Incik-incik

Semalam dapat call dari incik Rosli iaitu abang ku yang sulung dan anak mak & abah yang ke empat. Dia menjemput ke rumahnya open raya katanya. "Kami ada hal lain", kataku..."Ala takkan tak boleh mai sat", katanya padaku..."tak kut, adik berkonvoi", jawapku lagi....
Pic2 ini di ambil di Ayer Tawar, Perak semasa weeding Emy beberapa tahun lepas

Bukan nak mengelak untuk pergi ke rumah incik Rosli kalau dulu semasa incik Rosli masih bersama kakak ipar akulah yang beriaya kesana. Kini semua tu sudah tiada. Incik Rosli sudah bersama orang baru mungkin dia memerlukan kami adik beradik untuk menyokongnya. Sikap incik Rosli pada kakak ipar dan anak-anak menakanku terlalu menguris hatiku biarpun kakak2 dan Incik Roslan menerima perkara tersebut dengan fikiran yang terbuka. Mungkin aku terlalu rapat dengan kakak ipar dan merasakan dia umpama kakak sendiri itu yang membuatkan aku sukar menerima apa yang berlaku.

Aku ada tiga abang. Sayang sangat pada mereka. Incik Rosli berpewatakan agak cool manakala Incik Roslan ada saja nak disakat Incik Mulok seorang yang amat bertanggungjawap. Incik Mulok amat dekat denganku dan dialah yang selalu menjagaku ketika di laman pida. Dialah juga yang menghantarku ke sekolah untuk mengambil surat tawaran ke essemjay. Dan dialah juga yang selalu menghantarku ke hostel dahulu. Sebenarnya aku amat rapat dengan abang2ku, kami agak sekepala dalam banyak hal. Kami banyak berkongsi dalam pelbagai perkara memandangkan minat aku terarah kepada permotoran.....kalau bertemu ada saja dibincangkan dari kereta ke peluang-peluang perniagaan di pasaran. Pemikiran abang-abang yang lebih terbuka berbanding kakak-kakak membuatkan aku amat selesa bersama mereka. Satu yang best pasal incik2 ini mereka jarang ambik hati.....orang lelaki katakan.

Comments

Popular Posts