29 October 2013

Amar Maaruf nahi Mungkar

Selalu kakak bercerita mengenai perkara ini dan hal inilah yang membuatkannya menasihatiku agar tidak sekolahkan Al Khattab di sekolah menengah harian sepertinya.

"Sedih la mama dengan keadaan budak-budak sekarang...baru sekolah menengah lagaknya dah macam berkahwin dan yang paling sedih benda ni happen dalam surau", cerita kakak.

"Tak ada orang yang tegur ke", tanyaku.

"Tah la mama, kawan2 cuma tengok saja", keluhnya dengan nada kecewa.

"Amal maaruf nahi mungkar kak, kalau bukan kita yang menegur siapa lagi....buat apa kita just nak mengumpat dibelakang tapi perkara mungkar berterusan kan", aku sekadar memberi pandangan.

Riak wajahnya ternyata tidak suka dengan apa yang berlaku acap kali itu.



Sabda Rasulullah SAW - Thabrani:
“Wahai manusia ,perintahlah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran sebelum kamu berdoa kepada  Allah dan tidak dikabulkan,serta sebelum kamu memohon ampunan kepada Allah dan tidak diampuni. Bahwa amar maruf tidak mendekatkan pada ajal…..”

Sabda Rasulullah SAW - Tirmidhi:
“Bukan dari golonganku: orang yang tidak mengasihi dan menyayangi yang muda, tidak menghormati yang lebih tua,dan tidak ber amar maruf nahi mungkar”

26 October 2013

Warna apa yang kita pilih untuk anak-anak kita

Siapa aku dulu ketika sebaya dengan kakak membuatkan aku lebih memerhati dia. Aku tahu sekiranya burung mula terbang bebas dia akan bergerak tinggi dan bila sayapnya tercedera baru dia tahu mengapa dia tidak boleh terbang tinggi.

Siapa aku dulu adalah sebagai pelajaran untuk aku sendiri setelah menjadi ibu.

Siapa aku dulu membuatkan aku lebih peka dengan anak2 dan aku lebih berempati. 

Siapa aku dulu dan anak2 sekarang sebenarnya menghadapi krisis yang sama di zaman yang berbeza.

Aku sebenarnya bernasib baik kerana mak dan abah banyak mendoakan anaknya ini jadi aku terhijab daripada banyak perkara negative. Dan aku juga bernasib baik kerana diriku berada dizaman itu, zaman yang masih ramai orang yang baik-baik.

Banyak perkara yang kakak lalui sebenarnya mama ini telah melaluinya. Sifat lasak, laser, berani, agak sedikit tomboy, lebih selesa dengan kawan lelaki berbanding perempuan sedikit sebanyak meresap dalam dirinya. Cuma dia ada sifat lembut hati sebagaimana papanya. Sifat lembut hati itulah yang buatkan mama ini takut untuk melepaskannya terbang.

Sebagai ibu kita kena proaktive dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Ada perkara boleh YES dan perkara lain pula NO.

Anak itu amanah. Amanah dari Allah. Anugerah anak bukan untuk seronok-seronok. Boleh bagi tahu satu dunia....hello world this is my kids...see how brilliant her/him or see how cute her/him. 

Dan anak itu adalah satu cabaran dan ujian Allah SWT untuk kita di dunia samada kita mahu warnakan dia dengan warna akhirat atau sebaliknya.




24 October 2013

Tempat makan-makan dan cuci mata di Puchong Prima Walks Alfaa Maju

Semenjak kali pertama pergi dinner di sana asal nak makan kami tidak lagi menuju ke Tompel, Mug-Mug or Along. Not bad tempat tu manage by someone yang cik B kenal. Actually selalu kami tersempak dengan encik yang manage tempat tu cuma aku hanya senyum tanda hormat. Aku tabik spring kepada yang membina dan menguruskan tempat itu.....ia membuka ruang untuk melayu berniaga.

Semalam masa kesana tersempak dengan x-opismate Amin. Sempat la bersembang sebenarnya lama tak jumpa teman baik ni. Still menten lawa.....kemuadian terjumpa pula ibu dan ayah Amira, kawan baik kakak. Bersembang lagi....aduyai mama ni.

Sebelum ini kami mencuba beriyani ayam, chicken chop, hotplate yeemee dan semalam ibu Amira advice mencuba Char Keow Teow walaupun tidak sesedap Char Keow Teow kat Kampung Baru tp ok la ......

Di Prima Walk selain food court ada beberapa unit kedai kecil yang menjual pelbagaian barangan. Tempatnya tersusun berbanding Uptown Puchong Indah.

