Pesan mama buat anak remaja

Semalam (day) via whatapps kawan kakak minta permission nak ajak kakak menonton wayang. Mama cakap NO. Semalam (night) kakak sekali lagi memberitahu mengenai program itu dan tadi sekali lagi kakak call. Bukan senang kakak mama nak lepaskan anak mama jauh dari pengawasan mama....mama tahu CCTV everywhere dan kita juga ada Allah SWT.

Jika mama memberi permission bermakna mama mengabaikan amanah mama.

Sebagaimana mama selalu tekankan kepada kakak, abang, alang, as siddiq dan baby. Solat itu wajib. Aurat perlu dijaga dan jangan sewenangnya di tunjukkan kepada yang bukan hak.

Sebagai seorang Islam yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW....kita perlu teruskan ADDIN (Islam is the way of life) walaupun cara kita seperti menongkah arus. Orang berduyun ke hilir dan kita bersendirian bergerak ke hulu. Namun yakinlah air dihilir lebih jernih berbanding air dihilir yang penuh dengan keladak dan sampah sarap.

Islam adalah menyeluruh. Bukan sekadar solat, puasa, berzakat dan tunaikan haji di Mekah.

Islam itu bergerak seiring semenjak kita diazan dan diiqamatkan oleh bapa kita.

Makan minum kita. Pergaulan kita. Siapa kawan kita. Apa yang kita baca dan tonton. Rutin harian kita. Kalimah-kalimah yang keluar dari mulut kita perlu seiring dengan ADDIN.

Anak mama....kakak akan jumpa dengan orang yang bergerak seiring dengan kita dan yakinlah janji Allah SWT. 



Comments

  1. semoga kita dapat menjaga amanah Allah ini sebaik2nya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts