Aidul Adha 2013 Part 1 - Majlis Akikah Fathia Hana


Kakak, Alang & Siddiq with Tok Wan Im
Aidul Adha 2013. Mulanya nak beraya di Pahang, rumah Kak Minah. Yelah lama juga kami tak visit kak ipar seorang ni tapi selepas abah call hati ni mula sayu....terus whapapps cik B, "kita balik Kedah..". Cik B pantang sebut Kedah terus ON. 

Fathia Hana
Sabtu pagi kami mulai perjalanan ke utara, Pukul 11.00 am kereta sudah berada di laman rumah Mak Manis. Terkejut Mak Manis dan ayah. "La kata tak balik...", muka mereka berseri2. Kadang2 kejutan memberi satu kegembiraan yang tidak disangka. Pukul 2.00 pm kami bergerak ke Alor Setar bersama Mak Manis dan Ayah menuju ke majlis kenduri akikah di rumah Pak IM. Sebenarnya inilah tujuan utama aku beriya nak balik....Fathia Hana cucu sulung Pak Im anak sulung Abang Chad dan Sarah. Seronok bila berada dikalangan ahli keluarga sungguh riuh dengan pelbagai cerita. Macam-macam ada. Selalu aku cakap pada cik B ...aku bersyukur kerana a part of this great FAMILY. Banyak perkara yang aku belajar dalam keluarga ini bermula dari Allahyarhammah Tok Yah, Long Timah, Pak Ngah, Ibu Mertuaku Mak Manis, Mak Jang, Mak Teh Dah, Pak man, Pak IM, Cik Pah, Pak Cik Ghani, Cik Noriza dan yang pasti my super senior essemjian Kak Nita dan Kak Atie.

Dari rumah Pak Im kami bergerak ke Jitra iaitu rumah Long Timah. Beriya Long mengajak kakak tidur dengannya. Demi tidak menghampakan permintaan Long kami ke sana. Kami sampai di sana sebelum masuk waktu maghrib. Bukan main kecoh dan bersungguh Abang Tan, Kak Wan dan anak beranak melayan kami. Actualy aku tertarik dengan Kak Wan, seorang yang amat pandai mengambil hati dan bagiku dia amat baik dan mudah berinteraksi dengan semua orang. Yang pasti kami akan kesana lagi bila balik Kedah nanti. Semasa keluar dari rumah Abang Tan aku terbau bunga melur semerbak...mulut terus bertanya, "Long ada tanam pokok melur ka, wanginya", Long memangdangku pelik, "tak tanam pun kalau ada pun bunga meloq kat kubur sana", beritahu Long. Aku terdiam.

Dari rumah Abang Tan kami menuju ke rumah banglo Kak Nita dan Abang Iqbal yang cantik dan tenang di atas bukit. Orang yang berani dan kuat saja boleh stay di sana. Aku ....nak stay kat landed pun asyik memikir-mikir ini pula nak stay di atas bukit....lonely beratus kali kena memikir. On the way nak ke rumah Kak Nita kereta kami dikejar anjing yang kelihatan amat marah. Suasana gelap...macam scary movie la pulak.

Sebenarnya perut masih kekenyangan dengan makanan enak dari rumah Pak IM. Kak Nita menjamu kami dengan sandwich dan rojak. Aku hanya mampu memamah sekeping roti sahaja. Ditengah menjamu selera Abang Iqbal menerima panggilan dari Kak Atie yang memberitahu bahawa adik abang Azhar telah meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun...... Plan asal kami mahu berkonvoi ke Sik namun suami Kak Atie menyarankan agar kami melawat keesokkan paginya di Kulim.

Cerita Cik B, Aruah masih muda anak2 pun masih kecil. Kunfayakun bukan milik kita. Sesungguhnya Dia maha merancang yang terbaik buat hambaNYA.



Comments

Popular Posts