PIC tak ada sebenarnya masa pergi mode kelaparan jadi tidak sempat nak snap-snap.

Jodoh itu adalah rahsia Allah SWT

"Ni la rupanya kekasih awal akhir cik Mat, "kata seseorang yang mengenali cik B suatu ketika dulu.
"OOppppsss...ye ke, mana ada dulu kita orang kena-kenal mcm tu saja", jawapku.
"dia pernah cakap dulu dia dgn hang and lepas tu hang ignore dia dan dia cakap tak akan lagi dgn hang sebab hang buat dia macam tu", cerita orang itu panjang lebar.
"kunfayakun bukan milik kita,,,jodoh, ajal dan maut semua milik Allah SWT", ayat ustazah mula keluar dari mulutku. Bila aku bercerita kepada cik B dia cuma tersenyum.

Dari dulu aku mempunyai prinsip hati ini hanya untuk yang sah bergelar suami. Prinsip yang aku pegang membuatkan aku hampir kehilangan cik B...namun KUNFAYAKUN itu milik MAHA BERKUASA, Allah SWT.

Jodoh ini adalah rahsia Allah SWT. Kita hanya mampu merancang boleh jadi kita tidak suka sesorang pada hari ini tapi di masa depan Allah SWT dah tetapkan dia adalah jodoh kita.

Wahai anak, berhati-hati dalam memberi hati kerana hati itu sebenarnya milik Allah SWT. Peliharailah harga diri kerana dirimu amanah mama dan papa dan kita sendiri belum kenal siapa yang akan menjadi khalifahmu nanti.

Wahai anak, peliharailah dirimu kepada yang benar-benar berhak keatas dirimu. Dan ingatkan sebaik2 muslimah itu adalah seseorang yang mampu menjaga maruah diri dan keluarga.

Wahai anak, cinta itu milik Allah SWT. Cinta itu datangnya dari syurga. Bajailah dia dengan munajat supaya ianya dapat kembali semula ke syurga. Jadikanlah kita ini kekasih awal dan akhir bagi seorang yang bergelar suami......Ooooppps drama apa pula ni?

Mama ni mode tengah memikir soal hati anak remaja semoga Allah SWT sentiasa melindunginya.


Jamal Abdillah – Kekasih Awal Dan Akhir
Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga terlupa
Pada paras lupa
Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terlepaslah… rahsia
liriktube.blogspot.com
( korus )
Sekian lama terpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu…
oh oh…
Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih zahir dan batin
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi
Takku harap takku peduli
Walau bulan jatuh kebumi
Dan hadir bidadari
Tak kumimpikan lagi
Kerana kau lebih mengerti
( ulang korus hingga akhir)
Kerana kau lebih mengerti

23 October 2013

Si Jambus Ensem dah BIG BOY

Next year si mamat jambu's ensem, As Siddiq dah mula sek rendah. Dah BIG BOY. As Siddiq more independent than abangnya Al Khattab. Maklumlah, jauh umurnya dari Alang Myra tidak seperti Al Khattab yang sentiasa berasa disisi Kakak semasa umur sebaya dengan As Siddiq.

"Mama cikgu Shidah cakap lagi 3 hari kita nak concert", beritahu si ensem seolah remindkan mama.
"Haa aa mama ingat mama dah tanda pun kat kalender", jawapku untuk menyakinkannya.

Semenjak berlatih untuk concert bukan main lagi dia sometimes menari2 dan adakala menyanyi-nyanyi.

Sekejap saja masa berlalu.

As Siddiq

Concert 26/10/2013 ...tak sabar mama nak tengok anak ensem mama ni perform....

22 October 2013

18-month-old, fourth week my todd

Waleed wiz Kakak ...kakak yang selalu jaganya bila mama tak ada

Al Waleed
How your child is growing
Your toddler's vocabulary will grow by leaps and bounds over the coming months. While the first single words are usually nouns ("cat", "ball", "bottle"), phrases that use nouns and verbs tend to follow within a few months: "Me want" or "Go bye-bye".

For every chatterbox, there's a child who's relatively quiet. It's still too early to worry about a late talker, although if your child doesn't speak at least 15 words by now, it's a good idea to talk to your family doctor or paediatrician. She may recommend seeing a speech therapist to rule out any problems.
via Babycenter

What about Al Waleed....sebenarnya today is the 18 month 3th week. Mamat ensem ini always advance. Bulan lepas dia dah mula..gakak (kakak), aberg (abang) but sound like alien...alang (walerd), acik (wcik). Bird (berg), spider (ade-ade).

