31 January 2013

Terima Kasih dan Syukur

Berterima kasih lah pada orang yang telah melukai hatimu,
kerana dia telah membuatmu kuat.

Berterima kasih lah pada orang yang telah membohongimu,
kerana dia telah membuatmu lebih bijaksana.

Berterima kasih lah pada orang yang telah membencimu,
kerana dia telah mengasah ketegaranmu.

Berterima kasih lah pada orang yang telah memarahimu,
kerana dia telah mengajarmu untuk bersabar.

Berterima kasih lah pada orang yang telah mengkhianatimu,
kerana dia telah melatih kesabaran dan menguji kesetiaanmu.

Berterima kasih lah pada orang yang mengecewakanmu,
kerana dia telah melatihmu untuk lebih ikhlas.

Berterima kasih lah pada orang yang menjaga dan mengerti semua keadaanmu,
kerana di situlah rahmat Allah Azza Wa Jalla ada bersamamu.

Bersyukurlah dengan dugaan, cubaan, ujian dan kepayahan dari Allah SWT dan dengan melalui semua itu dengan kesabaran dan keredhoan akan menjadikan diri anda insan yang lebih baik dari semalam


Orang yang hebat tidak akan melenting apabila dicaci atau dimaki...Ia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik...;)

30 January 2013

8 Pintu Murah Rezeki

‎"8 Pintu Murah Rezeki" ialah:-

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

Homestay for Muslim at Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Where to stay?



Mana nak tinggal, mungkin kita mahu ke KL atau Selangor untuk sesuatu tujuan tetapi mengalami masalah accomodation (tempat tinggal).

LOKASI : Puncak Jalil
HARGA : MURAH DAN MENJIMATKAN WANG ANDA. CUMA RM160 SHJ
UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN, HUBUNGI : Cik Sue (012 399 8033)

Celik Mata Reset Minda Orang Berakhlak - Prof Dr Muhaya

Baginda Rasul kita, Nabi Muhammad SAW diturunkan untk melengkapkan akhlak. Bila kita jumpa seseorang kita akan terkesan dengan akhlaknya iaitu interaksi kita dengan seseorang.
  1. Kita mulakan berakhlak dgn diri kita dimana kita menjaga & hormat diri kita dengan tidak menjatuhkan martabat kita sebagai seorang insan dan seorg Islam
  2. Berakhlak dengan orang terdekat iaitu keluarga kita, pembantu rumah
  3. Berakhlak semasa di jalan raya
  4. Berakhlak semasa ditempat kerja
  5. Berakhlak di tempat makan (restoren), Prof Muhaya sarankan agar kita jadi org yg peka pada suasana dimana kita tidak fikirkan kita orang besar dari org lain dan tidak sombong. Jika ada orang ramai pastikan kita segera selesaikan hidangan kita dan mudahkan pekerja restoren dengan mengalihkan pinggan dan gelas yang telah kita makan.Bila ibadah tidak ubah akhlak kita. Nak tahu kyusuk aaatau tidak lihat perangai kita selepas solat.Orang yang tawadduk selalu buat kerja yang remeh temeh seperti angkat pinggan, buang sampah, cuci lantai, cuci tandas, cuci longkang. Jadilah orang yang sentiasa memudahkan orang lain.
  6. Berakhlak dengan pekerja bawahan sebagai majikan. Jangan sesekali rasa besar. Selalu ingat rezeki pekerja bukan ditangan kita. rezeki pekerja ditangan Allah SWT. Kita hanya tempat laluan gaji dan kita sebenarnya tidak punyai apa2. Sedangkan bulu bata sehelaipun kita tidak mampu buat. Kata Ustaz Pahrol, "Bila kita ada sifat kehambaan kita akan merasai tidak miliki apa2 namun bila kita ada sifat ketuhanan kita tidak rasa dimiliki oleh sesiapa melainkan Allah SWT". 
Akidah dan sistem akan menentukan emosi kita dan akhlak kita.Tukar imej diri mencontohi sifat2 dan akhlak nabi. (Catatan dari Program Islam Itu Indah - Celik Mata Reset Minda Orang Berakhlak - Prof Dr Muhaya)

29 January 2013

Guide to A Better Life




Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.
Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.
Dalam surat beliau kepada isteri nya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.
Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.
Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti
1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.   Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2.   Jangan ada perasaan negatif   pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan
22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23.   Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.
P/S : artikel ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan saya kongsikan supaya dapat manfaat bersama untuk kita semua, mudah-mudahan

25 January 2013

Siapakah Kita ini....





