Bantal Lama Tilam Baru




Sebenarnya sekadar mahu berkongsi apa yang aku tonton semalam. Berada dipersekitaran yang mana terlalu memanipulasikan orang perempuan membuatkan aku merasa tidak puas hati.


Tajuk ini diambil daripada forum perdana TV1.


Sebenarnya aku tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Ustaz Farid Ravi. Suatu benda yang acap aku ulangi pada setiap lelaki sehinggakan abangku mengelarkan aku "ustazah". Dari pandangan ustaz Farid Ravi tip-tip kebahagian yang meriah dipasaran tidak berguna. Bayangkan jika ibu yang mempunyai anak 5 atau 6, ada ke masa untuknya bersolek, berdandan tentulah tidak. Di sinilah timbul peranan lelaki. Toleransi. Anak pandai buat makan pandai-pandailah membantu isteri dalam urusan rumahtanggan. Jika kita lihat pasangan-pasangan yang bahagia kita dapati toleransi suami amat tinggi. Suami mampu merendahkan ego ketika di rumah yang mana ianya akan menimbulkan keserasian hidup berumah tangga. Suami sebegitu faham situasi isteri yang berdepan dengan kerenah anak-anak dan kesibukan menguruskan rumah tangga. Jadi mereka tidak meminta lebih malah memberi tangan meringankan beban isteri.

Buanglah perangai yang tipikal tidak menyumbang apa-apa menafaat melainkan rasa sakit hati dan penderaan mental terhadap isteri dan isi rumah lain.

Kadang-kadang kita melihat seorang wanita dengan anak sepuluh namun masih tenang dan tersenyum. Biarpun kadangkala rumah bagaikan pusat asuhan. Ini adalah kerana peranan suami sebagai pemimpin yang benar-benar melaksanakan kepimpinannya semasa berada di rumah.

Jangan pula ada yang mengatakan sang isteri pemalas jika ternampak suami melakukan kerja-kerja rumah.


Comments

Popular Posts