Tapi perangai pelik mamat tecit ni suka sangat berjaga malam so mama gelarkan dia mat saleh. Yelah orang kalut nak tidur dia berjaga. Paling teruk dia marah kalau mamanya ni baring even bersandar pejamkan matapun dia marah.

Mamat tecit yang ensem ni sebenarnya sayang sangat pada mama. Every time mesti nak kiss mama. Dia paling jeles jika ada yang mahu dekat dengan mamanya kecuali Acik As Siddiqnya.
 

Perihal Anak Remaja - MODE KAWAN

No couple.

Susah nak cakap kalau mama & papa memang kenal each other masa kat sekolah. Ceritanya sama macam cerita Papa dan Mama, cuma versinya di era kini. Bila mereka tanya mcm mana papa kenal mama. Kenal di sekolah. Gathering sekolah yang sama. Kawan-kawan yang sama. Jadi macam mana mama dan papa nak cakap Kakak no couple please......

Tu la orang pesan jangan bercouple sebab nanti bila anak2 kita lakukan benda yang sama kita susah nak melarangnya....mcm peribahasa what goes around come around

Bila recall balik teringat cerita kakak masa dia form 1, "ma ada boy ni minta couple siap nak jumpa mama lagi". Dan selepas itu semuanya asyik dengan cerita boy yang sama yang aku namakan TORRES. Adusss jenuh nak melayan anak remaja tp kalau bukan mama yang melayan sapa lagi kaaaannn....

Muka budak PBS yang dok mengejar nak menghafaz surah...nak jadi mcm Ustaz Don tak mau layan cintan katanya ..fuyooo truly anak mama buka jiwang mcm papa...
Privasi.

Kami anak beranak tak ada privasi. Mama dan papa baca message mereka just untuk tahu kemudian ada apa-apa kami cuma nasihatkan.
Muka lani lebih ceria maklumlah PMR dah END

Bila baca tengok papa....tula kan papa sapa suruh dulu kita bercinta sekarang tak boleh la nak salahkan anak kita cuma kita kena guide mereka supaya tidak lari dari landasan yang ditetapkan oleh Islam.

Sebagai parens kami cuba buat yang terbaik buat anak2, seperti menarik rambut ditepung. Cinta, sayang adalah naluri perasaan semulajadi manusia. Sebagai ibu bapa yang pernah melalui pengalaman ini ianya perlu dilalui secara berhemah. Jadikan anak2 sebagai kawan jadi kita akan lebih peka dengan perasaan mereka. 

Pesan mama pada Al Khattab.."Abang siapapun abang dan di mana abang berada jangan sesekali memainkan perasaan orang lain tau", ....."hissss..mama ni abang tak minat la semua ni", jawap pak Ustaz mama sorang ni.

Bila berdepan dengan anak remaja kita kena tukar mode...mode ibu dan bapa jadi mode kawan.

21 October 2013

Aktiviti Weekend

Semalam kami ke Taman Cabaran Putrajaya. Anak2 dan cik B mahu berclimbing wall. Mama ni ikut sajalah actually mama suka aktiviti macam ni tapi apakan daya **kesihatan harus diutamakan**.
Fuyooo my spidermen
Type hyper nilah aktiviti yg bersesuian dgn sihyper
Nilah orangnya yg beriya nak berclaimbing wall
Ni paling laju dan ligat

Banyak acara dalam planning sempena habisnya kakak berhempas pulas dalam exam PMR. "Ma next week paintball pulak...", permintaan budak PBS yang tidak ada kena mengena dengan PMR. Memang dalam soal demand mendemand inilah orangnya.

Ermm paintball menarik...tak per nanti mama survey.

Selepas berclimbing wall kami menuju ke presint 9 dalam versi jalan jalan cari makan. Dan aktiviti weekend di end dengan berhenti di masjid Tuanku Zainal Abidin.

pak ostaz yg tepi tu tak mahu picnya disnap...versi jual mahal



Hambar dan Tawar

Hambar dan tawar.
pic ni tak hambar tp tuan yg mengetuk keyboard ni yg sudah tawar hati

Teman baik pernah berkali berpesan, "sal hang tu hati2 sikit berkawan aku tau hang always positive ttp manusia sekeliling hang bukan macam yang hang sangkakan".

