Hidup Sederhana
Sederhana adalah amalan cik B. Aku pun dah terikut dengan gayanya. Cik B merupakan seorang yang tidak suka berhutang terutama yang melibatkan interest. Alhamdulillah prinsip yang dipegang cik B membuatkan kami melangsaikan pinjaman perumahan sebelum memasuki usia 40.
Hidup kita bukan untuk menunjuk-nunjuk itu bukan hidup yang reality. Liabiliti sepatutnya tidak melebihi aset yang kita miliki terutamanya simpanan untuk kegunaan waktu kecemasan.
Simpanan kecemasan amatlah penting terutama bagi aku dan cik B yang mempunyai anak ramai dan tinggal diperantauan. Kita tidak dapat menjangka saat kontigensi. Walaupun insuran yang sedia ada telah cover bagi urusan admission hospital namun beberapa perkara lain perlu diambil kira misalnya keuzuran ibu bapa di kampong, kereta rosak dan masalah sampingan lain.
Usah hidup dengan redha manusia ttp carilah redha Allah SWT.
Teringat cerita warden hostel semasa di essemjay dulu, ceritanya di tahun 80an dia ada ke rumah student di kawasan pida kebetulan ternampak seorang Pak Haji sedang menunggu bas. Tak tahu kenapa dia memberhentikan kereta dan menumpangkan Pak Haji tadi. Di dalam kereta dia pun bertanya arah tujuan Pak Haji tadi, Pak Haji itu memberitahu dia nak ke Mergong untuk membeli kereta sebagai hadiah ke pada anaknya yang akan pulang ke Malaysia dari belajar di luar negara. Pak Haji tadi mengajak warden mengikutinya sebab dia kurang arif pasal kereka. Di dalam show room Pak Haji meninjau-ninjau kereta. Tidak ada seorang jurujual melayannya mungkin mereka merasakan Pak haji yang datang dengan berbaju pagoda dan berkain pelikat tidak berkemampuan. Kemuadian Pak Haji pergi bertemu dengan salah seorang juru jual apabila menemui kereta yang menarik hatinya. Semasa membuat pembayaran deposit Pak Haji itu telah membayar 15 ribu secara tunai dan selebihnya juga akan dilangsaikan secara tunai jugak. Terpegun warden dan cerita tersebut menjadi teladan dirinya dan di kongs kepada kami para pelajar supaya tidak memandang manusia berdasarkan pandangan material sahaja.
Comments
Post a Comment