28 November 2013

Tips buat pasangan muda dan kesilapan kerap bagi PASANGAN baru BERKAHWIN

Nov dan Dec merupakan bulan Di renjis renjis di pilis Di tepungi lah tawar Hai beras kunyit di tabur Disiram si air mawar Duduk muda sejoli Atas pelamin berseri Dihias intan baiduri Sebagai raja sehari

Aku dengan cik B kiranya berkahwin diusia muda....consider mudalah sebab most kawan2 yang sebaya belum lagi berkahwin masa tu. Kami sebenarnya tak plan langsung nak kahwin cepat yelah aku masa tu ingat nak further study konon nak ke UK. Kebetulan aku terapat semula dgn cik B masa tengah belajar di UUM dan selepas itu kedua2 family dah tahu hubungan kami dan family cik B terus datang merisik dan kedua belah pihak arrange untuk bertunang dan kahwin. Senangkan bila orang lain yang arrange kami cuma balik kampung bawa badan saja. Sekufu yang kuat antara kedua keluarga sebenarnya mengeratkan hubungan kami terutama dalam melayari bahtera perkahwinan.

Pemilihan berdasarkan agama....mengapa aku pilih dia sebab aku tahu budak aspura essemjay memang boleh dikata berpengetahuan agama dan solat jemaah mereka memang tip top, sabda Rasulullah s.a.w.: Bila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa ke masjid, maka bersaksilah bahawa dia memang seorang yang beriman. Kerap juga aku melihat dia menjadi imam dalam solat. Manakala abah pula menerima baik bila tahu yang cik B tu anak menakan Pak Ngah Lah iaitu Imam Masjid Bukit Tangga yang juga kenalan kepada kawan baik abah, Lebai Bakar, Imam Masjid Batu 6. Sebenarnya tanpa pengetahuan kami mereka saling berkunjungan.

Aku dan cik B sama-sama dari BIG FAMILY. BIG FAMILY yang suka berkumpul beramai-ramai jadi aku atau cik B tidak pernah canggung atau gelisah bila ada gathering malah saat beginilah yang selalu kami nanti.

Sabar dan solat.

Allah s.w.t berfirman maksudnya :
``Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' (Surah al-Baqarah ayat 153)

Bila memasuki alam perkahwinan perkara yang paling penting adalah sabar dan solat. Buang perangai sebelum kahwin yang kememe (mengada-gada) perangai yang suka merajuk...be a mature person dan sentiasa ingat dan bersyukur dengan anugerah Allah SWT kepada kita. Tetapkan diri kita dengan solat dan sentiasa berdoa semoga Allah SWT kekalkan hubungan perkahwinan kita hingga ke jannah. Sentiasa berdoa semoga Allah SWT kurniakan kita zuriat yang sempurna zahir dan batin, zuriat yang tetap cintanya kepada Allah SWT.

Satu lagi siapapun kita dalam membuat keputusan refer kepada orang yang lebih tua iaitu ibu dan bapa kerana mereka lebih berpengaman dari kita. Kalau mereka kata tidak mungkin ada yang tidak kena dimata mereka yang mungkin akan memudaratkan kita dimasa depan. Ingatlah tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anaknya menderita.

Dan bila memasuki alam rumah tangga ....jangan membazir. Simpan duit untuk masa depan ini adalah pesan mak jang. Jangan membeli sbb nak menunjuk. Dan elakkan sifat kedekut dalam rumahtangga. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Sebenarnya sebelum kahwin aku dengan kepala anak bongsuku yang hyper dan keras kepala dan kami selalu bergaduh asal jumpa bergaduh, asal call bergaduh dan ada saja nak bergaduh sampaikan kawan sekampung cik B pernah kata macam ni ka nak buat bini cengei nak mampuih. Ayat yang memang makan dalam sebenarnya.

Sebenarnya bergaduh tu bagus sebab dari pergaduhan kita dapat lebih mengenal pasangan kita. Kita tak hipokrik tunjuk perangai baik sahaja.

Alhamdulillah berkat dari kahwin muda dan restu kedua-dua belah pihak kami dipermudahkan dalam perhubungan dan juga kehidupan.

KESILAPAN kerap bagi PASANGAN baru BERKAHWIN
Hasil kajian yang dijalankan juga mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan sekiranya pasangan tidak bersabar.

"Pada tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat dan rumah tangga mudah goyang sehingga boleh berlaku penceraian.

"Kajian juga membuktikan 44.9 peratus penceraian yang berlaku sebenarnya berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab,'' ujarnya.

Malah penceraian juga berlaku kerana tiada persefahaman, masalah nafkah dan sebagainya.

"Keadaan ini berlaku kerana kedua-dua pasangan gagal menjalankan tanggungjawab selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan juga berlaku percampuran orang ketiga,'' katanya lagi© Utusan Melayu (M) Bhd

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.
Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.


Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Wallahu'alam.

Sumber: semaniskurma (6 KESILAPAN kerap bagi PASANGAN baru BERKAHWIN)

27 November 2013

Siapa Jodoh Kita

Sebagai ibu kita wajar memberi panduan kepada anak2 siapa dan bagaimana orang2 yg patut mereka pilih sebagai calon hidup sedari usia remaja.

Sediakan panduan dan ciri2 yang jelas berdasarkan apa yang dipandukan dalam Islam. Letakkan pemilihan berdasarkan agama dan sekufu. 

Be a good friend to your son or daughter....kongsikan kepada mereka mengapa kita perlukan semua ini. Kita hidup bukan setakat mengumpul harta dunia tetapi kita hidup adalah untuk mencari keredhaannya. Dek kerana itulah kita perlukan sesorang yang mempunyai keselarian perjuangan Islam dalam dirinya untuk mencapai keredhaan Allah. Allah SWT tidak memandang kepada wajah, warna kulit dan kedudukan ttp dia memandang iman dan hati seseorang itu.

Tersenyum tadi membaca satu komen yang mengatakan
..Phan Tok Arang Saya melihat FB sbg perisik percuma utk merisik calon isteri atau calon menantu.Tak perlu hantar org utk merisik kita dah dpt kenali seseorang calon yg mana hari ni cakap sopan dgn mertua esok sumpah seranah mertua, yg mana hari ni tolong mak mertua sapu rumah esok ketuk kepala mertua dgn penyapu, yg mana depan mertua puji mertua belakang mertua kutuk mertua dan lain2 lagi rahsia sulit yg perisik manusia pun mungkin tak blh dpt maklumat tepat.

Sebenarnya rutin remaja memberi pengaruh besar didalam diri seseorang individu.
 
Berikan contoh calon yang baik jika ianya ada dalam lingkung keluarga kita. Ini adalah untuk mengelakkan mereka tersalah membuat penilaian dimasa depan.

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyen ataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). 

Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN

iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
 
2) JODOH DARI JIN
 
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
 
3) JODOH DARI ALLAH
 
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a: via Hazman


26 November 2013

Jadilah bapa yang baik dan hebat


Dia selalu membuatkan aku impress. Dalam banyak hal.

Dari dulu aku memang gila superbike. Nampak superbike didepan mata..meleleh air liur dan mata tak berkelip. Dan kini bila melihat kawan-kawan dengan superbike aku mula teruja. Berkali2 juga..."pa kita beli motor nakkk", pintaku. Dia cuma mengiya. Malah aku pernah emailkannya senarai superbike dengan harga kepadanya.


Beberapa minggu lepas, Al Khattab balik bercerita yang kawannya tidak happy dengan bapanya. Kata kawan Al Khattab, "aku lebih suka kalau bapa aku dapat main bola dengan aku, boleh hantar aku bila ada game ..macam bapa kau yang selalu sokong kau apa saja yang kau minat". "Tulah antara sebab pasai apa papa tak nak beli superbike...anak2 perlukan kita lebih daripada hobi kita", tiba-tiba cik B bersuara. Aku tersentak. Cik B selalunya advance dalam soal ini. Dia memang banyak menghabiskan masa dengan anak2 malah kami akan kemana saja jika anak-anak mempunyai program yang melibatkan hobi mereka.

Menurut Dr. Harlina Halizah Siraj atau lebih dekenali sebagai Dr. Har, Naib Presiden Jemaah Islam Malaysia (JIM) antara peranan ibubapa dalam mendidik anak lelaki ialah :

1. Peranan Bapa

  • Balik awal dari tempat kerja dan mandikan anak jika masih dibawah umur 5 tahun.
  • Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya. Biasanya kanak-kanak suka dibawa ke taman-taman permainan.
  • Ajak anak bergasak ataupun bergumpal. Ini kerana anak lelaki lebih sukakan aktiviti lasak berbanding anak perempuan. Aktiviti begini boleh menguatkan lagi tali ikatan (bonding) diantara bapa dan anak.
  • Kebiasaannya bapa adalah idola atau 'role-model' kepada anak lelaki. Oleh yang demikian, apa sahaja yang bapanya lakukan akan diikuti oleh anak. Jika bapanya seorang perokok, maka kebarangkalian anaknya juga menjadi seorang perokok adalah sangat tinggi berbanding anak kepada bukan perokok. Oleh itu, seorang bapa perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.
  • Dukung anak atas bahu bagi membolehkan anak memandang melalui pemandangan bapanya.
  •  
2. Peranan ibu
  • Ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya anak lelaki belajar MENGASIHI melalui ibunya.
  • Bagi mengeratkan lagi ikatan (bonding) antara ibu dan anak lelaki, ajaklah anak berbual mengenai apa sahaj. Ceritakan apa yang ibu lakukan dan minta pendapatnya dalam beberapa perkara.
  • Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

Semoga kita sebagai ibubapa, memberikan yang terbaik dalam mendidik anak-anak tak kira samada lelaki ataupun perempuan. InsyaAllah di entri lain nanti, saya akan kongsikan pula panduan mendidik anak perempuan.

Kepada bapa2 luar sana jadilah bapa yang baik dan hebat dimata anak2 anda tak guna kita berpeleseran dengan hobi kita ttp anak2 dirumah haus kasih sayang dan memberontak. 

Thanks papa sbb selalu advance dalam soal ni....you are gift from Allah SWT to me & kids
 

12 November 2013

Middle Child Syndrome or sindrom anak kedua

Sebenarnya dah pernah post pasal Middle Child Syndrome atau sindrom anak kedua ni. Apa tidaknya kami menghadapi  satu situasi apabila anak kedua kami yang susah sangat nak berenggang dengan mama, kuat menangis dan takut dengan orang sekeliling. Masa mula berhadapan dengan situasi ini memang pelik hati tertanya-tanya kenapalah anak kedua mama macam ni. Selalu share dengan kawan-kawan dan kebetulan mereka pun mengalami pengalaman yang sama....middle Child Syndrome.
incik baju hijau tu anak kedua ....teramat kuat menangis masa kecil  family record ni tapi bila besar dia yang paling responsible dalam family.
Daripada situ aku cuba mencari maklumat dan berbekalkan maklumat kami cuba padankan dengan diri Al Khattab supaya keyakinan dirinya meningkat walaupun tidak seperti kakak tetapi better drp sebelumnya. Incik Torres Malaya ini yang banyak membantu, dia yang selalu bawa Al Khattab keluar bertemu dengan kawan-kawan samada di surau, padang bola semuanya untuk meningkatkan keyakinan anak keduanya. Mama pula banyak memberi galakkan daripada kata-kata semangat dan pujian. 

Hari Ihtifal Maahad tempohari Al Khattab nasyid di bahagian depan - tekong nasyid nampak keyakinan dirinya yang membuak-buak. Sebelum hari ihtifal berkali-kali dia berpesan mama pergi tau...pergi tau abang nasyid nanti.
Al Khattab baju merah anak ke dua mama yang paling meragam masa kecik mmg kena kuat sabar melayan kerenahnya dan si comel molek berbaju biru anak no 2 pak cik Ghani, Afifah yang amat pemalu
Anak kedua sebenarnya penyejuk hati ibu. Dalam banyak hal dia selalu akan fikirkan mamanya. Contohnya Al Khattab asal nampak mama angkat barang terus dia datang memberi pertolongan. Dan anak kedua ini selalunya akan mengambil tanggungjawap anak pertama dalam keluarga dan mereka selalunya akan lebih bertanggungjawap berbanding anak sulung.
Ni pun anak kedua jugak.....

Siapa di sebalik anak kedua ni.

ANAK MANJA EMAK/MAMA/IBU/UMMI

Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

ANAK DEGIL

Hanya mamanya saja yg faham kedegilannya. 
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yang betul. Dalam ramai adik-beradik, dia paling ketegaq. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak naklah jawabnya. Boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
 
memang anak nombor dua ni tak pandai pujuk makwe atau pakwe dia.

BERCINTA

Dia kalau bercinta, sangat setia dan sanggup berkorban. (agaknya betul la sama saja mcm yg no dua papa AL Khattab tu)

HITAM/PUTIH

Bukan kaler ye! Ini pasal apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitamlah ia. Kalau putih, putih la. Degil tak boleh toleransi.

HATI

anak nombor dua ni juga nampak je keras, tapi hati dia lembut. Satu lagi, pe'el dia, takleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul dan very take care.

ARAHAN
Payah untuk menerima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri. Pendek kata tak boleh kerja dengan orang lain.

PEMAAF DAN CARING
tidak di nafikan anak nombor dua ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas, jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham-faham je lah!

PAKAIAN

nak semua up to date dan semua nak kemas.

11 November 2013

Nota Kehidupan

Kita ini umpama dalam suatu perjalanan yang jauh misalnya dalam perjalanan untuk bercuti, menunaikan haji atau umrah atau balik kampung, berkursus dan sebagainya. 