"Salina aku nak pesan ni jangan rapat sangat dengan orang tu dia tak baguih sangat la", pesan teman yang lain yang selalu aku meluahkan isi hati kepadanya. Orang yang baik tidak akan menceritakan luahan hati temannya yang jujur bercerita kepadanya...pause. Clue untuk mengetahui hati manusia sejauh mana dia memegang amanah temannya jika dibelakang temannya dia beriya bercerita kemelut jiwa yang meronta didalam hidup temannya itu.

Teman dan kawan adalah dia subjek yang berbeza.

Tawar hati.

Aku menghormati persekitaran ku. Aku tutupi lohong2 aib mereka sedang banyak perkara yg mereka tidak ketahui yang aku ketahuinya.....

Hambar.

Bila hambar aku menjadi tawar.

Kata cik B, orang yang bijak akan mengelak dari memasuki lubang yang sama dan orang yang bijak akan jadi hambar dengan situasi jelik yang mana akan memesongkan hatinya.

Kata cik B lagi cari yang tenang dan mendamaikan contohnya bersamanya dan anak2.....tak habis2 dengan menjiwang.




17 October 2013

Pesan mama buat anak remaja

Semalam (day) via whatapps kawan kakak minta permission nak ajak kakak menonton wayang. Mama cakap NO. Semalam (night) kakak sekali lagi memberitahu mengenai program itu dan tadi sekali lagi kakak call. Bukan senang kakak mama nak lepaskan anak mama jauh dari pengawasan mama....mama tahu CCTV everywhere dan kita juga ada Allah SWT.

Jika mama memberi permission bermakna mama mengabaikan amanah mama.

Sebagaimana mama selalu tekankan kepada kakak, abang, alang, as siddiq dan baby. Solat itu wajib. Aurat perlu dijaga dan jangan sewenangnya di tunjukkan kepada yang bukan hak.

Sebagai seorang Islam yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW....kita perlu teruskan ADDIN (Islam is the way of life) walaupun cara kita seperti menongkah arus. Orang berduyun ke hilir dan kita bersendirian bergerak ke hulu. Namun yakinlah air dihilir lebih jernih berbanding air dihilir yang penuh dengan keladak dan sampah sarap.

Islam adalah menyeluruh. Bukan sekadar solat, puasa, berzakat dan tunaikan haji di Mekah.

Islam itu bergerak seiring semenjak kita diazan dan diiqamatkan oleh bapa kita.

Makan minum kita. Pergaulan kita. Siapa kawan kita. Apa yang kita baca dan tonton. Rutin harian kita. Kalimah-kalimah yang keluar dari mulut kita perlu seiring dengan ADDIN.

Anak mama....kakak akan jumpa dengan orang yang bergerak seiring dengan kita dan yakinlah janji Allah SWT. 



16 October 2013

Aidul Adha 2013 Part 1 - Majlis Akikah Fathia Hana


Kakak, Alang & Siddiq with Tok Wan Im
Aidul Adha 2013. Mulanya nak beraya di Pahang, rumah Kak Minah. Yelah lama juga kami tak visit kak ipar seorang ni tapi selepas abah call hati ni mula sayu....terus whapapps cik B, "kita balik Kedah..". Cik B pantang sebut Kedah terus ON. 

Fathia Hana
Sabtu pagi kami mulai perjalanan ke utara, Pukul 11.00 am kereta sudah berada di laman rumah Mak Manis. Terkejut Mak Manis dan ayah. "La kata tak balik...", muka mereka berseri2. Kadang2 kejutan memberi satu kegembiraan yang tidak disangka. Pukul 2.00 pm kami bergerak ke Alor Setar bersama Mak Manis dan Ayah menuju ke majlis kenduri akikah di rumah Pak IM. Sebenarnya inilah tujuan utama aku beriya nak balik....Fathia Hana cucu sulung Pak Im anak sulung Abang Chad dan Sarah. Seronok bila berada dikalangan ahli keluarga sungguh riuh dengan pelbagai cerita. Macam-macam ada. Selalu aku cakap pada cik B ...aku bersyukur kerana a part of this great FAMILY. Banyak perkara yang aku belajar dalam keluarga ini bermula dari Allahyarhammah Tok Yah, Long Timah, Pak Ngah, Ibu Mertuaku Mak Manis, Mak Jang, Mak Teh Dah, Pak man, Pak IM, Cik Pah, Pak Cik Ghani, Cik Noriza dan yang pasti my super senior essemjian Kak Nita dan Kak Atie.

