Anak itu amanah dan anugerah dariNYA

"Mama, kakak nak join kekawan kelas lepak di Alamanda boleh tak", tanya kakak puteri sulung semasa aku mengambilnya dari sekolah.

"Kakak dan adik2 adalah amanah Allah SWT buat mama dan papa, mama & papa kena bertanggungjawap atas amanah ni", kata-kataku ini memberi jawapan kepada kakak dan ia faham. Jika aku mengatakan tidak boleh pasti ada soalan lagi yang keluar dari mulut berbibir mugil ini. "Apa yang patut mama jawap di akhirat kelak andai ditanyai Allah SWT mengapa kamu ya Salina membiarkan anakmu berkeliaran membuang masa di Alamanda". Kakak mengangguk mengerti akan kata-kataku. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba moden, serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan tetapi bukti kekuasaan Allah. Anak anugerah Allah yang amat istimewa bagi suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Malah, setiap pasangan berkeluarga memang impikan anak untuk menyerikan institusi rumah tangga mereka. Itu sudah menjadi satu keinginan semula jadi yang Allah ciptakan dalam sudut hati setiap manusia.


Setiap apa yang berlaku dan dipaparan media massa cik B dan aku berdikusi dengan kakak juga adik-adiknya. Kami memberikan alasan kenapa mereka tidak dibenarkan berada diluar rumah. Aku amat dambakan agar amanah kami menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dan mereka akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.

Al-Afnaf Bin Qias menjawab apabila Khalifah Muawiyah bertanya kepadanya tentang anak :
“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar di balasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita.”

 



Comments

Popular Posts