Marah itu sifat syaitan

Ni rupanya kakak yang garang

Kakak seorang yang perfectionism, apa saja yang dia buat semuanya kemas dan berada didalam kelas displin tersendiri. Pagi ini......

Kakak: "Awat alang tak tekan 1 (level parking) dengan nada marah kemudian mengomel seperti biasa."
Alang : Muka Blur

Lift menuju ke level G (Ground) kemudian kami naik ke level parking.

Di dalam kereta on the way menghantar Alang....


Mama: "Dalam hidup ni bukan semua sempurna, setiap insan membuat kesilapan dan selalu kita dalam kelalaian sebab tulah adanya pintu taubat. Kita pun selalu tersilap dan buat salah". 

Kakak: Muka masam

Alang: Tekun mendengar

Mama: Kakak suka dak kalau kakak tumpah ayaq orang marah macam kakak buat salah besaq...tak suka kan sebab bukan kakak sengaja nak tumpahkan ayaq macam tu jugak alang ....jangan marahkan orang mcm orang tu buat salah besaq sampai tak membuka ruang untuk orang tu membela diri..jangan bunuh emosi orang lain

Kakak: Diam. Kemasaman wajah makin kurang

Mama: Hidup ni adalah pembelajaran untuk kita belajaq. Bila adik2 kata kakak saja seorang yang garang dalam karangan sekolah depa ...maksudnya ada benda yang tak kena ...patut adik2 tulis kakak saya seoarng yang baik hati dan penyayang.

Persimpangan Sek Sri Putri. Trafic Light Hijau. 
Mama: Kakak nampak tak...arrangment Allah SWT...cantik kan walaupun Alang tak tekan level 1 tadi dan terlambat tapi Allah SWT mudahkan kita perasan dak dari Puchong semua lamput trafic light hijau.

Kakak: Angguk masam diwajah hilang 100%

Hidup ini adalah pembelajaran. Setiap perkara yang berlaku walaupun sekecil kuman adalah ujian pada diri kita samada untuk menguji nilai kesabaran dan kemanusiaan kita kepada makhluk lain. Allah SWT turunkan jurnal kehidupan iaitu Al Quran sebagai pedoman untuk kita berada didunia ini dan diutuskan Rasulullah SAW sebagai ungkapan dari jurnal tersebut. Kemulian akhlak nabi wajar menjadi contoh buat kita supaya tidak celaru dek api kemarahan sendiri.

Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.

Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.

Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga. Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”

Comments

Popular Posts