Perjalanan ke Utara..2009
Amat jarang sekali aku dan suami mulai perjalanan didinari, kali ini disebabkan adik ipaq, Syairee ingin bergerak pada hari jumaat kami menurut sahaja. 10.30 pm, kereta mulai bergerak memasuki LDP menuju ke PLUS hala utara. Perjalanan lancar namun sedikit perlahan takala melalui beberapa kemalangan dan kawasan rehat dan rawat. Akhirnya kami tiba di Sungai Petani pukul 3.25 pagi. Ahh..satu perjalanan yang meletihkan. Keesokkan hari kami sekeluarga pengsan dek penangan pejalanan dinari.
Aku dan suami kerap memulakan perjananan sebelum subuh. Suasana tenang, sejuk dan bening membuatkan kita amat bertenaga untuk berjalan jauh. Panorama yang indah takala mentari mulai menjengok alam dapat di rasai sepanjang perjalanan.
Ahad, tengahari 25 January 2009 kami menuju ke Sanglang. Rindu akan abah dan mak. Apa tidaknya sepulangan mereka dari bumi Baitullah 4 Januari lalu belum kejengah. Abah dan Mak sihat. Air muka bertambah tenang. Mahu lagi mereka ke sana. Tanah suci.
Jam 5.30 petang kami bergegas ke Alor Redis, Perlis iaitu kediaman Kak Ida bersempena majlis pertunangan anaknya keesokan harinya. Terasa masih bagai semalam aku mengdukung Iemah. Makin tua.
Anak-anak ceria berada di kampung. Mereka bebas berlarian di mana saja sementelah pula tanah sawah kering dan padi sudah dituai. Jadinya tempat anak-anak dan saudara lain berkejaran.
"ma, tahun depan kita pindah sini sajalah", pinta Malisha. Aku tersenyum. "Mama tak ada jin Aladdin..kak", gurauku. Sebenarnya, aku dan suami memang merancang untuk pulang.

tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak kampung halaman.... jika boleh nak umor 18 tahun je...xmoh bagi naik-naik lagi cukuplah setakat umor 18 tahun....banyak yang kita missed sangat mengenai kampung halaman kita....tak sabar menunggu musim harumanis.....
ReplyDelete