Aku Budak Hostel: Teman-teman Essemjay

Make a wish siapa yang aku nak berjumpa..dulu nak sangat aku berjumpa dengan kak long Hariyati, Kak Long Hariyati satu batch denganku kami dulu satu dorm. Satu dorm macam adik beradik. Alhamdulillah tahun ini aku ketemu dengan dia. Kak long masih maintain macam dulu…cantik sebagaimana di Essemjay. Kartika Shahrema unik kan nama dia. Dulu di Essemjay aku kamgum dengan nama-nama unik kawan-kawanku. Nama ini melekat di hatiku. Allah SWT mengatur segalanya kebetulan syarikatnya dan berurusan dengan syarikatku yang memerlukan aku ke Subang. Bertemulah kami di sana dengan muka sama-sama dipam-pam.

Kak Yang Nazriyah merupakan teman yang jodoh persahabatan kami panjang. 1998 selepas maternity leave aku bertemunya secara kebetulan semasa aku melalui opisnya di Bandar Sunway yang kemuadian kami menjadi jiran. Hubungan kami lebih dari kawan sekolah memandangkan Cik B dan Mie jugak kenal rapat.

Pak Ku Mad Noor merupakan kawan cik B masa di essemjay. Dia dari essemjay mmg suka menyakat. Aku tersempak dengan dia tahun 1994 di Kodiang kebetulan dia nak kahwin, ha ha ha soalan cepumas dia, “hang dengan det lagi ka”. Tu sebenarnya ayat penghubung la mad Nooq. Kemuadian aku & cik B bertemu Md Noor di KL.

Kamel adalah junior aku dan cik B. Dia juga anak kepada Ustaz Mustaffa. Kamel dan Hatta antara mereka yang masih ada dalam ingatanku memang tidak terduga rumah yang kami beli pada 1999 rupanya mempunyai jiran dari Essemjay. Rasa dunia ni kecik sangat. 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular Posts