Kembali ke laman bonda

Ahad 25 January 2009, bergerak dari Sungai Petani menuju ke Sanglang. Pemandangan padi yang sudah boleh dituai menarik hati. Jentera tuai bergerak lembut mengaut padi dan membuang jerami. Sesampainya aku di laman abah, pantas aku dan jua anak-anak keluar mendapatkan mereka. Abah dan mak bercerita perihal tanah suci. Indah dan tenang sekali. Sibuk sekali Malisha dan Humairaa dengan buah tangan dari nenda mereka. Lain pula keletah ALkhattab dan AsSiddiq yang sibuk meninjau binatang peliharaan abah. Makan tengah hari berulamkan daun putat, gulai ikan haruan amat menyelerakan.
Petang harinya kami meninjau sekeliling rumah. Kuperhatikan ada kelapa muda. ....Sedap dan segar jika diteguk airnya. Solehah, anak abang lie yang hampir sebulan berada di rumah abah mendapatkan tangga untuk memanjat pokok kelapa tersebut.
Suasana agak bising dek kerana tanah sawah dihadapan laman sedang dituai oleh jentera penuai. Anak-anak tertarik kearah jentera yang jarang-jarang mereka lihat.
Jam lima mendekati enam mobil kami mudik keutara ....alor redis

Comments

Popular Posts