Bad habits are easy to form but difficult to live with, good habits are difficult to form but easy to live with

Hari ini hari pertama aku mengikuti 40 hari Jurnal Inspirasi Diri. Alhamdulillah, Allah SWT mengerakkan saraf2 sendi untukku bersemangat waja.


Memasuki maghrib aku terus memasang niat sebagaimana kita memasang niat di bulan Ramadhan. Semua berjalan lancar sehingga aku terjaga pada pukul 5.00 pagi. "Mama bangun sahur ke", tanya kakak. Apa tidaknya selalunya anak dara inilah yang paling awal bangun, mandi, sediakan sarapan kemudian dia akan kejutkan adik-adik untuk mandi paling terakhir mama & papa. Sebenarnya anak mama ini amat tinggi keprihatinannya selalu fikirkan mama yang tidak cukup tidur disebabkan iklan-iklan bersama baby Al Waleed.

Pagi sesampainya di pejabat....mataku mulai membanjir bila baca blog Allahyarham adik Yasmin yang di tulis oleh bondanya. Wajahnya yang hampir seiras dengan kakak buatkan aku sebak. Sebak yang tidak dapat tertahan. "Sesungguhnya Dari Allah Kita Datang an KepadaNya Kita Kembali"

Sebagaimana yang dikatakan oleh Pak Pramoedya Ananta Toer, "Tahu kau mengapa aku sayangi kau lebih dari siapa pun? Karena kau menulis. Suaramu takkan padam ditelan angin, akan abadi, sampai jauh, jauh di kemudian hari. (Mama, 84)”.

Itulah bezanya insan yang menulis dengan insan yang petah berkata-kata. Kata-kata dari bibir akan membisu bila nafas terhenti.

Amanah dariNya....semoga kami dapat memegang amanah ini dgn sebaiknya
Kembali kepada Jurnal Inspirasi Diri......ia berdasarkan mutiara kata "Bad habits are easy to form but difficult to live with, good habits are difficult to form but easy to live with".

Sesungguhnya Ya Allah aku amat bersyukur dengan segala yang Kau anugerahkan padaku. Semoga Allah SWT terus mengenggam erat hatiku dan keluargaku ke arah mencari redhamu. Ampunilah aku Ya Allah atas khilafku.

Banyak perkara yang perlu aku lakukan dalam mencari inspirasi ini. Ia adalah tanggungjawap aku sebagai hamba Allah juga isteri dan ibu kepada anak-anakku. 

Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"


SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.


Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)


By: Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُl.

Inilah yang dikata "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia."  Para ibu tidak semestinya keluar berlegar diluar untuk menggoncang dunia hanya dengan didikan sedari usia kandungan mampu melahirkan pemimpin dan dai'e yang hebat. Semoga perjalanan jurnal inspirasi diri ini memberiku panduan dalam mengapai cita-cita menjadi ibu sebagaimana ibu Ustaz Don Daniyal Biyajid.




Comments

Popular Posts