PMR 2013
Hari ini hari pertama EXAM PMR.
Kakak & Adik ....... |
Anak mama tu nampak cool. Mama tahu she can do it. Semalam semasa pergi ambil kakak di rumah Farisa, mummy Farisa tanya, "tak apply boarding school..", "tak....", jawapku. "kenapa", dia bertanya. "I nak close monitor my kids", jawapan seorang mama yang memang suka kepong anak.
Boarding school bukan pilihan aku. STOP. Aku ada pelbagai alasan mengapa aku tidak mahu anak aku tinggal di asrama. Aku perlukan masa untuk bersama mereka. Siapa tahu.....berapa lama lagi kita sempat melata di dunia ini.
Sebenarnya masa pantas berlalu. Aku masih ingat saat2 dia masih Q-dess. Kakak amat cemerlang di sana dia mempeolehi 100% untuk semua subjek mengatasi anak bangsa lain yang bersekolah disana. Aku tidak sempat untuk monitor segala kerja rumahnya segalanya dilakukan sendiri sehinggakan aku dipanggil oleh Teacher Janaki yang menyedari kelemahan kami. Teacher janaki tahu kami tidak pernah menyemak kerja rumahnya malah communication book pun jarang kami selak.
Masa itu aku teramat sibuk, masa kakak dan adik2 banyak dihabiskan dengan maid. Sampaikan dia tergila2 dengan cerita indon dan pandai pula berbahasa indon. Pengaruh maid dalam family kami membuatkan hidangan wajib ada tempe goreng. Orang kedah makan tempe.....selalu kami kena perli dengan Pak Lang (tauke pasar basah yang berasal dari Changloon Kedah). Kini mama dah insaf ....hard working mencari harta dunia yang sementara ini merupakan perbuatan yang zalim dan tidak beretika kepada anak-anak.

Kemuadian kakak mengulangi sejarah dengan mempeolehi 5A dalam UPSR 2010. Kakak dengan sifat mudah mesra dan hyper membuatkan semua cikgu menyenanginya. Teacher Naga asal nampak mukaku mesti soalan pertamanya, "How your daughter",....dan mulalah keluar ayat2 puji-memujinya.
Result exam bukan untuk mama dan papa tetapi untuk diri kakak.
Aku telah merasai perasaan bila menerima keputusan ketika itu PMR dikenali SRP....cikgu Ramiah sebelum memberi result merenung dan tersenyum, "pandainya kamu....", bila result ditangan aku terus menjerit. Satu perasaan yang luar biasa bila kita mencapai mempeolehi apa yang kita impikan......
Hari ulang kaji telah berlaku dan kini tibalah hari menilai sejauh mana pemahaman kita selama tiga tahun. In Sha Allah mama yakin kakak akan mempeolehi keputusan yang cemerlang.
Moga kakak dapat menjawab dengan tenang dan berjaya hendakNYA.
ReplyDelete