Kakak dan Adelia

Banyak benda terjadi pada minggu ini antaranya,

Minggu ini adalah PMR final week. Alhamdulillah. Moga kakak akan mendapat straight A's sebagaimana yang diimpikannya. Dia mama dan papa sentiasa mengiringimu. Semalam adalah hari terakhir. Sebelum paper terakhir pelbagai plan yang kakak dan kawan2nya buat bagi mengisi hari2 selepas PMR.

Universal Studio Singapore (USS), beriya-iya kawan2nya menyuruh kakak meminta permission daripadaku. Kakak sememangnya tahu jawapanku. Cuma tersenyum.

Dalam kereta on the back aku sekali lagi mengulangi...kakak dan adik-adik adalah amanah Allah SWT kepada mama dan papa jadi kami kena betul2 jaga amanah ini.

Semasa disekolah kakak juga aku dan ibu2 lain memerhatikan kelakuan sepasang anak remaja yang asyik berkepit tanpa menghiraukan orang sekelilingnya. Drama tersebut adalah sebagai pengajaran kepada ku...kakak jangan sesekali macam itu. Dalam apa hal sekalipun ingat Allah SWT, Dia sentiasa ada dengan kita. Jangan gadaikan maruah diri semata-mata untuk menjadi sebegitu...hatiku remuk sebenarnya walaupun budak perempuan dan lelaki itu bukan anakku namun sebagai ibu aku merasai apa yang dirasakan oleh ibu mereka jika melihat perilaku mereka dikhalayak awam.

Habis mengenai kakak.

Hari minggu lepas adik ipar whatapps...mereka berada di KPMC. Keadaan baby Adelia yang akan cukup setahun hujung bulan ini membimbangkan. Kami terkejut bila visit dirumah Uda. Adelia yang bulat dan kini Adelia yang kami panggil Adel makin slim diwajahnya tiada lagi keceriaan. Sebak aku melihatnya. Ada garisan merah dibawah mata membuatkan aku merasai sesuatu yang tidak kena.....Aku terus menelefon Kak Nurul isteri Abang Li yang tinggal di Puchong Indah. Adik kita jumpa ustaz, saranku kepada Uda dan Ati.

Di malamnya kami berada di rumah Ustaz Abdullah. Keadaan Adelia membuatkan aku tidak memikirkan hal lain. Aku cuba kumpulkan sebanyak maklumat mengenai gangguan makhluk halus terhadap bayi. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana baby Adelia mengharungi semua ini. Sebak rasanya. Semoga Allah SWT melindungi Adelia dari gangguan Jin dan Syaitan...peliharahilah dia Ya Allah.




Comments

Popular Posts