Dari rumah Pak Im kami bergerak ke Jitra iaitu rumah Long Timah. Beriya Long mengajak kakak tidur dengannya. Demi tidak menghampakan permintaan Long kami ke sana. Kami sampai di sana sebelum masuk waktu maghrib. Bukan main kecoh dan bersungguh Abang Tan, Kak Wan dan anak beranak melayan kami. Actualy aku tertarik dengan Kak Wan, seorang yang amat pandai mengambil hati dan bagiku dia amat baik dan mudah berinteraksi dengan semua orang. Yang pasti kami akan kesana lagi bila balik Kedah nanti. Semasa keluar dari rumah Abang Tan aku terbau bunga melur semerbak...mulut terus bertanya, "Long ada tanam pokok melur ka, wanginya", Long memangdangku pelik, "tak tanam pun kalau ada pun bunga meloq kat kubur sana", beritahu Long. Aku terdiam.

Dari rumah Abang Tan kami menuju ke rumah banglo Kak Nita dan Abang Iqbal yang cantik dan tenang di atas bukit. Orang yang berani dan kuat saja boleh stay di sana. Aku ....nak stay kat landed pun asyik memikir-mikir ini pula nak stay di atas bukit....lonely beratus kali kena memikir. On the way nak ke rumah Kak Nita kereta kami dikejar anjing yang kelihatan amat marah. Suasana gelap...macam scary movie la pulak.

Sebenarnya perut masih kekenyangan dengan makanan enak dari rumah Pak IM. Kak Nita menjamu kami dengan sandwich dan rojak. Aku hanya mampu memamah sekeping roti sahaja. Ditengah menjamu selera Abang Iqbal menerima panggilan dari Kak Atie yang memberitahu bahawa adik abang Azhar telah meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun...... Plan asal kami mahu berkonvoi ke Sik namun suami Kak Atie menyarankan agar kami melawat keesokkan paginya di Kulim.

Cerita Cik B, Aruah masih muda anak2 pun masih kecil. Kunfayakun bukan milik kita. Sesungguhnya Dia maha merancang yang terbaik buat hambaNYA.



09 October 2013

Adakah yang menganggu itu Qarin

Apa yang terjadi kepada Adelia dan apa yang dikatakan oleh ustaz kepada Uda Syairee membuatkan aku tercari2. Apakah yang dimaksudkan oleh Ustaz Abdullah gangguan tersebut dari Qarin.

Pagi ini call Uda untuk bertanyakan mengenai Adelia. Semenjak ahad aku berfikir mengenainya. Sayu sekali bila terkenangkan baby yang aktif dan bijak ini tiba menjadi lesu dan tidak bermaya. 

Memikirkan Adelia membuatkan aku langsung lupa mengenai hal lain. Semoga Allah SWT memudahkan urusan memulihkan Adelia.

Tentang Jin Qarin
 
Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing-masing? Setiap kali lepas ibu kita bersalin, si ayah akan membasuh uri atau orang tua-tua kata itu kembar kita... Sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu dipanggil sebagai Qarin. Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara-perkara yang jahat.Dalam hadis dari Rasulullah S.A.W ada disebutkan dengan lebih terperinci tentang Qarin.
 
Seorang ustaz pernah bercerita beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itubalik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin, berasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pula Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi datang ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang..

Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun berceritalah pada rakan serumahnya. Dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita, esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi. Sampai di rumah perempuan tu ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan ceritalah tentang payungnya yang tertinggal itu. Ibu perempuan itu terkejut dan menerangkan bahawaperempuan itu memang tinggal di situ, pelajar UKM tahun 2, tapi telah meninggal dunia dua tahun yang lalu.
 
Jika peristiwa itu pernah anda lalui atau akan lalui, jangan terkejut kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik-detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam.Qarin akan memakai pakaian yang serupa contohnya: Jika seseorang mati dilanggar kereta ketika sedang menahan teksi, Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati. Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini tak kira jin atau syaitan atau Qarin, semuanya adalah makhluk Allah belaka.
 
Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca: A'uzubillahiminasyaitonirrajim... InsyaAllah... Selamat dan sejahtera. Kepada kita yang masih hidup, buatlah kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan...

Kakak dan Adelia

Banyak benda terjadi pada minggu ini antaranya,

Minggu ini adalah PMR final week. Alhamdulillah. Moga kakak akan mendapat straight A's sebagaimana yang diimpikannya. Dia mama dan papa sentiasa mengiringimu. Semalam adalah hari terakhir. Sebelum paper terakhir pelbagai plan yang kakak dan kawan2nya buat bagi mengisi hari2 selepas PMR.

Universal Studio Singapore (USS), beriya-iya kawan2nya menyuruh kakak meminta permission daripadaku. Kakak sememangnya tahu jawapanku. Cuma tersenyum.

Dalam kereta on the back aku sekali lagi mengulangi...kakak dan adik-adik adalah amanah Allah SWT kepada mama dan papa jadi kami kena betul2 jaga amanah ini.

Semasa disekolah kakak juga aku dan ibu2 lain memerhatikan kelakuan sepasang anak remaja yang asyik berkepit tanpa menghiraukan orang sekelilingnya. Drama tersebut adalah sebagai pengajaran kepada ku...kakak jangan sesekali macam itu. Dalam apa hal sekalipun ingat Allah SWT, Dia sentiasa ada dengan kita. Jangan gadaikan maruah diri semata-mata untuk menjadi sebegitu...hatiku remuk sebenarnya walaupun budak perempuan dan lelaki itu bukan anakku namun sebagai ibu aku merasai apa yang dirasakan oleh ibu mereka jika melihat perilaku mereka dikhalayak awam.

Habis mengenai kakak.

Hari minggu lepas adik ipar whatapps...mereka berada di KPMC. Keadaan baby Adelia yang akan cukup setahun hujung bulan ini membimbangkan. Kami terkejut bila visit dirumah Uda. Adelia yang bulat dan kini Adelia yang kami panggil Adel makin slim diwajahnya tiada lagi keceriaan. Sebak aku melihatnya. Ada garisan merah dibawah mata membuatkan aku merasai sesuatu yang tidak kena.....Aku terus menelefon Kak Nurul isteri Abang Li yang tinggal di Puchong Indah. Adik kita jumpa ustaz, saranku kepada Uda dan Ati.

Di malamnya kami berada di rumah Ustaz Abdullah. Keadaan Adelia membuatkan aku tidak memikirkan hal lain. Aku cuba kumpulkan sebanyak maklumat mengenai gangguan makhluk halus terhadap bayi. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana baby Adelia mengharungi semua ini. Sebak rasanya. Semoga Allah SWT melindungi Adelia dari gangguan Jin dan Syaitan...peliharahilah dia Ya Allah.




03 October 2013

Mummy and mummy

Hari ini mama berkesempatan ke sekolah kakak. 

Kebetulan awal datang jadi parking masih banyak. Semasa parking perasan ada audi dibelakang...mcm familiar. Yeaa right....mummy Farisa. Jadi kami beiringan menuju ke kantin dan ketika itu kakak, Farisa dan Adibah sedang menunggu. Tidak berapa lama kemudian mummy Adibah pun sampai. Mummy & mummy pun ngam dan riuh rendah juga di meja tu dengan pelbagai cerita dan gelak tawa. Sempat mama bertemu dgn si comel CT sepupu Jija dan Eena ....memang dah lama teringin nak jumpa selalu dengar cerita dari kakak. Ct sama macam Jija dan Eena comel. 

Itu Haris, Itu LA....bila sampai masa LA sama saja word yang keluar dari mulut mama dan mummy Farisa... Opppssss zippsss ya, itu Fikri, itu yang sebelah budak handsome....Syamil. Aiza mama memang dah kenal. Seorang yang peramah dan baik hati.

English paper selesai sudah. Sekejab lagi paper GEO semoga kakak dan kawan-kawannya dapat menjawap dengan baik.

Semoga anak bertiga ini ini berjaua cemerlang dlm exam ini




Hari kedua PMR

Hari kedua PMR.

Hari ini paper English dan Geografi,

Semalam mood mama menjunam....kenapa? Mama ini tak boleh panas kebetulan aircond kereta rosak dan air cond di opis pun rosak....panassss. Syaitan dijadikan dari api...panas itu api. Susah nak control emosi dalam keadaan mengelegak.
hobi memekkan muka

Semalam bersembang dengan kakak mengenai exam hari pertamanya. So far so good. Mama yakin kakak boleh buat sebaiknya. Nampak keyakinan diwajahnya. Alhamdulillah. Semalam mama dan papa berkumpul di bilik kakak. Papa memeriksa apa yang telah kakak jawap dan mama pula malas nak periksa benda dah lepas lupakan saja kita fokus exam esok pula. Bercerita dengan papa dan kakak semalam mama tidak pernah utilize masa exam selalunya kalau diber 1 jam 40 mini mama hanya gunakan 1 jam selebihnya ZZZzzzZZz. Pernah semasa exam kawan-kawan sibuk mengejutkan kerana risau mama tidak habis menjawap dan bila result semuanya macam tidak puas hati..."hang dapat jawapan dalam mimpi ka". teringat lagi ayat daripada pemain tenis sekolah yang merupakan rakan sekelas semasa form 3, Rokyzal.
mama & kakak

In Sha Allah berkat usaha kakak selama ini dan dekatnya kakak dengan Allah SWT akan memudahkan kakak menulis dan menjawab. Allah SWT pemilik kalam alam ini dan kita hambanya hanya tahu secebis cuma dari kalam itu.

Hari ini mama terpaksa bawa dinosour ke opis. Tak sanggup menahan kepanasan yang menjadi-jadi dan biasalah dengan dinosour terkedek-kedek nak parking tersengih2 apek yang parking disebelah.

02 October 2013

PMR 2013

Hari ini hari pertama EXAM PMR.
Kakak & Adik .......

Anak mama tu nampak cool. Mama tahu she can do it. Semalam semasa pergi ambil kakak di rumah Farisa, mummy Farisa tanya, "tak apply boarding school..", "tak....", jawapku. "kenapa", dia bertanya. "I nak close monitor my kids", jawapan seorang mama yang memang suka kepong anak. 

Boarding school bukan pilihan aku. STOP. Aku ada pelbagai alasan mengapa aku tidak mahu anak aku tinggal di asrama. Aku perlukan masa untuk bersama mereka. Siapa tahu.....berapa lama lagi kita sempat melata di dunia ini.

Sebenarnya masa pantas berlalu. Aku masih ingat saat2 dia masih Q-dess. Kakak amat cemerlang di sana dia mempeolehi 100% untuk semua subjek mengatasi anak bangsa lain yang bersekolah disana.  Aku tidak sempat untuk monitor segala kerja rumahnya segalanya dilakukan sendiri sehinggakan aku dipanggil oleh Teacher Janaki yang menyedari kelemahan kami. Teacher janaki tahu kami tidak pernah menyemak kerja rumahnya malah communication book pun jarang kami selak.

Masa itu aku teramat  sibuk, masa kakak dan adik2 banyak dihabiskan dengan maid. Sampaikan dia tergila2 dengan cerita indon dan pandai pula berbahasa indon. Pengaruh maid dalam family kami membuatkan hidangan wajib ada tempe goreng. Orang kedah makan tempe.....selalu kami kena perli dengan Pak Lang (tauke pasar basah yang berasal dari Changloon Kedah). Kini mama dah insaf ....hard working mencari harta dunia yang sementara ini merupakan perbuatan yang zalim dan tidak beretika kepada anak-anak.

Kemuadian kakak mengulangi sejarah dengan mempeolehi 5A dalam UPSR 2010. Kakak dengan sifat mudah mesra dan hyper membuatkan semua cikgu menyenanginya. Teacher Naga asal nampak mukaku mesti soalan pertamanya, "How your daughter",....dan mulalah keluar ayat2 puji-memujinya.

Result exam bukan untuk mama dan papa tetapi untuk diri kakak. 

Aku telah merasai perasaan bila menerima keputusan ketika itu PMR dikenali SRP....cikgu Ramiah sebelum memberi result merenung dan tersenyum, "pandainya kamu....", bila result ditangan aku terus menjerit. Satu perasaan yang luar biasa bila kita mencapai mempeolehi apa yang kita impikan......

Hari ulang kaji telah berlaku dan kini tibalah hari menilai sejauh mana pemahaman kita selama tiga tahun. In Sha Allah mama yakin kakak akan mempeolehi keputusan yang cemerlang.

01 October 2013

Perihal Anak Remaja - When I Fall in Love

Panduan buat mom's & dad's yang ada anak remaja. Kita tak boleh cakap jangan bercinta kalau kita dulu pun bercinta namun kita patut cari solusi bagi mengimbangkan relung cinta dan iman. Teringat kata2 cik B dulu, "kita berkawan bukan nak peningkan kepala dengan sandiwara rajuk dan gaduh tapi kita berkawan untuk kekal sebagai suami isteri hingga ke syurga sana". Jangan mudah gelabah dan beri tekanan kepada jowa remaja anak2 fahami mereka dan dekati mereka. Sebenarnya mereka amat perlukan kita saat mereka dilanda perasaan ini dan dalam masa yang sama kita dapat memberi bimbingan supaya mereka tidak menyimpang daripada yang ditetapkan oleh agama.

Via...Dr Juanda Blog

Ulama Nusantara yang ulung, Prof Dr Hamka (Abdul Karim Amrullah) melakarkan cinta sebagai; “Cinta ialah iradah Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi.” 

