Mulia hati
Tangan yang memberi lebih baik dari yang meminta.
Tangan kanan memberi sembunyikan tangan kiri.
Mulia hati. Tidak terungkap dengan perkataan betapa mulianya insan yang memberi tempat perlindungan kepada anak-anak yatim dan anak-anak jalanan yang sangat memerlukan ihsan dan belaian kasih sayang. Mereka amat mulia. Saat orang lain mengejar material. Saat orang lain bergelumang dengan pelbagai kemeriahan dunia mereka memberikan seribu harapan kepada anak-anak kecil yang kehilangan tempat perlindungan untuk membina suatu sinar baru.
Raya 2006. Jalan TAR. Saat orang ramai bergelut menyiapkan persiapan hari raya termasuklah aku sendiri. Aku masih tidak dapat lupakan anak gadis kecil sebaya dengan putri sulungku seolah mencari sesuatu.Terdorong bertanyakannya, "tunggu mak yer, tanyaku padanya. "Tak tunggu cikgu dia pi parking kereta", jawab anak gadis kecil itu. "adik drp mana", tanyaku memandangkan loghat utaranya agak pekat. "Rumah anak yatim, Kedah", jawabnya tersenyum. Aku tersentak dan air mata mula bergenang. "Cikgu dah sampai",tangannya memegang tanganku diciumnya. Terpaku aku seketika. Hanya mampu kudoakan agar anak itu dilindungiNya begitu jua dengan anak-anak lain.
Suatu impian yang masih tertanam. Suatu hasrat mungkin suatu hari nanti. Insyaallah
Comments
Post a Comment