Aura Positif
Tadi semasa di surau bertemu salah seorang big boss yang kini sudah di tempatkan di Setia Alam. Walaupun bertemu dengannya hanya beberapa ketika namun aura positifnya membuatkan mindaku tersenyum. Bermula dengan perbualan Setia Walk, IOI building yang telah distatuskan MSC kemudian kembali kepada Cyberjaya yang digelar bandar mati di malam hari.
Akan datang harinya....bukan hari ini yelah aku akui itu contohnya telah ada Puchong dari tiada apa-apa kini macam ada malah LDP kini tidak pernah lengang dengan kenderaan.
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
Hadis ini ada benarnya ...aura positif kak Pipah membuatkan aku jauh berfikir dan nampak pelbagai potensi. Andai kita hari-hari asyik sangat dengan benda negatif maka negatiflah pemikiran kita.
Comments
Post a Comment