Sesuatu yang tidak mungkin dapat kita lupakan ialah cinta pertama. Saat itu seseorang belajar mengenai perasaannya, menghayati emosinya dan melepaskan kekuatan kehendaknya untuk merapati individu yang baginya istimewa. Perasaan cinta adalah sifat semulajadi yang diciptakan Allah Taala dan merupakan potensi positif jika diatur dengan bimbingan yang suci mengikut batas-batas syariat-Nya.

Anak anda pasti akan melalui saat-saat indah itu sepertimana ibu bapanya dahulu. Lain dulu lain sekarang, agak risau juga melihat perkembangan remaja moden kini. Pengaruh media elektronik dan alam siber terhadap jiwa remaja amat menakutkan kita. Anak-anak kita dihidangkan dengan nilai-nilai negatif yang berlebihan berbanding nilai-nilai yang positif. Peranan kita yang paling efektik ialah membimbing dan menerangkan mana yang benar dan mana yang salah agar mereka dapat membuat perbandingan untuk mengambil apa-apa keputusan dalam hidup mereka. 

Ada beberapa tips untuk mengawal perkembangan psikologi cinta remaja ke arah yang positif, antaranya ialah:

1. Mesrakan anak dengan agamanya sebelum kehadiran si ’teman tapi mesra’.
Agama menjadi penyelamat manusia, tanpa agama manusia hidup terombang-ambing oleh arus keganasan dunia. Dia akan karam menghadapi gelombang duniawi tanpa tali Allah Taala. Pastikan anak-anak kita memiliki tali yang cukup kuat yang sentiasa digenggam ke mana sahaja dia pergi. Rasulullah SAW pernah memberi nasihat kepada seorang remaja lelaki yang bernama Abdullah bin Abbas RA yang merupakan sepupu baginda. Abdullah bin Abbas RA berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang tunggangan bersama Rasulullah SAW lalu baginda bersabda yang bermaksud: ”Wahai budak, sesungguhnya aku hendak mengajarkan beberapa pelajaran kepadamu. Peliharalah Allah (peliharalah ajaran dan hukum-hakam Allah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya) nescaya Allah akan memeliharamu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

2. Sediakan masa untuk anda berdua dengan anak, sebelum dia merasa ada orang lain yang lebih sesuai baginya menyatakan syair lagu cinta ’Berdua denganmu pasti lebih baik, aku yakin itu’.
Ibu bapa yang prihatin mesti memiliki perasaan cemburu kepada anak-anaknya. Mereka memiliki hati dan jiwa anak sepenuhnya. Apabila anak mahu berkongsi perasaannya kepada kekasih hati, saat itu seakan-akan diri kita tidak berharga lagi baginya. Kalau dulu hanya kita yang dia rindu, masakan dan hadiah kita yang diidam, sekarang dia telah memiliki orang lain yang mahu mendengar, mencurahkan segala isi hati dan melakar impian bersamanya. Orang itu bukanlah diri kita. Sebelum datangnya saat itu, lebih baik anda pastikan anda juga mahu memiliki secebis hati dan perasaan anak anda. Sediakan masa untuknya berdialog, bergurau senda atau sekadar sentuhan mesra di bahunya sebelum segalanya terlambat. Menurut kajian psikologi, mereka yang terlibat dengan gejala pergaulan bebas mempunyai latarbelakang kering kasih sayang dalam keluarga.

3. Ajarkan batas-batas pergaulan melalui contoh teladan yang baik.
Tanamkan rasa malu dalam pergaulan, berbudi bahasa, sopan dan menghormati orang lain. Imej diri yang bersih dengan ajaran agama yang terpacak dihati sememangnya boleh membantu dia menguasai hawa nafsunya. Al-Quran telah menerangkan batas-batas pergaulan yang mesti dipelihara oleh hamba-hamba Allah SWT yang beriman. Dalam surah al-Nur Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (Surah al-Nur: Ayat 30-31)

4. Ajarilah anak anda mencintai orang lain dengan cara yang benar mengikut acuan syariat.
Anda mesti menjadi orang ketiga di antara mereka berdua yang mahu berkongsi perasaan dan boleh mempengaruhi minda mereka agar menjadi anak-anak yang saleh. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga perkara jika ada pada seseorang ia akan merasakan manisnya iman, iaitu orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari selainnya, ia tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah dan ia enggan kembali kepada kekufuran sepertimana ia benci dilemparkan ke neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Turmizi, al-Nasaie)