31 January 2009

Kembali ke laman bonda

Ahad 25 January 2009, bergerak dari Sungai Petani menuju ke Sanglang. Pemandangan padi yang sudah boleh dituai menarik hati. Jentera tuai bergerak lembut mengaut padi dan membuang jerami. Sesampainya aku di laman abah, pantas aku dan jua anak-anak keluar mendapatkan mereka. Abah dan mak bercerita perihal tanah suci. Indah dan tenang sekali. Sibuk sekali Malisha dan Humairaa dengan buah tangan dari nenda mereka. Lain pula keletah ALkhattab dan AsSiddiq yang sibuk meninjau binatang peliharaan abah. Makan tengah hari berulamkan daun putat, gulai ikan haruan amat menyelerakan.
Petang harinya kami meninjau sekeliling rumah. Kuperhatikan ada kelapa muda. ....Sedap dan segar jika diteguk airnya. Solehah, anak abang lie yang hampir sebulan berada di rumah abah mendapatkan tangga untuk memanjat pokok kelapa tersebut.
Suasana agak bising dek kerana tanah sawah dihadapan laman sedang dituai oleh jentera penuai. Anak-anak tertarik kearah jentera yang jarang-jarang mereka lihat.
Jam lima mendekati enam mobil kami mudik keutara ....alor redis

29 January 2009

Perjalanan ke Utara..2009

Amat jarang sekali aku dan suami mulai perjalanan didinari, kali ini disebabkan adik ipaq, Syairee ingin bergerak pada hari jumaat kami menurut sahaja. 10.30 pm, kereta mulai bergerak memasuki LDP menuju ke PLUS hala utara. Perjalanan lancar namun sedikit perlahan takala melalui beberapa kemalangan dan kawasan rehat dan rawat. Akhirnya kami tiba di Sungai Petani pukul 3.25 pagi. Ahh..satu perjalanan yang meletihkan. Keesokkan hari kami sekeluarga pengsan dek penangan pejalanan dinari.
Aku dan suami kerap memulakan perjananan sebelum subuh. Suasana tenang, sejuk dan bening membuatkan kita amat bertenaga untuk berjalan jauh. Panorama yang indah takala mentari mulai menjengok alam dapat di rasai sepanjang perjalanan.
Ahad, tengahari 25 January 2009 kami menuju ke Sanglang. Rindu akan abah dan mak. Apa tidaknya sepulangan mereka dari bumi Baitullah 4 Januari lalu belum kejengah. Abah dan Mak sihat. Air muka bertambah tenang. Mahu lagi mereka ke sana. Tanah suci.
Jam 5.30 petang kami bergegas ke Alor Redis, Perlis iaitu kediaman Kak Ida bersempena majlis pertunangan anaknya keesokan harinya. Terasa masih bagai semalam aku mengdukung Iemah. Makin tua.
Anak-anak ceria berada di kampung. Mereka bebas berlarian di mana saja sementelah pula tanah sawah kering dan padi sudah dituai. Jadinya tempat anak-anak dan saudara lain berkejaran.
"ma, tahun depan kita pindah sini sajalah", pinta Malisha. Aku tersenyum. "Mama tak ada jin Aladdin..kak", gurauku. Sebenarnya, aku dan suami memang merancang untuk pulang.