Kita bukannya PANDAI untuk cakap orang lain BODOH
Kita bukanlah KAYA untuk cakap orang lain MISKIN
Kita bukanlah HANDSOME untuk cakap orang lain muka TAK HANDSOME
Kita bukanlah CANTIK untuk cakap orang lain TAK LAWA
Kita bukanlah BAIK untuk cakap orang lain JAHAT
Kita bukanlah ALIM untuk cakap orang lain LUPA SOLAT
Kita bukanlah KUAT untuk cakap orang lain LEMAH
Kita bukanlah BERANI untuk cakap orang lain PENAKUT

TAPI...

Kita adalah PANDAI jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
Kita adalah KAYA jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
Kita adalah HANDSOME jikalau kita tak meninggi diri
Kita adalah CANTIK jikalau kita sentiasa melihat kebaikan orang lain
Kita adalah BAIK jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh
dan tauladan orang lain
Kita adalah ALIM jikalau kita mengikhlaskan rutin seharian kita kepada-Nya
Kita adalah KUAT jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
Kita adalah BERANI jikalau kita dapat mengawal nafsu dan rasa marah

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaan-Nya.
Dia Maha Mengetahui.

Setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.
Sedarlah . bukan senang nak jadi senang.

23 January 2013

RESET MINDA ORANG YG DIUJI Prof Muhaya Islam itu Indah

Hidup ini adalah ujian dan balasannya di akhirat. Bila kita memahami prinsip kehidupan bahawa setiap yang berlaku didunia yang fana ini adalah ujian dan balasannya, markahnya di akhirat sana. Kita akan dapat lihat kehidupan sebagai cabaran dan tidak sabar untuk mengetahui keputusan diakhirat sana.

Bila kita dapat ujian yang perit kerana Allah SWT mengetahui keupayaan kita. Kena selalu bersangka baik dengan Allah SWT. Bila kita ubah cara kita melihat sesuatu maka dunia dalaman kita akan berubah dan reaksi kita positive dan orang bijak selalu berfikir hikmah dalam setiap apa yang berlaku.

  1. Orang bijak belajar dari ujian
  2. Orang yang bijak akan mencari cara mengatasi ujian supaya lebih dekat dengan Allah SWT
Jangan selalu merasa kesenangan, kemewahan, nama selalu disebut adalah balasan dari Allah SWT. Hidup yg azali di akhirat nanti. Hidup ini merupakan proses dimana kita akan mengalami ujian demi ujian....selagi kita hidup kita akan terus diuji dan diuji untuk mendapat husnulqatimah....alam barzah dapat taman syurga..bangkit alam marsyar dapat lindungan arasy...dapat timbangan tangan kanan..dapat melalui titian sirat tanpa hisap itulah kejayaan sebenar.

Segala yg berlaku didunia ini semua nikmat Allah SWT merupakan ujian dan hanya mengharapkan dari Allah SWT. Siapa yang berfikiran begini tidak akan merasa dirinya malang. Allah SWT sentiasa bersama dengan kita. Ada masalah ambik wuduk, solat, sujud dan berdoa. Jangan sesekali minta tolong dengan manusia. Lagi banyak kita minta tolong kepada manusia lagi kurang keyakinan kita kepada Allah SWT. Dalam setiap perkara yang kita buat pastikan 3 perkara:

  1. Niat
  2. Fokus
  3. Tenaga di Fokus kemana?
Jom berada dalam ZON Allah dan Allah saja tuhan kita. Jangan taksub fanatik kepada manusia. Orang yang tertekan tidak berada dalam ZON ALLAH. Banyak orang hanya bercakap saja Allah tuhan dia ttp sebenarnya tuhan dia yang lain umpama sanjungan orang, duit, harta. Orang yang mengejar perkara lain umpama mengejar bayang. Bila kejar dalaman iaitu kejar keredhaan Allah swt...kita akan menemui ketenangan.

Tanya pada diri kita ni magnet mana....siapa positive akan menarik ujian positive. Ada Beri Dapat. Selagi kita tidak suka menolong orang kita susah diberi pertolongan.

petikan
12 DIS 2012 RESET MINDA ORANG YG DIUJI

21 January 2013

Nilai hati dalam rumah tangga - Via Ustazah Norhafizah Usrati Radio IKIM.FM



Soal Hati…
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Ustazah Norhafizah telah mengambarkan bahawa pengaruh hati terhadap diri amat besar. Ustazah Norhafizah memberikan kondisi sepasang suami isteri yang cintai menyintai walaupun berada berjauhan namun sentiasa berlemah lembut antara satu sama lain kerana hati mereka dekat antara satu sama lain. Kemudian kondisi satu lagi sepasang suami isteri yang selalu bertengkar, bergaduh walaupun tinggal berdekatan. Cara mereka bercakap bertempik2 dan kuat2 kerana hati mereka jauh. Dalam dakwah juga kata ustazah kita tidak perlu bertempik kuat sekadar perlu bercakap lemah lembut bila hati dekat dakwah akan sampai. Istilah sampai dan tak sampai ialah berkenaan soal hati.

sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (Surah al-Muthaffifin, ayat 14)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara bersulaman satu sama lain. Hati yang dihinggapi fitnah, bintik-bintik hitam akan melekat padanya, sehingga akhirnya hati tersebut terbahagi menjadi dua Sebahagian menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Dan sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak melarang kemungkaran, dia hanya mengikuti keinginan hawa nafsunya.” (Riwayat Muslim dari Huzaifah)

Asas seorg anak tidak akan rosak sekaligus...sebagaimana anak tidak solat..ada sedikit demi sedikit telah menutupi pintu hati anak sehingga mereka tidak segan silu untuk tinggalkan solat, tidak segan silu melalukan maksiat terhadap Allah SWT sekali kita biarkan anak tinggalkan solat makan kita akan terima hasilnya...apa yg kita tanam melalui hati akan umpama benih yang baik kita akan dapat semai pohon yang baik....

"Org yang tanam kejujuran dalam dirinya akan dapat keberuntungan
Orang yang tanam kerendahan hati akan kemuliaan dr Allah dan makhluk
Orang yang tanam pengampunan mudah memaafkan akan dapat kedamaian dgn manusia
Orang yang selalu tanam dalam kebajikan akan dapat ramai org menyokongnya
Orang yang selalu tanam dalam dirinya ketekunan akan dapat kemenangan


(catatan daripada Ustazah Norhafizah dalam program Usrati Radio IKIM.FM)

18 January 2013

Reset Minda Orang Positif - Saya suka positif, saya akan positif dan jom jadi positif.


Orang Malaysia ketagih negativity. Perkataan risau, takut menjadi ulam Malaysia seharian. 

Bila kita mahukan orang lain positive kita perlu positive dulu. Kita perlu ubah diri kita dulu. Dan secara automatik persekitaran kita juga akan berubah. 

Saya suka positif, saya akan positif dan jom jadi positif.

Adakah kita ketagihan negatif?

Negatif bermula dari fikiran ---->emosi---->tindakan---->hasil kehidupan. Selalu ingat fikir rasa beri dapat.
Hasil kita hari ini...seronok, tak tenang bermula dari diri kita.

