Hari kedua PMR

Hari kedua PMR.

Hari ini paper English dan Geografi,

Semalam mood mama menjunam....kenapa? Mama ini tak boleh panas kebetulan aircond kereta rosak dan air cond di opis pun rosak....panassss. Syaitan dijadikan dari api...panas itu api. Susah nak control emosi dalam keadaan mengelegak.
hobi memekkan muka

Semalam bersembang dengan kakak mengenai exam hari pertamanya. So far so good. Mama yakin kakak boleh buat sebaiknya. Nampak keyakinan diwajahnya. Alhamdulillah. Semalam mama dan papa berkumpul di bilik kakak. Papa memeriksa apa yang telah kakak jawap dan mama pula malas nak periksa benda dah lepas lupakan saja kita fokus exam esok pula. Bercerita dengan papa dan kakak semalam mama tidak pernah utilize masa exam selalunya kalau diber 1 jam 40 mini mama hanya gunakan 1 jam selebihnya ZZZzzzZZz. Pernah semasa exam kawan-kawan sibuk mengejutkan kerana risau mama tidak habis menjawap dan bila result semuanya macam tidak puas hati..."hang dapat jawapan dalam mimpi ka". teringat lagi ayat daripada pemain tenis sekolah yang merupakan rakan sekelas semasa form 3, Rokyzal.
mama & kakak

In Sha Allah berkat usaha kakak selama ini dan dekatnya kakak dengan Allah SWT akan memudahkan kakak menulis dan menjawab. Allah SWT pemilik kalam alam ini dan kita hambanya hanya tahu secebis cuma dari kalam itu.

Hari ini mama terpaksa bawa dinosour ke opis. Tak sanggup menahan kepanasan yang menjadi-jadi dan biasalah dengan dinosour terkedek-kedek nak parking tersengih2 apek yang parking disebelah.

Comments

Popular Posts