23 January 2009

Jejak Kasih

"Adik...imah akan tunang dgn cucu tok wa salleh", teks pesanan ringkas dari Kak Ida perpapar diskrin handphoneku. Kepala otak berligar...Tok Wa Salleh. "Anak sapa...", replyku dengan pantas. "Adik Pak Ngah Halim yang tinggal kat Alor Gunung", Kak Ida terus menelefon.
Ingatanku terus kepada Mak. Mak menjadi yatim semenjak kecil. Kematian bapanya iaitu datukku, Tok Wan Omar kemudian diikut oleh ibunya, Tok Teh. Ketiadaan mereka membawa mak ke kediaman neneknya tidak jauh dari rumah ibu abah (Tok Cah) di Sanglang. Cerita mak Tok Omar bekerja dengan Sultan Kedah takala masih hidup.
Oleh kerana mak anak sulung dan adik-adiknya masih kecil maka hubungan dengan saudara sebelah Tok Omar menjadi renggang. Tok Omar mempunyai saudara iaitu Tok Wa Salleh (Titi Besi), Tok Dak Ali (Pantai Johor), Tok Su Sahak (Kuala Kedah). Hanya itu yang kuketahui dari mak. Keluarga kami agak rapat dengan Tok Dak Ali memandangkan beliau yang kerap melawat mak di Sanglang dan kebetulan anaknya yang tinggal di Johor berdekatan dengan kediaman Abangku.
Tiba-tiba tahun 1990an, mak menerima jemputan kahwin dari Kota Sarang Semut iaitu salah seorang anak Tok Wa Salleh. Dan kuketahui beberapa lagi anak tok Wa Salleh semasa menuntut di Jitra.
Dunia ternyata kecil. ....
Itu baru sebelah mak belum lagi sebelah abah dan keluarga suami berdasarkan salasilah tok mas dari siam.

22 January 2009

Gaza dari sanubari sikecil

"Mama, kakak menangis tadi, kawan-kawan pun sama", cerita puteri sulung sebaik memasuki kereta. "Kenapa", tanyaku sambil menolong Humaira mengangkat begnya. "Tadi cikgu pasangkan slide pasal Gaza, Palestine kesian sangat mereka mama", terangnya bersungguh-sungguh. "Ma, kenapa tentera Malaysia tak serang saja Israel tuh", Al khattab secara tiba-tiba menyampuk. "Tak ada orang tolong ke", rungut Al Khattab". "Kalau abang besar & jadi askar, Israel yg pertama abang "fire"", Al Khattab dengan penuh semangat. "Kita doa saja moga mereka dilindungi Allah SWT", kataku pada kedua-dua anakku.
Topik utama mereka di hari seterusnya berkisar mengenai Gaza, Israel, Amerika dan Arab. Hinggakan Humairaa terikut-ikut dengan pembawaan tersebut. Akhirnya, "Gaza tu apa, Israel tuh apa" tanya Humaira pada kakak dan abangnya.
Di pasaraya hari minggu, membeli keperluan dapur. Mereka seperti biasa selain memerhatikan tarikh luput, logo halal dan dikilangkan dimana tapi mereka cuba pastikan tidak membeli barangan dari syarikat yang menyokong secara terus Israel.
"Ma nescafe nih nestle punyer tak boleh beli", Nadhira menyangka aku akan mengambil nescafe sebagaimana biasa. Aku cuma tersenyum dengan gelagat mereka. Prihatin.

20 January 2009

Pesanan seorang yang bernama IBU

Tahun-tahun dulu sering mak memberi pesanan sekiranya aku ingin kesekolah atau ke mana saja. "Jaga diri", "Jangan dok buat perangai tak elok", "kawanlah dengan orang yang bawa ke jalan yang baik", itu antara pesanan mak. Pagi tadi aku tersedar, aku ulangi apa yang dilakukan oleh mak dulu takala menurunkan putera dan puteri di hadapan sekolah, "jaga akhlak dan peribadi"...pesanku pada mereka berdua.Sendirian aku tersenyum dan sedikit sebak dek pintasn ingatan pada mak di utara sana. Wajah mak dan abah bermain di minda.Biarpun mak bukanlan seorang ibu yang becok namun setiap ayat yang dikeluarkan memberi panduan dan rangsangan pada diri. Mak bukanlah seorang isteri atau ibu yang meminta-minta (demanding). Beliau menerima seadanya. Diri mak membuatkan aku dan saudara lain tidak pernah merasa tertekan sebagaimana dihadapi oleh teman lain yang melayani kerenah ibu mereka.Sanglang dan tahun 80, 90an berbeda dengan situasi sekarang. Aku membesarkan anak di kosmopolit di era ini dengan pelbagai dakyah serta pengaruh berlingkar disekeliling kadang kala amat menyesakan dada. Semalam dua anakku bercerita mengenai denda cikgu terhadap beberapa pelajar yang berkelakuan lucah terhadap pelajar lain. Tergamam jua aku dengan gejala tersebut apakan tidak pelajar sekolah rendah. "Kawan akak ckp dia kalau tersempak dengan mamat yang didenda itu pasti melarikan diri", cerita puteri sulung lagi. Hanya kusematkan pesanan dan nasihat sepada mereka dan itulah yang termampu kulakukan selain mendoakan keselamat, kecemerlangan dan keberkatan hidup mereka.