Setiap hari jaga 3 perkara:-
  1.  Niat
  2. Fokus
  3. Jangkaan
Kalau ke 3 perkara diatas baik maka seluruh dunia luaran akan berubah.
Nak tengok kita negatif atau tidak tengok hasil kehidupan kita semua bermula dari hati kita sbb hati itu adalah raja. Pesan Prof Muhaya, tolong tgok dan jangan miss program cinta ilmu tasawuf harian di TV Al Hijrah. Sebab hatilah punca keberkesanan kerja. (petikan daripada Prof Dr Muhaya - Islam itu Indah
09 JAN 2013 RESET MINDA ORG YG POSITIF)

17 January 2013

La Tahzan - janganlah bersedih

Jangan Bersedih (2) – Tanyalah Ustaz 17.01.2013


Jangan Bersedih (2) – Tanyalah Ustaz 17.01.2013

Bacaan surah Al-Khauthar:
Surah ini pendek saja dan mudah diamalkan. Surah ini menceritakan kesedihan Nabi SAW kerana dia dibenci orang kaum Quraisy. Di Taif, Nabi SAW dibaling dengan batu kerana dibenci. Di Mekah, Nabi SAW pernah dibaling dengan najis dan perut unta.
Di akhirat nanti, Nabi SAW akan memberikan minum hanya kepada umatnya dari telaga kausarnya, jadi kita tak perlu sedih, bahkan kita perlu rasa bersyukur menjadi umat Nabi SAW.
Hari ini ramai yang sedih, tapi bukan kerana mengenangkan dosa tetapi kerana melihat cerita Hindustan. Bersedih bukanlah merupakan satu halangan atau larangan, tetapi merupakan satu lumrah manusia. Dalam agama, kita disuruh bersedih mengenangkan kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Bilakah waktu yang sesuai untuk bersedih?
J: Ketika mengenangkan dosa yang pernah dilakukan, ketika bangun solat pada tengah malam. Ada satu kisah di mana sepasang suami-isteri yang bangun tahajjud selama 20 tahun dan menangis dan merintih untuk meminta zuriat. Malaikat bertanya kenapa Allah tidak makbulkan permintaan mereka? Allah pun berkata yang Allah gembira mendengar rintihan dan tangisan mereka. Setelah Allah mengkabulkan permintaan mereka, mereka pun tidak bangun malam lagi. Sesungguhnya kadang-kadang apa yang sukai itu, tidak semestinya baik untuk kita.
S: Bagaimana untuk menghindari perasaan sedih apabila dikhianati rakan karib?
J: Sepatutnya rakan menjadi seorang yang boleh menutup aib kita. Memang kita patut bersedih, tetapi berilah tempoh cukup selama sejam sahaja, agar tidak berpanjangan dan keterlaluan. Yakinlah yang Allah sentiasa bersama kita, dan tenangkan hati.
S: Bagaimana jika rasa sedih apabila diri dihina?
J: Kadang-kadang itu cuma mainan perasaan sahaja. Kalau orang hina kita, jangan rasa sedih, sebaliknya rasa kasihan pada orang yang menghina atau menyindir kita, mungkin mereka pun tidak tenang jiwanya. Bangkit dan melawan dengan menambah ilmu, dan memperbaiki diri menjadi lebih baik. Kita takkan dapat menyenangkan hati semua orang. Ada 3 perkara yang paling mahal dalam dunia iaitu: kepercayaan seseorang, masa yang telah berlalu dan mimpi yang indah.
S: Apa yang perlu dilakukan jika kita difitnah sehingga jiran memandang hina dan kita tidak dipercayai lagi?
J: Orang yang difitnah wajar sedih, tetapi jangan kita terpengaruh dengan fitnah yang dibuat itu. Sebaliknya bangkit untuk mencari bukti yang diri tidak bersalah. Buatlah strategi yang baik agar tidak memburukkan keadaan.
S: Bagaimana untuk mengawal kesedihan?
J: Kena pujuk hati yang Allah sentiasa bersama kita dan yakin bahawa akan ada hikmah disebalik ujian yang diberi Allah. Beri tempoh masa untuk bersedih, contohnya sejam saja jika sedih kerana kawan, jika kehilangan anak /suami pula, boleh bersedih sehingga seminggu. Selepas itu, bangkit dan sibukkan diri dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan. Life must go on!
S: Saya sedih mengenangkan dosa yang lalu dan selalu terkenang adakah Allah akan ampunkan dosa tersebut?
J: Yakinlah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat, walau sebesar mana sekalipun dosa itu. Sebenarnya perasaan sedih itu juga datangnya dari Allah dan sebagai satu tanda Allah telah mengampunkan dosa. Jika berbuat dosa dan hati tidak sedih, itu tandanya hati itu sudah keras dan mati.
S: Mohon ulasan ustaz terhadap anak yang bergaduh dengan ibu bapanya?
J: Andai ibu bapa ada melakukan kesalahan kepada anak, maafkanlah mereka kerana mereka telah banyak berkorban untuk melahir dan membesarkan anak. Anak yang menyebabkan ibu bapa sedih sudah dikira sebagai derhaka, walaupaun ibu bapa tidak menyatakannya secara zahir. Elakkan ini daripada berlaku kerana anak yang derhaka amat dimurkai Allah dan dilaknat para malaikat.
S: Bagaimana menghadapi kesedihan jika suami berkahwin lagi?
J: Pertama, jangan bersedih kerana suami puan-puan bernikah, dan tidak berzina. Ada berlaku hari ini, wanita yang suaminya kaya membenarkan suami berzina tetapi tidak membenarkan berkahwin kerana takut harta jatuh kepada orang lain. Ucapkan ‘Alhamdulillah’ banyak-banyak, kerana ianya akan memberi ketenangan. Mohon kekuatan untuk tetap melayan suami dengan baik, kerana jika ditakdirkan meninggal ketika itu, akan dapat mati dalam redha suami.
S: Apakah nasihat bagi anak-anak yang bercinta bagai nak rak, bila putus, ‘frust’ menonggeng pula?.
J: Kerana masa tak mengizinkan, jawapan ringkas: Alhamdulillah, putus cinta tak mengapa daripada tak kenal perangai dan bercerai-berai selepas berkahwin. credit to http://keranakasihnabi.blogspot.com

