Nilai hati dalam rumah tangga - Via Ustazah Norhafizah Usrati Radio IKIM.FM
Soal Hati…
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri
manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh
anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan
rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah
hati."
(Riwayat
Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Ustazah Norhafizah telah mengambarkan bahawa pengaruh hati
terhadap diri amat besar. Ustazah Norhafizah memberikan kondisi sepasang suami
isteri yang cintai menyintai walaupun berada berjauhan namun sentiasa berlemah
lembut antara satu sama lain kerana hati mereka dekat antara satu sama lain.
Kemudian kondisi satu lagi sepasang suami isteri yang selalu bertengkar,
bergaduh walaupun tinggal berdekatan. Cara mereka bercakap bertempik2 dan kuat2
kerana hati mereka jauh. Dalam dakwah juga kata ustazah kita tidak perlu
bertempik kuat sekadar perlu bercakap lemah lembut bila hati dekat dakwah akan
sampai. Istilah sampai dan tak sampai ialah berkenaan soal hati.
“sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (Surah al-Muthaffifin, ayat 14)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara bersulaman satu sama lain. Hati yang dihinggapi fitnah, bintik-bintik hitam akan melekat padanya, sehingga akhirnya hati tersebut terbahagi menjadi dua Sebahagian menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Dan sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak melarang kemungkaran, dia hanya mengikuti keinginan hawa nafsunya.” (Riwayat Muslim dari Huzaifah)
Asas seorg anak tidak akan rosak sekaligus...sebagaimana anak
tidak solat..ada sedikit demi sedikit telah menutupi pintu hati anak sehingga
mereka tidak segan silu untuk tinggalkan solat, tidak segan silu melalukan
maksiat terhadap Allah SWT sekali kita biarkan anak tinggalkan solat makan kita
akan terima hasilnya...apa yg kita tanam melalui hati akan umpama benih yang
baik kita akan dapat semai pohon yang baik....
"Org yang tanam kejujuran dalam dirinya akan dapat
keberuntungan
Orang yang tanam kerendahan hati akan kemuliaan dr Allah dan makhluk
Orang yang tanam pengampunan mudah memaafkan akan dapat kedamaian dgn manusia
Orang yang selalu tanam dalam kebajikan akan dapat ramai org menyokongnya
Orang yang selalu tanam dalam dirinya ketekunan akan dapat kemenangan
(catatan daripada Ustazah Norhafizah dalam program Usrati Radio IKIM.FM)
Orang yang tanam kerendahan hati akan kemuliaan dr Allah dan makhluk
Orang yang tanam pengampunan mudah memaafkan akan dapat kedamaian dgn manusia
Orang yang selalu tanam dalam kebajikan akan dapat ramai org menyokongnya
Orang yang selalu tanam dalam dirinya ketekunan akan dapat kemenangan
(catatan daripada Ustazah Norhafizah dalam program Usrati Radio IKIM.FM)
Comments
Post a Comment