Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah
Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak
mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada
dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama,
kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar
zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal
lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan
ujian. Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu
merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.”
(Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian
itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci
membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan
seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan
penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan
kesalahannya.” copy dari blog Ustaz Pahrol
Peristiwa itu berlaku jumaat sehari selepas aku MC. Kalau diamati malang ....dah la MC jarang diambil bila diambil mcm hal berlaku. Pagi jumaat yang hening..aku dipanggil ke meeting room bermulalah amarah dan tuduhan demi tuduhan aku berdiam membiarkan ORANG BESAQ melepaskan amarahnya. Dia berhenti aku berbicara menangkis tuduhan tersebut. Kata ORANG BESAQ itu half million itu akan effect Vit B akan datang. Dalam hati aku tersenyum. That good...since aku disini always they mentioned my KPI is my collection but last year tidak pula collection itu dimasukkan as KPIku. Aku diam kerana aku percaya dan yakin rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Sikit atau banyak kenaikan gaji dan Vit B bukan penentu redha Allah SWT. Kata ORANG BESAQ itu lagi Orang BESAQ sorang lagi might be akan buat warning letter. Wahai hati..."tidak perlu sedih jika diri kita tidak dinilai manusia,berdukalah jika diri kita tidak dinilai oleh Allah".
Semalam berchat dgn cik B mengenai hal ini....kataku pada cik kalau dulu mama crying orang buat mama macam ni tp lani no more...ada yang lebih besar dan kuat dari orang yang merasakankan depa tu ORANG BESAQ. Kita boleh menipu hari ini, kita boleh membodek, melaga-lagakan orang lain dan menjatuhkan reputasi orang lain...kita boleh menipu dan menipu, ingat kesan penipuan itu yang merasainya adalah anak2 dan ahli keluarga kita. Kita boleh mengaibkan dan berseronok dengan bercerita mengenai orang lain tp ingatlah ...bak kata mak Allah SWT akan bayar cash semua tu aku pegang tu sebab tulah apa saja kesusahan atau masalah yang menimpa orang sekeliling takut aku mahu menempelak...sebenarnya itu ujian buat kita yang bernama insan. Hidup kita didunia ni hanya sementara.
Sebagaimana janji 2013 aku dan cik B mencari dan mencari ilmu akhirat membuatkan kami bertemu semula dengan rakan baik cik B, Man di Masjid Assalam. kebetulan Man juga mencari2 cik B ...itulah magnet kehidupan. Disana aku bertemu dengan Mastura dan Norizan yang peramah mereka meminta aku menyertai program yang bakal diadakan nanti. Berbalik dengan teman cik B yang kini berkerja di Brunai dan balik kerana menghantar 2 putera mereka di Maahad Tahfiz As Soffa, Seremban. banyak perkongsian ilmu kami perolehi dari sahabat ini.
Jangan takut diuji. Kadangkala kita dalam perjalanan dan terjatuh dalam lubang...sakit dan pedih. Ini adalah kerana Allah SWT mahu kita lebih berhati2 dalam perjalanan seterusnya....
Comments
Post a Comment