Kafirkah Aku - CN afgan


Berikut adalah wawacanra bersama penulis "kafirkah aku"

NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non.
Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akibat amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, perjalanan hidup C.N Afghani berubah secara drastik. Dek kerana ketaksuban terhadap amanat tersebut beliau tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan akal apabila sanggup mengkafirkan abang dan ayah sendiri.

Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) C.N. Afghani tampil menceritakan kepada wartawan Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA kenapa beliau melahirkan buku Kafirkan Aku? yang memaparkan kepincangan politik Pas.

MINGGUAN: Sebagai seorang bekas aktivis dan ahli seumur hidup yang begitu tegar dengan perjuangan Pas, apa sebenarnya yang mendorong saudara menghasilkan buku Kafirkah Aku?

ZAINON: Pertama sekali atas kepentingan ummah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengkafirkan keluarga terutama abang saya hanya kerana dia ada jawatan dalam UMNO Perlis. Cukup lama saya putuskan hubungan dengan dia. Akhirnya saya fikir sampai bila? Benda ini mempengaruhi saya begitu lama. Ketenangan saya terganggu dengan isu ini.

Hubungan saya dengan bapa juga renggang pasal isu ini. Sebelah isteri pun sama. Saya tidak ziarah kalau mereka ada hubungan dengan UMNO, saya tidak pernah bermalam di rumah bapa mertua malah ketika dia meninggal dunia pun saya tak ziarah secara sepatutnya. Saya tahu dia meninggal dunia tapi sengaja tidak segera untuk pergi ziarah. Saya tidak sembahyangkan jenazah bapa mertua. Saya cuma pergi masa dia dah dibawa ke kubur.

Bukan saya sahaja yang terbelenggu dengan masalah ini. Ramai lagi ahli-ahli Pas yang berpegang kepada prinsip seperti saya berdepan dengan dilema yang sama. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ia soal akidah yang penghujung syurga atau neraka.

