Perihal Anak Remaja - MODE KAWAN
No couple.
Susah nak cakap kalau mama & papa memang kenal each other masa kat sekolah. Ceritanya sama macam cerita Papa dan Mama, cuma versinya di era kini. Bila mereka tanya mcm mana papa kenal mama. Kenal di sekolah. Gathering sekolah yang sama. Kawan-kawan yang sama. Jadi macam mana mama dan papa nak cakap Kakak no couple please......
Tu la orang pesan jangan bercouple sebab nanti bila anak2 kita lakukan benda yang sama kita susah nak melarangnya....mcm peribahasa what goes around come around.
Bila recall balik teringat cerita kakak masa dia form 1, "ma ada boy ni minta couple siap nak jumpa mama lagi". Dan selepas itu semuanya asyik dengan cerita boy yang sama yang aku namakan TORRES. Adusss jenuh nak melayan anak remaja tp kalau bukan mama yang melayan sapa lagi kaaaannn....
Muka budak PBS yang dok mengejar nak menghafaz surah...nak jadi mcm Ustaz Don tak mau layan cintan katanya ..fuyooo truly anak mama buka jiwang mcm papa... |
Privasi.
Kami anak beranak tak ada privasi. Mama dan papa baca message mereka just untuk tahu kemudian ada apa-apa kami cuma nasihatkan.
Muka lani lebih ceria maklumlah PMR dah END |
Bila baca tengok papa....tula kan papa sapa suruh dulu kita bercinta sekarang tak boleh la nak salahkan anak kita cuma kita kena guide mereka supaya tidak lari dari landasan yang ditetapkan oleh Islam.
Sebagai parens kami cuba buat yang terbaik buat anak2, seperti menarik rambut ditepung. Cinta, sayang adalah naluri perasaan semulajadi manusia. Sebagai ibu bapa yang pernah melalui pengalaman ini ianya perlu dilalui secara berhemah. Jadikan anak2 sebagai kawan jadi kita akan lebih peka dengan perasaan mereka.
Pesan mama pada Al Khattab.."Abang siapapun abang dan di mana abang berada jangan sesekali memainkan perasaan orang lain tau", ....."hissss..mama ni abang tak minat la semua ni", jawap pak Ustaz mama sorang ni.
Bila berdepan dengan anak remaja kita kena tukar mode...mode ibu dan bapa jadi mode kawan.
bagai menarik benang dlm tepung
ReplyDelete