Rasa macam dianiaya & teraniaya


Dua tiga hari lepas pihak pengurusan kediaman tempat tinggal mengeluarkan senarai penduduk yang mempunyai hutang tunggakan maintenance. Terkejut aku ramai rupanya yang tidak atau melalaikan bayaran maintenance. Aku menarik nafas panjang. Terasa amat sedih dan sedikit teraniaya. Tidak tahu kenapa bila aku dan beberapa teman yang lain lambat membayar yuran pengurusan bangunan kami digertak oleh third party yang dilantik oleh pihak pengurusan lepas kadang kala air dipotong sehinggakan aku menjadi bosan untuk tinggal di rumah sendiri. Sedangkan orang lain mempunyai tunggakkan lebih daripada RM1000 tidak pula diganggu.

Apa kelebihan yang ada pada mereka?. Mengapa perlu pihak lain seperti aku dan beberapa teman lain teraniaya. Allah SWT itu adil .....

Sedih...sedih...yelah bak kata seorang teman yang lepas biarkan lepas. Cuma aku tak faham mengapa kami digertak sedangkan ada lagi yang langsung tidak membayar yuran pengurusan. Sukar untuk menafsir semua ini yang pasti kami perlu mencari kediaman baru yang tidak berhadapan dengan masalah sebegini. Aku penat sangat. Sekarang aku masih mencari landed property with gated mungkin disekitar Puchong juga....dan aku perasan ada satu projek Hup Seng D'alpinia lokasi stategik iaitu bersebelahan dengan LDP dan mungkin kami mencari rumah yang ingin dijual oleh pembeli asal disetikar Pusat bandar Puchong. Mat pula tidak mahu rumah yang terceruk jauh memandangkan opisnya di Jlan Ampang.

Comments

Popular Posts