Pesanan seorang yang bernama IBU

Tahun-tahun dulu sering mak memberi pesanan sekiranya aku ingin kesekolah atau ke mana saja. "Jaga diri", "Jangan dok buat perangai tak elok", "kawanlah dengan orang yang bawa ke jalan yang baik", itu antara pesanan mak. Pagi tadi aku tersedar, aku ulangi apa yang dilakukan oleh mak dulu takala menurunkan putera dan puteri di hadapan sekolah, "jaga akhlak dan peribadi"...pesanku pada mereka berdua.Sendirian aku tersenyum dan sedikit sebak dek pintasn ingatan pada mak di utara sana. Wajah mak dan abah bermain di minda.Biarpun mak bukanlan seorang ibu yang becok namun setiap ayat yang dikeluarkan memberi panduan dan rangsangan pada diri. Mak bukanlah seorang isteri atau ibu yang meminta-minta (demanding). Beliau menerima seadanya. Diri mak membuatkan aku dan saudara lain tidak pernah merasa tertekan sebagaimana dihadapi oleh teman lain yang melayani kerenah ibu mereka.Sanglang dan tahun 80, 90an berbeda dengan situasi sekarang. Aku membesarkan anak di kosmopolit di era ini dengan pelbagai dakyah serta pengaruh berlingkar disekeliling kadang kala amat menyesakan dada. Semalam dua anakku bercerita mengenai denda cikgu terhadap beberapa pelajar yang berkelakuan lucah terhadap pelajar lain. Tergamam jua aku dengan gejala tersebut apakan tidak pelajar sekolah rendah. "Kawan akak ckp dia kalau tersempak dengan mamat yang didenda itu pasti melarikan diri", cerita puteri sulung lagi. Hanya kusematkan pesanan dan nasihat sepada mereka dan itulah yang termampu kulakukan selain mendoakan keselamat, kecemerlangan dan keberkatan hidup mereka.

Comments

Popular Posts