Siapa Jodoh Kita
Sebagai
ibu kita wajar memberi panduan kepada anak2 siapa dan bagaimana orang2
yg patut mereka pilih sebagai calon hidup sedari usia remaja.
Sediakan panduan dan ciri2 yang jelas berdasarkan apa yang dipandukan dalam Islam. Letakkan pemilihan berdasarkan agama dan sekufu.
Sediakan panduan dan ciri2 yang jelas berdasarkan apa yang dipandukan dalam Islam. Letakkan pemilihan berdasarkan agama dan sekufu.
Be a good friend to your son or daughter....kongsikan kepada mereka mengapa kita perlukan semua ini. Kita hidup bukan setakat mengumpul harta dunia tetapi kita hidup adalah untuk mencari keredhaannya. Dek kerana itulah kita perlukan sesorang yang mempunyai keselarian perjuangan Islam dalam dirinya untuk mencapai keredhaan Allah. Allah SWT tidak memandang kepada wajah, warna kulit dan kedudukan ttp dia memandang iman dan hati seseorang itu.
Tersenyum tadi membaca satu komen yang mengatakan ..Phan Tok Arang Saya melihat FB sbg perisik percuma utk merisik calon isteri atau calon menantu.Tak perlu hantar org utk merisik kita dah dpt kenali seseorang calon yg mana hari ni cakap sopan dgn mertua esok sumpah seranah mertua, yg mana hari ni tolong mak mertua sapu rumah esok ketuk kepala mertua dgn penyapu, yg mana depan mertua puji mertua belakang mertua kutuk mertua dan lain2 lagi rahsia sulit yg perisik manusia pun mungkin tak blh dpt maklumat tepat.
Sebenarnya rutin remaja memberi pengaruh besar didalam diri seseorang individu.
Berikan contoh calon yang baik jika ianya ada dalam lingkung keluarga
kita. Ini adalah untuk mengelakkan mereka tersalah membuat penilaian
dimasa depan.
Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin.
Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet,
televisyen ataupun
cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja).
Ini kerana itu bukan
jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai
dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju
berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga
menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan
tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas
itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai
ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta"
tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai
panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh
menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh
berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia
maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a: via Hazman
Comments
Post a Comment