Tips buat pasangan muda dan kesilapan kerap bagi PASANGAN baru BERKAHWIN

Nov dan Dec merupakan bulan Di renjis renjis di pilis Di tepungi lah tawar Hai beras kunyit di tabur Disiram si air mawar Duduk muda sejoli Atas pelamin berseri Dihias intan baiduri Sebagai raja sehari

Aku dengan cik B kiranya berkahwin diusia muda....consider mudalah sebab most kawan2 yang sebaya belum lagi berkahwin masa tu. Kami sebenarnya tak plan langsung nak kahwin cepat yelah aku masa tu ingat nak further study konon nak ke UK. Kebetulan aku terapat semula dgn cik B masa tengah belajar di UUM dan selepas itu kedua2 family dah tahu hubungan kami dan family cik B terus datang merisik dan kedua belah pihak arrange untuk bertunang dan kahwin. Senangkan bila orang lain yang arrange kami cuma balik kampung bawa badan saja. Sekufu yang kuat antara kedua keluarga sebenarnya mengeratkan hubungan kami terutama dalam melayari bahtera perkahwinan.

Pemilihan berdasarkan agama....mengapa aku pilih dia sebab aku tahu budak aspura essemjay memang boleh dikata berpengetahuan agama dan solat jemaah mereka memang tip top, sabda Rasulullah s.a.w.: Bila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa ke masjid, maka bersaksilah bahawa dia memang seorang yang beriman. Kerap juga aku melihat dia menjadi imam dalam solat. Manakala abah pula menerima baik bila tahu yang cik B tu anak menakan Pak Ngah Lah iaitu Imam Masjid Bukit Tangga yang juga kenalan kepada kawan baik abah, Lebai Bakar, Imam Masjid Batu 6. Sebenarnya tanpa pengetahuan kami mereka saling berkunjungan.

Aku dan cik B sama-sama dari BIG FAMILY. BIG FAMILY yang suka berkumpul beramai-ramai jadi aku atau cik B tidak pernah canggung atau gelisah bila ada gathering malah saat beginilah yang selalu kami nanti.

Sabar dan solat.

Allah s.w.t berfirman maksudnya :
``Hai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'' (Surah al-Baqarah ayat 153)

Bila memasuki alam perkahwinan perkara yang paling penting adalah sabar dan solat. Buang perangai sebelum kahwin yang kememe (mengada-gada) perangai yang suka merajuk...be a mature person dan sentiasa ingat dan bersyukur dengan anugerah Allah SWT kepada kita. Tetapkan diri kita dengan solat dan sentiasa berdoa semoga Allah SWT kekalkan hubungan perkahwinan kita hingga ke jannah. Sentiasa berdoa semoga Allah SWT kurniakan kita zuriat yang sempurna zahir dan batin, zuriat yang tetap cintanya kepada Allah SWT.

Satu lagi siapapun kita dalam membuat keputusan refer kepada orang yang lebih tua iaitu ibu dan bapa kerana mereka lebih berpengaman dari kita. Kalau mereka kata tidak mungkin ada yang tidak kena dimata mereka yang mungkin akan memudaratkan kita dimasa depan. Ingatlah tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anaknya menderita.

Dan bila memasuki alam rumah tangga ....jangan membazir. Simpan duit untuk masa depan ini adalah pesan mak jang. Jangan membeli sbb nak menunjuk. Dan elakkan sifat kedekut dalam rumahtangga. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Sebenarnya sebelum kahwin aku dengan kepala anak bongsuku yang hyper dan keras kepala dan kami selalu bergaduh asal jumpa bergaduh, asal call bergaduh dan ada saja nak bergaduh sampaikan kawan sekampung cik B pernah kata macam ni ka nak buat bini cengei nak mampuih. Ayat yang memang makan dalam sebenarnya.

Sebenarnya bergaduh tu bagus sebab dari pergaduhan kita dapat lebih mengenal pasangan kita. Kita tak hipokrik tunjuk perangai baik sahaja.

Alhamdulillah berkat dari kahwin muda dan restu kedua-dua belah pihak kami dipermudahkan dalam perhubungan dan juga kehidupan.

KESILAPAN kerap bagi PASANGAN baru BERKAHWIN
Hasil kajian yang dijalankan juga mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan sekiranya pasangan tidak bersabar.

"Pada tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat dan rumah tangga mudah goyang sehingga boleh berlaku penceraian.

"Kajian juga membuktikan 44.9 peratus penceraian yang berlaku sebenarnya berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab,'' ujarnya.

Malah penceraian juga berlaku kerana tiada persefahaman, masalah nafkah dan sebagainya.

"Keadaan ini berlaku kerana kedua-dua pasangan gagal menjalankan tanggungjawab selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan juga berlaku percampuran orang ketiga,'' katanya lagi© Utusan Melayu (M) Bhd

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.
Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.


Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Wallahu'alam.

Sumber: semaniskurma (6 KESILAPAN kerap bagi PASANGAN baru BERKAHWIN)

Comments

  1. pesanan yg bagus buat yg baru memasuki gerbang perkahwinan dan bagus juga utk psngan dah lama kawen untuk ulang kaji ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts