Perkongsian nikmat cinta Allah SWT

Dalam hidup ini ada nikmat terhebat iaitu nikmat cinta kepada Allah SWT merupakan nikmat termahal.

Kita dididik oleh Allah SWT dalam bulan ramadhan setiap tahun untuk menjernihkan hati. Hati yang bersih menjadi wadah kepada nikmat cinta kepada Allah SWT. 


Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),  (Asy-Syams 91:9)

"Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman". Allah tidak menyebutkan hal yang menjadi kabar gembira buat mereka demi menunjukkan kepada hal yang bersifat umum dan bahwasanya bagi mereka kabar gembira pada kehidupan dunia dan akhirat. Setiap kebaikan dan terhindarnya setiap mudharat yang diakibatkan dari keimanan, itu termasuk dalam kabar gembira tersebut. Ayat ini menunjukkan kecintaan Allah kepada kaum mukminin, dan kecintaan terhadap apa yang membuat mereka merasa bahagia, serta membangkitkan semangat dan kerinduan mereka kepada apa yang dijanjikan oleh Allah dari pahala duniawi maupun ukhrawi.  - Al Baqarah 222

Apabila hati bersih In Sha Allah dengan mudah hidayah Allah SWT akan masuk dan kita seumpama mengundang malaikat bersama2 kita. Firasat kita menjadi tajam dan doa mustajab.

Kitab Sheik Mohd Sholeh Munajid....menceritakan pengalaman seorang sahabat di di Chechnya ....bersembunyi dr tentera Rusia, dia mendengar betapa kerasnya tentera Rusia mencarinya dibelakan almari, dia pejamkan mata dan menyerahkan diri kepada kepada Allah SWT.....dia hanya membaca ayat 9 surah yassin yang mana dia tidak kelihatan dimata tentera Rusia. Maha Suci Allah yang maha baik

Cinta Allah adalah kehidupan
siapa yang menghilangannya maka termasuk org yg mati

Cinta Allah adalah cahaya
siapa yang kehilangan sinarnya berada dalam kegelapan samudra

Cinta Allah adalah ubat
siapa yang tidak menelannya maka hatinya akan tertimpa dgn beragam penyakit

Cinta Allah adalah kenikmatan luar biasa
Siapa yg tidak mempeolehinya  maka seluruh kehidupannya adalah kegelisahan dan derita


Cinta Allah adalahrohnya iman
rohnya amal
rohnya perilaku

Ketika kita terlepas dari cintaNya
Seumpama kita terlepas dari jasad dan nyawa


Mencintai yang Maha Baik ini adalah sesuatu yang sangat fitrah yang amat sesuai dengan jiwa kita. Huraian Dr Said Ramdahan melalui tulisannya dalam kitab Hikam.

Analogi yang indah..iaitu kisah ibu dan anak. Iaitu kisah ibu yang baik yang mana dia sentiasa berfikir bagaimana untuk mendidik anak2nya menjadi anak yang baik, pemurah dan penyayang. Ibu ini dapat ilham dan dia berikan duit setiap hari kepada anak untuk kegunaan harian dan untuk disedekahkan. Anak tersebut simpan duit yang baki daripada yang digunakannya dan dalam masa yang sama dia sedekahkan duit baki kepada orang miskin....dan bila dia balik ibu memujinya dan memberi ganjaran kepada anak tadi. Dalam hidup ini ..Allah Maha Baik mengapa kita tidak tumpukan perhatian untuk mencari cinta kepadaNYA. Jika bukan dengan izin Allah SWT kita tidak akan beroleh nikmat rezeki sebagaimana yang kita peolehi hari ini.

Kita masuk syurga adalah dengan rahmat Allah SWT
Permulaan hidup kita Allah SWT tolong dan banti begitu juga ketika kita mati.

Apabila Allah SWT mencintai seseorang hamba Allah SWT akan memaniskannya.

Bagaimana untuk kita mencari nikmat cinta Allah SWT.
Sentiasakan hati dan diri dekat dengan Allah SWT

Kisah anak kecil 6 tahun yang cacat dan tempat yg mendengar perbualan ayah dan ibunya yang bercerai. Anak kecil ini diminta oleh bekas isterinya untuk berjumpa dengan bekas isterinya setiap 2 kali sehari. Tiap2 hari dia menunggu saat ingin berjumpa dengan ibunya dan dia bersemangat sekali untuk berjumpa ibunya. Anak ini bila berada dalam dakapan ibu lupa semua penderitaan yang dilaluinya bersama ayah dan ibu tirinya.Bila dia mencapai usia 13 tahun dia kembali hidup bersama dengan ibunya.

Kita ini umpama anak kecil yang tempang di atas. Kita sebenarnya tidak sempurna dan lemah. Kita tidak pernah tenteram dan bahagia bila kita dengan makhluk. 5 kali sehari Allah SWT memanggil kita untuk kita mengadu keluh kesah kita. Kita akan lebih merasa bahagia sebenarnya bila berdampingan dengan Allah SWT.


Note: Catatan daripada Usrati Ikim.fm Ustazah Norhafizah

Comments

Popular Posts