Hepi Bufday ke 12 Al Khattab

Paling mencabar nak mencari pic anak teruna baju biru ni ....susah nak bergambar kalau nak pun ikut mood. Hari ni Al Khattab 12 tahun.

Al Khattab dilahirkan awal sebulan dari tarikh jangkaan dimana aku terpaksa diinduce kerana water bag leaking. Dilahirkan dengan berat 3.2 kg kelihatan amat kecil berbanding kakak. Kulit sedikit gelap berbanding kakak. Namun kulit gelap kemerahan yang diwarisi cik B ini amat kebal tidak seperti kulit kakak yang terlalu sensitif. Khattab antara anak yang tidak kami vaksinasikan. Alhamdulillah sepanjang 12 tahun dia antara yang amat jarang demam atau sakit kecuali masalah asmanya.

Berkelebihan kalimah-kalimah Allah SWT dan suka meluangkan masa membaca Al Quran. Walaupun sedikit keras hati namun ada ketikanya dia mudah dipujuk. Sebenarnya membesarkan Al Khattab ini merupakan cabaran buat mama....perlu banyak bersabar walau ada ketikanya tidak dapat bersabar.Kata seorang ustazah mungkin pengaruh nama membuatkan hatinya sebegitu.

Mama mengambil nama Al Khattab dari nama sahabat Rasulullah iaitu Umar Al Khattab. Saidina Umar bin Al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun.Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuan nya membaca ayat -ayat AL-QURAN . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah S.A.W juga pernah berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah S.A.w bersabda : Apabila Umar memeluk Islam,Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar. Selain itu aku juga amat admire pada perjuangan Ibnul Khattab di Chechnya dan aku sentiasa mengikut pekembangan pejuang itu sedari tahun sebelum kelahiran putera sulungku ini.

"Abang ank jadi apa bila besaq", tanyaku ketika al khattab sebaya dengan As Siddiq sekarang. "Abang nak duduk tempat yang selalu imam duduk tu kat atas". Al khattab banyak mengikut kakaknya, semua perkara mesti dirujuk dengan kakak. 
Al Khattab

Cepat sungguh masa berlalu dari menangis melalak ....sekarang dia dah 12 tahun semoga Allah swt sentiasa melindungiNYA dan meletakkan Al Khattab mama bersama insan2 yang soleh.


Comments

Popular Posts