Konvoi Pantai Timur CAJK (our BIG FAMILY)

Kali ini seperti biasa bersama jiran-jiran kecuali Laila dan Zahrin yang tidak dapat turut serta berkonvoi ke Pantai timur. Seperti meeting kami akan berkumpul di lobby kediaman pada pukul 4 pagi namun aku dan cik B terbabas tidur kerana semalam kami agak lewat pulang ke rumah kerana menghadiri 2nd kazen gathering di Putrajaya. Rasa amat bersalah kepada jiran-jiran yang terpaksa menanti kami. Maafkan kami maafkan kami.
perhentian Lanchang
Jam 5.00 am, 5 biji mobil mulai meredah kesunyian pagi ke LDP kemudian MRR2 dan seterusnya Karak Highway. Kami berhenti solat subuh di Petronas, Karak Highway dan kemudian meneruskan perjalanan ke Lanchang yang kebetulan Zai dan Din telah sedia menunggu kami di sana untuk acara breakfast. Di lanchang kami bertemu dengan seorang ahli baru iaitu anak buah Zai dan Din yang cute, Wanie. Berkali-kali aku memandang wajahnya yang ceria dan manis.

Selesai breakfast dari 5 bertambah 1 lagi kereta menyusur Leburaya Pantai Timur menuju Gambang Water Parks dan konvoi sejauh  235km akhirnya sampai di Gambang dengan kos tol RM24.90. Saat sampainya kami di sana orang ramai  mulai memenuhi kawasan peranginan tersebut.
jiran merangkap sahabat juga kuanggap sebagai saudara ...syukur Ya Rabb kerana mengurniakan insan2 yang baik di sekelilingku
anak2 dara CAJK
kaum bapak baru lepas gegel naik family Raft Ride
teruja
versi mummy2 hampir karam

Banyak aktiviti yang disukai anak-anak ada di sini cuma Al Waleed masih berkepit, jadi mama hanya cuba satu saja iaitu Family Raft Ride yang dikatakan the longest in Malaysia. Berkali-kali cik B tanya, "betoi ka mama nak naik", "betoi la..", aku cuba nak rasa, mmg menakutkan & rasa macam nak tercampak keluar. Ia mcm ujian jugak kadang kala kita rasa tak sanggup nak menghadapinya namun lambat laun ujian atau cabaran tersebut sampai ke noktahnya. "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi". Memang enjoy walaupun semalam dadaku dah mula sakit kembali dan kesukaran nak bernafas. Hu hu hu sapa suruh cari pasal kan.....sendiri buat sendiri tanggung. Walaupun dah dalam situasi unfit masih lagi nak beradventure macam 12 tahun lepas. Macam-macam nak rasa dan nak buat. 
orang yang menjaga as siddiq mmg kena bagi token..baguih anak dara ni
Ooopps

Jam menghampiri pukul 4.00 petang kami mula bersiap-siap untuk pulang dan melangkah keluar dari Taman Tema ini pukul 5 lebih kemuadian menuju ke Pematang Badak, rumah kakak Jiran kami iaitu Wan Monie. Terasa macam membebankan tuan rumah yelah kami datang berkonvoi terpaksa pula tuan tumah melayan semoga Allah SWT merahmati mereka. 
As Siddiq & Wafi...menjak dapat adik ni Wafi dah banyak berubah ..dah jadi big boy
seiras...

Perjalanan seterusnya ke Mermaid Inn iaitu tempat kami bermalam dan santai. Suasana malam membuatkan kami tersasar dan pihak chalet datang memandu arah. Akhirnya pukul 10 malam kami sampai di sana. 
aktiviti utama kaum bapa tak kira dimana
idea Zai akhirnya terlelap Waleed di sini
4 Dara...


Keesokan pagi, 16.09.2012 bersempena dengan Hari Malaysia dan juga bufday puteri keduaku Alang Myra kami dapat menikmati deruan bayu Laut China Selatan. Syukur Ya Allah Ya Rabb dikurniakan kami jiran-jiran yang baik dan sentiasa mengingatkan kami kepadaMU. Bukan semua orang dapat menikmati rezeki ini jiran yang baik, kawan yang baik, saudara yang baik, anak-anak yang mendengar kata....ianya merupakan kurniaan dariNYA. Harta berguni tidak sama dengan kedamaian jiwa.

Petang pula kami menuju ke Kemaman ...makan sata nyum nyum nyum. Kedai yang di pilih adalah Kedai Aziz Satar. Kemuadian kami berhenti di tepi jalan semasa otw to chalet untuk membeli keropok, budu dll.
cara-cara membuat keropok lekor ya
jom makan sata sata

berapa banyak nak order ni...org tahun 1972 mmg murah rezeki he he he
Hari seterusnya pagi-pagi lagi kami meronda perkampungan sekitar Cherating mencari sarapan pagi. Not Bad ada nasi minyak, nasi kerabu, nasi dagang, kueh2 dia pun sedap.
pilih kak pilih kak

rupa mcm nak tambah lagi sebiji roti kosong

teringat anak2 kat chalet
Last aktiviti.....hu hu hu dah nak balik pun mcm biasa bersalaman ...Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kekalkanlah silatulrahim kami sehingga ke akhirat sana. Banyak yang aku belajar di sini terutama memerhatikan Kak Long & Abng Long ....ada resepi bagaimana mereka mendidik anak yang kelihatan amat rapat dengan kedua ibu bapa walaupun telah remaja belia.

Aku juga perhatikan Man dan Tina. Man dengan sifat realistik familyman. Itulah romantik orang melayu sebenarnya. Memegang kuat tanggungjawap kepada keluarga merupakan tongak kepada kerukunan rumahtangga. Sifat sensitif kemanusian Zai amat menarik hatiku. Ia merupakan sifat semulajadinya sebab ia berlaku secara spontan. Hidup ini adalah learning .....sesuatu yang baik itu haruslah menjadi teladan

OUR BIG FAMILY...ooppps kurang satu family lagi
ampun maaf andai terkhilaf
ampun dan maaf andai ada terlanjur dan tersalah kata....

 


Comments

  1. Tiap kali membaca pasal trip ni, tengok gambar2 ni..terasa begitu tersentuh.Namun, redha dgn kehendaknya..Insyaallah, lain kali, kami akan turut serta.Kawan memang ramai..namun, sahabat sejati,sukar di cari ganti...Tak tau nak komen apa lagi, sebab air mata rasa begitu murah..bukan sedih. Terharu...K Long/Bang Long, Zai/din, Sal/Mahadir, Man/Tina, Monie/Wan,Jue/Sepol...Thanks for being together..appreciate those moment we spent together, sweet,sour,crazy,mad,sad...make us getting closer and closer...Thanks for being our friend..sisters & brothers...

    ReplyDelete
  2. kau & family apart of CAJK....kita umpama a BIG FAMILY di perantauan ini. Bukan semua orang ada apa yang kita ada. Syukur pada Allah SWT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts