La Tahzan - janganlah bersedih
Jangan Bersedih (2) – Tanyalah Ustaz 17.01.2013
Bacaan surah Al-Khauthar:
Surah ini pendek saja dan mudah diamalkan. Surah ini
menceritakan kesedihan Nabi SAW kerana dia dibenci orang kaum Quraisy. Di Taif,
Nabi SAW dibaling dengan batu kerana dibenci. Di Mekah, Nabi SAW pernah dibaling
dengan najis dan perut unta.
Di akhirat nanti, Nabi SAW akan memberikan minum hanya
kepada umatnya dari telaga kausarnya, jadi kita tak perlu sedih, bahkan kita
perlu rasa bersyukur menjadi umat Nabi SAW.
Hari ini ramai yang sedih, tapi bukan kerana mengenangkan
dosa tetapi kerana melihat cerita Hindustan. Bersedih bukanlah merupakan satu
halangan atau larangan, tetapi merupakan satu lumrah manusia. Dalam agama, kita
disuruh bersedih mengenangkan kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan.
Senarai soalan dan
jawapan:
S: Bilakah waktu yang sesuai untuk bersedih?
J: Ketika mengenangkan dosa yang pernah dilakukan, ketika bangun solat pada tengah
malam. Ada satu kisah di mana sepasang suami-isteri yang bangun tahajjud selama
20 tahun dan menangis dan merintih untuk meminta zuriat. Malaikat bertanya
kenapa Allah tidak makbulkan permintaan mereka? Allah pun berkata yang Allah
gembira mendengar rintihan dan tangisan mereka. Setelah Allah mengkabulkan
permintaan mereka, mereka pun tidak bangun malam lagi. Sesungguhnya
kadang-kadang apa yang sukai itu, tidak semestinya baik untuk kita.
S: Bagaimana untuk menghindari perasaan sedih apabila dikhianati rakan
karib?
J: Sepatutnya rakan menjadi seorang yang boleh menutup aib kita. Memang kita patut bersedih, tetapi berilah tempoh cukup selama sejam sahaja, agar tidak berpanjangan dan keterlaluan. Yakinlah yang Allah sentiasa bersama kita, dan tenangkan hati.
J: Sepatutnya rakan menjadi seorang yang boleh menutup aib kita. Memang kita patut bersedih, tetapi berilah tempoh cukup selama sejam sahaja, agar tidak berpanjangan dan keterlaluan. Yakinlah yang Allah sentiasa bersama kita, dan tenangkan hati.
S: Bagaimana jika rasa sedih apabila diri dihina?
J: Kadang-kadang itu cuma mainan perasaan sahaja. Kalau
orang hina kita, jangan rasa sedih, sebaliknya rasa kasihan pada orang yang
menghina atau menyindir kita, mungkin mereka pun tidak tenang jiwanya. Bangkit
dan melawan dengan menambah ilmu, dan memperbaiki diri menjadi lebih baik. Kita
takkan dapat menyenangkan hati semua orang. Ada 3 perkara yang paling mahal
dalam dunia iaitu: kepercayaan seseorang, masa yang telah berlalu dan mimpi yang indah.
S: Apa yang perlu dilakukan jika kita difitnah sehingga jiran memandang
hina dan kita tidak dipercayai lagi?
J: Orang yang difitnah wajar sedih, tetapi jangan kita terpengaruh dengan fitnah yang dibuat itu. Sebaliknya bangkit untuk mencari bukti yang diri tidak bersalah. Buatlah strategi yang baik agar tidak memburukkan keadaan.
J: Orang yang difitnah wajar sedih, tetapi jangan kita terpengaruh dengan fitnah yang dibuat itu. Sebaliknya bangkit untuk mencari bukti yang diri tidak bersalah. Buatlah strategi yang baik agar tidak memburukkan keadaan.
S: Bagaimana untuk mengawal kesedihan?
J: Kena pujuk hati yang Allah sentiasa bersama kita dan
yakin bahawa akan ada hikmah disebalik ujian yang diberi Allah. Beri tempoh
masa untuk bersedih, contohnya sejam saja jika sedih kerana kawan, jika
kehilangan anak /suami pula, boleh bersedih sehingga seminggu. Selepas itu,
bangkit dan sibukkan diri dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan. Life
must go on!
S: Saya sedih mengenangkan dosa yang lalu dan selalu terkenang adakah
Allah akan ampunkan dosa tersebut?
J: Yakinlah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima
Taubat, walau sebesar mana sekalipun dosa itu. Sebenarnya perasaan sedih itu
juga datangnya dari Allah dan sebagai satu tanda Allah telah mengampunkan dosa.
Jika berbuat dosa dan hati tidak sedih, itu tandanya hati itu sudah keras dan
mati.
S: Mohon ulasan ustaz terhadap anak yang bergaduh dengan ibu bapanya?
J: Andai ibu bapa ada melakukan kesalahan kepada anak,
maafkanlah mereka kerana mereka telah banyak berkorban untuk melahir dan
membesarkan anak. Anak yang menyebabkan ibu bapa sedih sudah dikira sebagai
derhaka, walaupaun ibu bapa tidak menyatakannya secara zahir. Elakkan ini
daripada berlaku kerana anak yang derhaka amat dimurkai Allah dan dilaknat para
malaikat.
S: Bagaimana menghadapi kesedihan jika suami berkahwin lagi?
J: Pertama, jangan bersedih kerana suami puan-puan bernikah,
dan tidak berzina. Ada berlaku hari ini, wanita yang suaminya kaya membenarkan
suami berzina tetapi tidak membenarkan berkahwin kerana takut harta jatuh
kepada orang lain. Ucapkan ‘Alhamdulillah’ banyak-banyak, kerana ianya akan
memberi ketenangan. Mohon kekuatan untuk tetap melayan suami dengan baik,
kerana jika ditakdirkan meninggal ketika itu, akan dapat mati dalam redha
suami.
S: Apakah nasihat bagi anak-anak yang bercinta bagai nak rak, bila
putus, ‘frust’ menonggeng pula?.
J: Kerana masa tak mengizinkan, jawapan ringkas:
Alhamdulillah, putus cinta tak mengapa daripada tak kenal perangai dan
bercerai-berai selepas berkahwin. credit to http://keranakasihnabi.blogspot.com
Comments
Post a Comment