30 October 2009

Bantal Lama Tilam Baru




Sebenarnya sekadar mahu berkongsi apa yang aku tonton semalam. Berada dipersekitaran yang mana terlalu memanipulasikan orang perempuan membuatkan aku merasa tidak puas hati.


Tajuk ini diambil daripada forum perdana TV1.


Sebenarnya aku tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Ustaz Farid Ravi. Suatu benda yang acap aku ulangi pada setiap lelaki sehinggakan abangku mengelarkan aku "ustazah". Dari pandangan ustaz Farid Ravi tip-tip kebahagian yang meriah dipasaran tidak berguna. Bayangkan jika ibu yang mempunyai anak 5 atau 6, ada ke masa untuknya bersolek, berdandan tentulah tidak. Di sinilah timbul peranan lelaki. Toleransi. Anak pandai buat makan pandai-pandailah membantu isteri dalam urusan rumahtanggan. Jika kita lihat pasangan-pasangan yang bahagia kita dapati toleransi suami amat tinggi. Suami mampu merendahkan ego ketika di rumah yang mana ianya akan menimbulkan keserasian hidup berumah tangga. Suami sebegitu faham situasi isteri yang berdepan dengan kerenah anak-anak dan kesibukan menguruskan rumah tangga. Jadi mereka tidak meminta lebih malah memberi tangan meringankan beban isteri.

Buanglah perangai yang tipikal tidak menyumbang apa-apa menafaat melainkan rasa sakit hati dan penderaan mental terhadap isteri dan isi rumah lain.

Kadang-kadang kita melihat seorang wanita dengan anak sepuluh namun masih tenang dan tersenyum. Biarpun kadangkala rumah bagaikan pusat asuhan. Ini adalah kerana peranan suami sebagai pemimpin yang benar-benar melaksanakan kepimpinannya semasa berada di rumah.

Jangan pula ada yang mengatakan sang isteri pemalas jika ternampak suami melakukan kerja-kerja rumah.


28 October 2009

Mulia hati








Tangan yang memberi lebih baik dari yang meminta.


Tangan kanan memberi sembunyikan tangan kiri.




Mulia hati. Tidak terungkap dengan perkataan betapa mulianya insan yang memberi tempat perlindungan kepada anak-anak yatim dan anak-anak jalanan yang sangat memerlukan ihsan dan belaian kasih sayang. Mereka amat mulia. Saat orang lain mengejar material. Saat orang lain bergelumang dengan pelbagai kemeriahan dunia mereka memberikan seribu harapan kepada anak-anak kecil yang kehilangan tempat perlindungan untuk membina suatu sinar baru.




Raya 2006. Jalan TAR. Saat orang ramai bergelut menyiapkan persiapan hari raya termasuklah aku sendiri. Aku masih tidak dapat lupakan anak gadis kecil sebaya dengan putri sulungku seolah mencari sesuatu.Terdorong bertanyakannya, "tunggu mak yer, tanyaku padanya. "Tak tunggu cikgu dia pi parking kereta", jawab anak gadis kecil itu. "adik drp mana", tanyaku memandangkan loghat utaranya agak pekat. "Rumah anak yatim, Kedah", jawabnya tersenyum. Aku tersentak dan air mata mula bergenang. "Cikgu dah sampai",tangannya memegang tanganku diciumnya. Terpaku aku seketika. Hanya mampu kudoakan agar anak itu dilindungiNya begitu jua dengan anak-anak lain.

Suatu impian yang masih tertanam. Suatu hasrat mungkin suatu hari nanti. Insyaallah




27 October 2009

Suatu Amanah

"Eh..hari tu nampak Humairaa...berjalan dari arah Esso, mana dia pergi"? tanya seorang jiran yang mana menimbukan kemuskilanku. Humaira yang kami sekeluarga panggil alang merupakan anak yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Keletah, aktif, yakin diri merupakan sifat kedirinya semenjak bayi lagi. Namun sifatnya itu kekadang menimbulkan gerun dihatiku apatah lagi dengan pelbagai kejadian yang menimpa rakan sebayanya disekitar Klang Valley ini. Resah. "Ya Tuhan Lindungilah anak-anakku daripada kezaliman manusia".

"Alang pernah pergi taman dekat dengan petrol kios tu ke", tanyaku petang semalam tanpa menunjukan sebarang reaksi. "Haa aa..Alang ikut Lokman". Suatu kelebihan anak ini sukar baginya menidakkan pebuatan yang pernah ia lakukan. "Lepas ni Alang jangan pergi tau ..bahaya", dan kuterangkan kepadanya akan ancaman yang berkemungkinan jika ia jauh dari kawasan sekolah.


Aku menarik nafas panjang.

Mereka adalah suatu amanah yang tiada galang ganti. Amanah yang perlu kita bajai supaya mereka menjadi generasi pelapis warisan bangsa yang mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Generasi yang tidak pernah lupa akan perjuangan nenek moyangnya. Generasi yang tidak leka dengan pelbagai daki bawaan budaya asing....

20 October 2009

Mimpi...

Mimpi dikatakan "umpama mainan tidur". Adakalanya mimpi memberi tafsiran terhadap sesuatu ia umpama "6th sense" individu tertentu. Aku jarang bermimpi. Aku sendiri sukar untuk mempercayai mimpi kerana takut terjerumus dalam lohongan syirik.
Semalam aku bermimpi berkenaan seorang teman dan aku terbangun ditengah malam dek mimpi itu. Beristifar dan berdoa moga tiada musibah melanda teman tersebut. "Ya Allah, lindunginya dan pelihara dia dan keluarga daripada musibah....". Kata suami mungkin aku memikirkannya. Tidak. Aku jarang memikirkan hal orang lain. Rutin harian dan anak2 membuatkan mindaku tidak mampu memikirkan perkara lain selain daripada kerja dan keluarga.

09 October 2009

Yang kurindui....

Saat ini dan detik ini....kupejamkan mata seketika sekelilingku pohonan nipah digenangi air jernih, dicelah pelepah nipah kelihatan buih-buih ikan laga dan kelihatan anak puyu dan selat berligar mencari makanan di tepian pokok pinang kecil. Angin barat laut menepis rambut...dingin. Anak padi mulai menghijau menutup permukaan sawah.

Saat ini dan detik ini....kupejamkan mata seketika hidung terhidu bau segar kehijauan, keenakan masakan mak dan keceriaan alam

Saat ini dan detik ini....kupejamkan mata seketika senja yang aman tanpa kucar kacir kesesakan dan mengejar masa yang tidak pernah bercukupan.

Saat ini dan detik ini....kupejamkan mata seketika dan ketemui wajah tenang emak, abah dan saudara erat berpegangan

Saat ini dan detik ini....kupejamkan mata seketika dan kuamati wajah girang anak dan yang tercinta....

Saat ini dan detik ini....kupejamkan mata seketika dan amat indah benar anugerahMu ya Ilahi terima kasih atas pemberian ini

...Kedah

Keputusan satu tahun lagi kami sekeluarga di sini, bumi klang valley. Pulang ke Kedah. Ada yang bertanya, "betul ke", "dah pikir abis", "ko biar betul". Selama ini aku dan suami bertangguh dari setahun ketahun dan kami masih lagi di sini. Memang jarak Selangor dan Kedah tidak sejauh Mesir dan Malaysia namun kami mahu pulang berbakti kepada orang tua sebelum kami atau mereka tiada di dunia ini. Bak kata orang, "teman boleh di cari, harta ada di mana-mana namun saudara tidak mungkin ada galang gantinya". Berkali abah dan mertua bertanyakan soalan sama, "bila nak balik dok sini?". Jawapan ringkas dari aku dan suami,"nanti la".
Keuzuran Tok Yah pada tahun ini memberi pengajaran pada kami. Memang tidak jauh jarak Selangor dan Kedah namun jika tiba masa keuzuran dan kematian kita tidak akan secepat 30 minit untuk sampai ke sana. Kenkangang cuti menjadi masalah untuk menjaga orang tua saat keuzuran mereka jika kita berada dalam jarak yang jauh.
Teringatkan abah, mak, mertua dan seluruh ahli keluarga di sana. Kekadang terasa ralat yang amat bila dikhabar kematian saudara tertentu yang mana kita tidak dapat menghadirkan diri.