Warna apa yang kita pilih untuk anak-anak kita

Siapa aku dulu ketika sebaya dengan kakak membuatkan aku lebih memerhati dia. Aku tahu sekiranya burung mula terbang bebas dia akan bergerak tinggi dan bila sayapnya tercedera baru dia tahu mengapa dia tidak boleh terbang tinggi.

Siapa aku dulu adalah sebagai pelajaran untuk aku sendiri setelah menjadi ibu.

Siapa aku dulu membuatkan aku lebih peka dengan anak2 dan aku lebih berempati. 

Siapa aku dulu dan anak2 sekarang sebenarnya menghadapi krisis yang sama di zaman yang berbeza.

Aku sebenarnya bernasib baik kerana mak dan abah banyak mendoakan anaknya ini jadi aku terhijab daripada banyak perkara negative. Dan aku juga bernasib baik kerana diriku berada dizaman itu, zaman yang masih ramai orang yang baik-baik.

Banyak perkara yang kakak lalui sebenarnya mama ini telah melaluinya. Sifat lasak, laser, berani, agak sedikit tomboy, lebih selesa dengan kawan lelaki berbanding perempuan sedikit sebanyak meresap dalam dirinya. Cuma dia ada sifat lembut hati sebagaimana papanya. Sifat lembut hati itulah yang buatkan mama ini takut untuk melepaskannya terbang.

Sebagai ibu kita kena proaktive dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Ada perkara boleh YES dan perkara lain pula NO.

Anak itu amanah. Amanah dari Allah. Anugerah anak bukan untuk seronok-seronok. Boleh bagi tahu satu dunia....hello world this is my kids...see how brilliant her/him or see how cute her/him. 

Dan anak itu adalah satu cabaran dan ujian Allah SWT untuk kita di dunia samada kita mahu warnakan dia dengan warna akhirat atau sebaliknya.




Comments

Popular Posts