Age Just a Number
Aku mungkin kategori nakal dari dulu kerap menyakat dan tak pernah nampak serius. Dulu pernah ada menelefon...."Ni marka mat ka...""aku jawap, "dak"..."saya dengaq depa kata awak marka mat"...."ya ka...salah orang kut"...."boleh kita jumpa"tanya si yang menelefon. "boleh"....dan si yang menelefon bertanya, "macam mana saya nak kenal awak".."saya berkulit gelap & pendek" jawapku. Dan di hari pertemuan aku menunggu di tempat yang di janjikan iaitu di Bukit Kerinchi tidak jauh dari UM....aku melihat kelibat perempuan mencari-cari sesuatu dan terus aku menegurnya.."assalamualaikum..Kak N (bukan nama sebenar) kann"....dia terkejut. Semasa makan dia tergelak sakan yelah di fikirannya aku ini mungkin akan memarahinya namun kelihatan cool dan relax. Dan sudah tentu fizikal amat berbeza dari yang kunyatakan. Pernah abg sulung cik B sebelum kahwin mengatakan aku ni loyar buruk org tanya lain aku jawap lain.....aku bukan apa malas nak memikirkan dengan serius sesuatu hal. Senyum & tawa tu kan membahagiakan.
Sebagai anak bongsu aku jarang di marahi kalau kena marah sekalipun aku cool. Teman baikku si Normah dia pun sebagaimana aku....memanjang tersengih dan memanjang dengan cerita angan-angan kami ingin meneroka dunia kartun. Ha ha ha end up Normah di Jitra dan aku di Puchong. Miss her. relly miss our life dolo-dolo.
Hobi aku & Normah dulu ronda pida segala jalan kami harungi dan bila meningkat remaja & dah ada lesen terus ronda Alor Star & Penang terus melata ke jalan2 Klang Valley ...sebab tu cik B gelarkan aku ni GPSnya bukan main lagi bangganya dia tak pernah tersesat ke manapun dia pergi. Pada hari raya lepas cik B tergelak-gelak bila abang & adiknya tersesat semasa mahu datang ke rumah abah di pida. Dia kata kita ke Johor pun tak sesat walaupun tak dak sapa dok bagi petua.
Di kala remaja sebaya gian membaca majalah remaja aku lebih selesa dengan majalah roda-roda dan Dewan Masyarakat. Tu la antara sebab mengapa sekarang aku tak reti berfesyen .....mmg tak layan pun. Tapi kalau di Highway tengok motor besar mata mahu terbeliak....."papa bila kita nak beli motor macam tu".
Dan next year my series will change....age just a number.
Comments
Post a Comment