Bukan semua perjalanan kita menarik dan adakalanya membosankan malah paling teruk dalam perjalanan tersebut kita terpaksa menghadapi pelbagai rintangan misalnya kesakitan, kecurian, jalan yang sesak, kemalangan, kereta rosak, mengantuk dan pelbagai. Setiap rintangan tersebut menjadi nota dalam diri kita. Esok mungkin kita tidak akan lalui jalan ini atau kita akan lalu tapi dilain masa.


Nota kehidupan membuatkan kita sentiasa mengemas kini keperluan perjalanan akan datang supaya kita tidak lagi bertemu dengan rintangan-rintangan yang membuatkan jiwa kita resah, iman kita merudum turun dan semangat juang kita hilang. Kita juga mengemas kini apa dan siapa harus dibawa atau apa dan siapa harus ditinggalkan.

Nota kehidupan membuatkan kita sentiasa beringat supaya kita tidak terjatuh dilubang yang sama untuk kali kedua.

Nota kehidupan sisiplah ia didada supaya kita tidak lupa dan leka dengan tampilan hiasan dunia yang sedang ketawa berdekah dekah....kata dunia, "Fake punya manusia yang tak serupa bikin mulut dan hatinya". 

Nota kehidupan....ingatkan kita supaya tidak menjadi FAKE semata2 untuk pandangan manusia.

Nota kehidupan membuatkan kita ingat asal kita dari mana.

Aku ini manusia
Asalku dari tanah yang busuk
aku bukan sesiapa
apa adaku
apa disisiku
apa dimiliki
sebenarnya hanya fatamogana
cerminan saja
kerana kembali kita ke tanah jua

Nota kaki - aku ini orang kecil sahaja hanya bisa gelumang dengan selut pida cuma bau lumpur kurasa lebih enak dari haruman chanel atau burberry yg menajiskan solat. Nota kehidupan untuk diri supaya anak2 faham kita ini cuma warisan sekolah pondok bukan anak jajahan yg fasih menyanyi lagu sang queen jack...tulisan dari hati isteri seorang Torres Malaya yang berwajah sekacak si Pirate Carribean namun mengimpi syuga indah yang dijanjikan Allah SWT buat insan berhati suci, ikhlas dan redha langsung tidak ada sekelumit FAKE dalam dirinya - 7 Muhharam 1435


Adakah kita ini ULAR atau yang suka mengular


Ular

Ada orang terus lari dan mengelak bila nampak ular
Ada orang yang berani cuba menjinakkan ular
Ada orang pernah dipatuk ular dan mati kerana bisanya
Ada orang pernah dipatuk ular masih bernyawa namun tertinggal parut patukannya
Ada orang sudah tegar dipatuk ular dan kini dia menjadi ular yang melampiaskan bisa pula
Ada pula suka menjadi ular yang melingkar diatas pagar


Ular

Ada dalam diri semua manusia
Bersembunyi didalam mulut kita
Ada masa ianya menjadi senjata
Ada masa menjadi penyejuk jiwa membawa manusia ke jannah ilahi
Ada masa ianya menjadi bisa yang membunuh hati insan lain
dan kerana ia juga badan kita binasa
dan kerana ia juga sebuah empayar menjadi porak peranda

Ular

Ada pelbagai spesis dan rupa
Ada yang berbisa
Ada yang biasa-biasa saja
Ada ular tedung bisanya bisa membuatkan mangsanya kecundang tidak bernyawa

Ada ular sawa nafsunya seekor kerbau betina
Ada ular daun tidak kelihatan namun ada
Ada ular tanah melingkar kesejukan tahu usulnya

1.00 am 7 Muharam 1435- anak bongsu abah yang selalu takut dan sereyau kepada ular tedung sela kata org pida tp tak gayat dengan ular tanah


08 November 2013

Jaga Hati kita

45s
Jangan memandang rendah terhadap kekurangan yang ada. Persepakatan dan saling hormat-menghormati adalah kunci kebahagiaan hidup bersama.

Petikan Buku Mata Akal Mata Hati, Prof Dr. Muhaya: "Orang yang mempunyai hati yang bersih dan kuat sentiasa tabah...

Prof Dr Muhaya · 499,334 like this.
11 hours ago ·
Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
 
Petikan Buku Mata Akal Mata Hati, Prof Dr. Muhaya:

"Orang yang mempunyai hati yang bersih dan kuat sentiasa tabah dengan dugaan yang dihadapinya. Biarpun ditimpa musibah, dia tidak pernah mengeluh. Walaupun pada hakikatnya dia sedang menghadapi kesulitan, dia tetap tenang. Orang yang tenang sentiasa menang"

kedai.assohwah.com
 
Petikan Buku Refleksi Diri, Prof Dr. Muhaya:

"Tindakan kita melambangkan fikiran kita. Kita yang baik ialah disiplin yang baik"

kedai.assohwah.com