Nota Kehidupan

Kita ini umpama dalam suatu perjalanan yang jauh misalnya dalam perjalanan untuk bercuti, menunaikan haji atau umrah atau balik kampung, berkursus dan sebagainya. 

Bukan semua perjalanan kita menarik dan adakalanya membosankan malah paling teruk dalam perjalanan tersebut kita terpaksa menghadapi pelbagai rintangan misalnya kesakitan, kecurian, jalan yang sesak, kemalangan, kereta rosak, mengantuk dan pelbagai. Setiap rintangan tersebut menjadi nota dalam diri kita. Esok mungkin kita tidak akan lalui jalan ini atau kita akan lalu tapi dilain masa.


Nota kehidupan membuatkan kita sentiasa mengemas kini keperluan perjalanan akan datang supaya kita tidak lagi bertemu dengan rintangan-rintangan yang membuatkan jiwa kita resah, iman kita merudum turun dan semangat juang kita hilang. Kita juga mengemas kini apa dan siapa harus dibawa atau apa dan siapa harus ditinggalkan.

Nota kehidupan membuatkan kita sentiasa beringat supaya kita tidak terjatuh dilubang yang sama untuk kali kedua.

Nota kehidupan sisiplah ia didada supaya kita tidak lupa dan leka dengan tampilan hiasan dunia yang sedang ketawa berdekah dekah....kata dunia, "Fake punya manusia yang tak serupa bikin mulut dan hatinya". 

Nota kehidupan....ingatkan kita supaya tidak menjadi FAKE semata2 untuk pandangan manusia.

Nota kehidupan membuatkan kita ingat asal kita dari mana.

Aku ini manusia
Asalku dari tanah yang busuk
aku bukan sesiapa
apa adaku
apa disisiku
apa dimiliki
sebenarnya hanya fatamogana
cerminan saja
kerana kembali kita ke tanah jua

Nota kaki - aku ini orang kecil sahaja hanya bisa gelumang dengan selut pida cuma bau lumpur kurasa lebih enak dari haruman chanel atau burberry yg menajiskan solat. Nota kehidupan untuk diri supaya anak2 faham kita ini cuma warisan sekolah pondok bukan anak jajahan yg fasih menyanyi lagu sang queen jack...tulisan dari hati isteri seorang Torres Malaya yang berwajah sekacak si Pirate Carribean namun mengimpi syuga indah yang dijanjikan Allah SWT buat insan berhati suci, ikhlas dan redha langsung tidak ada sekelumit FAKE dalam dirinya - 7 Muhharam 1435


Comments

Popular Posts