Maknanya selagi saya tidak selesaikan isu ini, sampai ke hari ini saya rasa berdosa. Dosa mengkafirkan ayah dan abang serta saudara seagama ini begitu menghantui saya sehingga akhirnya saya fikir tidak boleh lagi berdiam diri sebab itu saya menghasilkan buku Kafirkah Aku. Ia satu dakwah untuk menyedarkan ahli-ahli Pas dan masyarakat umum.

Sebagai seorang anak dan adik, apa perasaan saudara di kala ucapan kafir itu dilafazkan kepada ayah dan abang.

ZAINON: Isu ini bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT.

Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah. Mereka bersubahat kerana bersetuju mengundi UMNO. Maknanya, kami rasa jalan yang diambil itu memang betul bertepatan dengan hukum kerana apa yang diberitahu oleh kepimpinan Pas begitu. Jadi kita peganglah kepada benda ini.

Ayah saya memang kecewa dan dia pernah tulis surat. Surat itu ada pada saya sampai hari ini. Abang saya pula bila malam saya cakap terus terang bahawa antara kita putus hubungan adik-beradik, dia tersangat kecewa hingga dia kata: "Takkan sampai macam tu sekali kot" tapi malam itu saya kata balik: "memang macam inilah...Prinsip kami macam inilah,".

Apa sebenarnya peristiwa yang menerbitkan keinsafan kepada saudara kerana selama bersama Pas, saudara bukan sahaja sanggup mengkafirkan keluarga sendiri malah berhijrah ke Afghanistan kerana yakin dengan jihad dan syahid yang cuba diimplimentasi di Malaysia?

ZAINON : Sempadan keinsafan saya ini selepas berlakunya penyelewengan tabung memali. Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan ini saya dipecat dari Pas. Kemudian selepas 2008, apabila Pas merampas Kedah tetapi tidak melaksanakan beberapa tuntutan hukum berkait dengan judi dan arak dan ia direstui oleh pimpinan Pas Pusat termasuk oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Ini mengukuhkan lagi kesedaran saya.

Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. Sekarang ini, Kedah mengamalkan perkara sama yang telah difatwakan sebelum ini sebagai kafir. Ini bermakna kerajaan Pas Kedah juga taghut.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan dalam Pas, adakah saudara percaya punca utama perpecahan di kalangan orang Melayu pada hari ini adalah disebabkan Pas yang memperalat agama mengikut acuan dan kepentingan politik sendiri?

ZAINON : Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri.

Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang 'kafir' dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan 'racun'.

Selepas melihat dan melalui sendiri perpecahan ini adalah saudara merasa perjuangan yang cuba digerakkan ini sebagai jihad untuk menyatukan kembali umat Islam di Malaysia ini?

ZAINON: Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila

Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

Ketika memulakan usaha ini, saya sedar risiko, ugutan, serta akan hilang kawan tetapi apabila direnung, saya tidak boleh lagi mengambil sikap berdiam diri. Maka, saya mengambil ketetapan untuk menjaga kepentingan ummah khususnya perpaduan umat Islam lebih daripada perasaan sayang saya kepada Pas. Saya terpaksa ketepikan ini semua demi selamatkan ummah dan Islam.

Semakin tinggi ilmu agama seseorang itu sepatutnya dia semakin tawaduk dan merendah diri tetapi dalam soal amanat ini meskipun telah menyebab perpecahan, Abdul Hadi cukup degil dan tidak mahu tarik balik, mengapa itu berlaku?

ZAINON: Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf malah kalau Abdul Hadi sendiri selepas isytihar keluar Pas meskipun tidak masuk UMNO tapi bersetuju dengan dasar UMNO akan dianggap sesat pemimpin Pas termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan.

Antara asas kepada Amanat Haji Hadi dalam mengkafirkan UMNO adalah kerana berkawan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang dalam konteks hubungan Pas dengan DAP kenapa boleh pula dihalalkan?

