Showing posts with label amal baik. Show all posts
Showing posts with label amal baik. Show all posts

25 August 2015

Damailah wahai jiwa yang sejahtera

Abu Hamzah Anas bin Malik (may God be pleased with him), who was the servant of the Messenger of Allah (peace be upon him) reported that the Prophet (peace be upon him) said:
“None of you truly believes (in Allah and in His religion) until he loves for his brother what he loves for himself” [Bukhari and Muslim] [Hadith 28]
Simple.
Mengapa perlu bergaduh, menyindir, menyakiti sekiranya kita boleh selesaikan sesuatu perkara dengan aman. Keegoan tidak membawa kita kemanapun melainkan hidup menyalahkan orang itu dan orang ini.
Iktibar kisah Qabil dan Habil. Membawa kepada pembunuhan manusia pertama di bumi ini.
Siapa lagi saudara kita selain saudara sedarah daging ----- pastilah saudara seagama. Kenapa? Kerana ada roh iman yang sama dalam qalbu dan jiwa kita. Siapapun mereka andai orang itu muslim, mengucap kalimah syahadah titipkan doa buatnya moga direzekikannya dengan pancaran nur dan keampunan Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim].
Mungkin esok atau lusa kita akan dijemput ke alam abadi sana....siapa menduga dan tiada siapa menyangka. Jadi damailah jiwa juga lupuskan segala amarah yang disimpan didalam jiwa.
Agaknya kenapa kita menjeruk rasa? Marah dan dendam berjela-jela. Damailah jiwa. Kerana di sana nanti kita akan dihitung akan perbuatan kita. Damailah jiwa yang sejahtera.




26 February 2015

Tiada siapapun terlepas daripada percakapan manusia


26 Feb 2015 (10.30 PM)

Sakit sebelah kiri badan, rasa dada yang menyempit dan rasa tidak cukup tidur seminggu dua ini merupakan hint ada sesuatu yang tidak kena terhadap jasad ini. Tak bermaya sangat hari ini untuk memandu ke Cyber. Bateri jasad ditahap peratus yang amat rendah sekali. Dr Siti Aishah memberikan tarikh untuk melakukan pembedahan secepat mungkin kerana dikhuatiri akan berlaku sesuatu yang lebih membawa kemudaratan pada diri. 

Dan semoga apa setiap kejadian memberikan diri untuk bermuhasabah betapa diri ini banyak lagi kekurangan dan banyak lagi amal yang perlu digapai dalam menuju keredhaan Allah SWT. Banyak perkara yang mak pesan telah kutinggalkan...tak apa bersendirian kata mak asalkan kita tidak menambah timbangan kiri setiap hari bila kita beramaian.

Dan tabahlah bila diri kita direndahkan oleh manusia kerana Allah SWT tahu akan segalanya.


Janganlah sering menghampiri diri pada sekumpulan manusia yang sedang enak membicarakan tentang gossip semasa,

Janganlah sengaja menadah telinga mendengar umpatan yang lazat menjamu mulut mereka,
Kerana bahan gurauan dan cerita yang sedang mereka persembahkan belum tentu asalnya betul dan boleh di terima.

Lalu umpatan yang makin berselera itu menjadi fitnah yang boleh mengubah pandangan kita terhadap mangsa.

Lalu tatkala kita bertemunya di jalanan tentu hati mula berbicara.

Mengingat kembali cerita-cerita yang telah menjadi simpanan kekal di otak kita.
Senyumannya kita sambut dengan terpaksa rela.  
Di hati terbuku syakwasangka.
Keikhlasan berukhwah semakin hambar dan si mangsa terdera dan tertanya-tanya apakah punca asal peristiwa.

Sedang hakikat sebenar hanya Allah yang tahu kejadiannya.

Siapa kita untuk menghukum manusia yang sama sahaja kejadiannya seperti kita? Apatah lagi memburukkannya dan menyebarkan fitnah berleluasa? Tidak takut di bicarakan di mahkamah agung suatu hari nanti untuk membetulkan kembali fitnah yang kita mulai?


Fitnahlah sesuka hatimu, dan tunggu keadilan Allah tatkala insan yang tidak berdosa itu mula menadah tangan memohon pertolonganNya.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).