17 January 2009

Apapun urusan kepentingan keluarga harus menjadi keutamaan.

Semalam agak lewat pulang, ahhh...menunggu dan dalam masa yang sama panggilan dari puteri sulung bertalu-talu diikut panggilan papanya, "ma, u still kat sana lagi, " membuatkan aku makin kelam kabut. Akhirnya orang yang dinanti tiba setelah jam menghampiri pukul 7 petang. Menyelesaikan urusan dan terus meluru ke kereta serta memecut ke arah kediamanku.

Sesampainya di taska, puteri sulung nadhira tiada, pasti aku terlupa dia telah memohon kebenaran untuk kerumah temannya juga teman keluarga kami (kedahan).

Al khattab, persis bapanya memegang tanggungjawab mengambil alang di sekolah. "Macam mana alang ari ni, " tanyaku takala mreka berdua memasuki kereka. "Alang ni mama degil, tak nak dengar ckp abang", luar Al Khattab. Aku tersenyum, kerna kutahu sayang Al Khattab pada saudaranya amat kental dan kuat sebagaimana papanya. Dek kerna itu jika didenda saudara-saudaranya dia akan meminta maaf dan ampun agak denda dikurang atau dihentikan.

Pagi ini takala keluar bilik, mereka telah berada di depan TV, Malisha masih pengsan dibilik kerana keletihan merentas desa semalam. As Siddiq sibuk dengan papa mungkin melepaskan rindu.

10 January 2009

Impian, harapan dan cita-cita

Setiap insan mempunyai impian dan mengharapkan impian tersebut menjadi kenyataan. Berbekalkan impian kita mampu bergerak kehadapan untuk menjadikan ia suatu kenyataan.
Jika dulu aku mahukan tempat yang tinggi kerna kesukaanku menikmati neon-neon berkelipan di malam hari. Juga panorama dari atas sememangnya indah sekali. Dek kerana itu 10 tahun lepas aku dan suami mengambil keputusan membeli property ini.
Namun kini aku jua inginkan hamparan rumput hijau untukku berpijak dan kumahukan pokok-pokok renek disekelilingku. Aku rimas dan letih dengan keadaan kini yang memerlukan kami menggunakan lift untuk ke rumah. Begitu jua putra-putriku. Kolam renang sudah tiada makna bagi mereka yang kian meningkat usia.
Dalam kotak fikiranku ....mungkin 3 tahun lagi ..aku sudah memerhati beberapa kawasan perumahan yang sesuai, berdekatan masjid, sekolah ....

08 January 2009

Petang nan indah

Perjalanan pulang ke rumah selepas hari hujan amat menyegarkan, aku sengaja memperlahankan mobil agar dapat menikmati panorama sang hijau yang membugar kesan simbahan hujan. Amat nyaman dironai dengan lanskap yang tersusun dan disuaipadan dengan pokok-pokok hutan. Semenjak dulu lagi takala kecilku suasana ini amat kusukai. Traffic seperti biasa. Sesampainya ke depan sekolah anak-anak sudah siap menunggu.

07 January 2009

hari yang malang

Jarang sekali puteri pertama yang lasak dan berani ini akan mengeluh, "hari ni hari yang malang ma", aku merenung wajahnya. Bukan malang Allah nak menguji kita. Sama seperti kesekolah pelajar diuji oleh guru-guru dan hidup dibumi ini pun kita juga diuji dengan pelbagai ujian.

Usah mengeluh dengan kesulitan, kepayahan, kesempitan, kesakitan dan usah mengepak sayap dengan kesenangan, kelapangan, kesihatan.....Redha padaNya ....