mahu lagi menjadi insan yang hanya melihat orang lain atau membuat kesimpulan mengenai orang lain.

Comments

Popular Posts