ZAINON : Benda ini memang banyak orang yang mempersoalkannya. Kalau dulu mereka mengatakan antara hujah mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC sekarang ini mereka pula berbaik dengan DAP kononnya mengikut Piagam Madinah. Benda ini satu penipuan. DAP bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam tetapi kerana Pas itu sebuah parti. Ada beza antara Pas dengan Islam. Pas ini parti politik, Islam itu pegangan agama.

Sebab itulah pimpinan DAP selalu sebut mereka bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam. Jelas di sini apa yang disebut Abdul Hadi dulu berbalik kepada beliau semula. Sebab itu ulama-ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang mengkafirkan orang kerana takut balik kepada kita. Pas sama ada sedar atau tidak, setuju atau tak setuju terjerat dalam isu ini.

Apakah gesaan saudara kepada ahli-ahli Pas agar dibuka minda dan pintu hati untuk melihat segala teguran ini secara terbuka?

ZAINON: Pertama sekali saya sebagai orang yang terlibat meminta sangat sama ada pemimpin mahu pun ahli-ahli Pas agar mereka bersifat terbuka. Setiap teguran daripada mana-mana pihak khususnya dalam konteks perpaduan ini demi kebaikan ummah. Saya sendiri menegur ini atas kehendak peribadi saya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dulu saya dah tegur secara dalaman dalam kes Memali tapi dipandang sepi.

Jadi sekarang ini saya buat buku biar masyarakat tahu saya dah tegur pimpinan pas. Biar seluruh rakyat baca Kafirkah Aku dan kemudian buat komen. Kalau ada pemimpin mahu pun ahli Pas tidak puas hati, saya sedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa. Kepada kepimpinan Pas, buatlah yang terbaik untuk ummah. Saya bukan mahu menghina ulama dalam Pas tapi terimalah pandangan pihak lain terutama ulama di luar Pas demi kepentingan ummah.- Kafirkah Aku - CN afgan credit kepada norahmad.blogspot.com/2012/12/kafirkah-aku.html   

15 January 2013

Wanita wanita wanita....yang mana satu pilihan kita

menjadi wanita itu bukan sekadar mahu mempamerkan wajah yang terpalit dengan warna-warni supaya sedap dipandang oleh lelaki ajnabi di luar sana
menjadi wanita itu bukan sekadar mengejar branded kegilaan wanita baratan
menjadi wanita itu bukan sekadar mengayakan fesyen trend semasa yang anggun dan vogue kata mereka
menjadi wanita itu bukanlah seperti khayalan cerita Cinderella atau Sleeping Beauty
menjadi wanita itu bukanlah hidup enak-enak di komplek membeli belah membuang ringgit sia-sia
menjadi wanita itu bukanlah lemah sehingga menjadikan diri seorang yang maha malasnya

lihat dan pandanglah warna-warni wanita di diari sejarah islam


wanita itu wajib melabuhkan tudung dan melindungi auratnya lantas tertutup pandangan mata-mata galak lelaki ajnabi diluar sana
wanita itu wajib bersederhana dan mencari inspirasi wanita2 hebat yang dilayakkan Allah SWT ke jannahNYA
wanita itu wajib berpakaian seadanya dan supaya sifat mazmumah tidak mengerumuni hati dan jiwa walau ada yang menghasut ...."kan lumrah wanita sukakan kecantikan" ...usah termakan hati yang berbolak balik
wanita itu wajib beristiqomah menghayati sunnah dan al quran dirumah dan berusaha mencari ilmu supaya mampu melahir dan mendidik ilmuan dan khalifah terbilang 
wanita itu wajib kuat dan berani....kerana tangan kitalah bakal mengoncangkan dunia

Semoga Allah memilih kita untuk menjadi hambanya yg sentiasa cuba menjadi yg lebih baik..

semoga perjalanan hidup kita setiap waktu adalah ke arah yg lebih baik..
doakanlah agar hidup kita,keluarga dan sahabat2 kita supaya tergolong dalam golongan yg mendapat hidayah Allah...


"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami,dan kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."


"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."
"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"