Adakah yang menganggu itu Qarin

Apa yang terjadi kepada Adelia dan apa yang dikatakan oleh ustaz kepada Uda Syairee membuatkan aku tercari2. Apakah yang dimaksudkan oleh Ustaz Abdullah gangguan tersebut dari Qarin.

Pagi ini call Uda untuk bertanyakan mengenai Adelia. Semenjak ahad aku berfikir mengenainya. Sayu sekali bila terkenangkan baby yang aktif dan bijak ini tiba menjadi lesu dan tidak bermaya. 

Memikirkan Adelia membuatkan aku langsung lupa mengenai hal lain. Semoga Allah SWT memudahkan urusan memulihkan Adelia.

Tentang Jin Qarin
 
Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing-masing? Setiap kali lepas ibu kita bersalin, si ayah akan membasuh uri atau orang tua-tua kata itu kembar kita... Sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu dipanggil sebagai Qarin. Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara-perkara yang jahat.Dalam hadis dari Rasulullah S.A.W ada disebutkan dengan lebih terperinci tentang Qarin.
 
Seorang ustaz pernah bercerita beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itubalik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin, berasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pula Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi datang ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang..

Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun berceritalah pada rakan serumahnya. Dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita, esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi ke rumah perempuan tadi. Sampai di rumah perempuan tu ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan ceritalah tentang payungnya yang tertinggal itu. Ibu perempuan itu terkejut dan menerangkan bahawaperempuan itu memang tinggal di situ, pelajar UKM tahun 2, tapi telah meninggal dunia dua tahun yang lalu.
 
Jika peristiwa itu pernah anda lalui atau akan lalui, jangan terkejut kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik-detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam.Qarin akan memakai pakaian yang serupa contohnya: Jika seseorang mati dilanggar kereta ketika sedang menahan teksi, Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati. Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini tak kira jin atau syaitan atau Qarin, semuanya adalah makhluk Allah belaka.
 
Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca: A'uzubillahiminasyaitonirrajim... InsyaAllah... Selamat dan sejahtera. Kepada kita yang masih hidup, buatlah kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan...

Comments

Popular Posts