Suatu Amanah

"Eh..hari tu nampak Humairaa...berjalan dari arah Esso, mana dia pergi"? tanya seorang jiran yang mana menimbukan kemuskilanku. Humaira yang kami sekeluarga panggil alang merupakan anak yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Keletah, aktif, yakin diri merupakan sifat kedirinya semenjak bayi lagi. Namun sifatnya itu kekadang menimbulkan gerun dihatiku apatah lagi dengan pelbagai kejadian yang menimpa rakan sebayanya disekitar Klang Valley ini. Resah. "Ya Tuhan Lindungilah anak-anakku daripada kezaliman manusia".

"Alang pernah pergi taman dekat dengan petrol kios tu ke", tanyaku petang semalam tanpa menunjukan sebarang reaksi. "Haa aa..Alang ikut Lokman". Suatu kelebihan anak ini sukar baginya menidakkan pebuatan yang pernah ia lakukan. "Lepas ni Alang jangan pergi tau ..bahaya", dan kuterangkan kepadanya akan ancaman yang berkemungkinan jika ia jauh dari kawasan sekolah.


Aku menarik nafas panjang.

Mereka adalah suatu amanah yang tiada galang ganti. Amanah yang perlu kita bajai supaya mereka menjadi generasi pelapis warisan bangsa yang mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Generasi yang tidak pernah lupa akan perjuangan nenek moyangnya. Generasi yang tidak leka dengan pelbagai daki bawaan budaya asing....

Comments

Popular Posts