Bila anak bertanya
Anak yang suka bertanya soalan adalah satu kurniaan Ilahi yang sangat istimewa. Anak-anak sebegini jika dilayani berpotensi menjadi remaja dan seterusnya orang dewasa yang bijak berfikir dan petah berbicara. Maksudnya di sini bukan sembang kosong yang tiada makna, tetapi secara ilmiah dan padat isinya. Sekaligus mencerminkan ketajaman minda.
Sebenarnya mendidik anak yang petah berbicara bukanlah di luar jangkauan kebanyakan ibu bapa. Terutama jika anak tersebut jelas minat bercakap dan suka bertanya sejak kecil lagi.
Anak yang petah berbicara ada dua kelebihan: bijak memilih kata-kata dan pintar berfikir.
Si kecil As Siddiq sudahpun menjangkau 4 tahun. Keletahnya menyamai kakak dan alang. Berbeza dengan abang pada umur sebayanya yang sedikit pendiam. Setiap pertanyaannya membuatkan mendula oblongata terangsang....biarpun dalam keadaan mata yg berat dibuka terpaksa digagahi melayan setiap pertanyaannya.
"Mama, mengapa lipas warna hitam", aku jawap, "lipas tu dah tua". Semalam bila selesai minum susu lagi dia bertanya, "mama mengapa Allah tinggal kat atas", aku jawap sbb , " Allah tu besar dan kuat sbb tu kena tinggal di atas sana". "Mama mengapa darah warna merah", aku jawap sbb merah kan cantik Allah cuma letakkan benda yang cantik saja dalam badan kita"."Erm tapi siddiq suka warna hijau"...."mana boleh darah warna hijau nanti kulit as siddiq jadi macam frog atau buaya". "Mama mengapa malam tak siang", aku jawap "kita malam sebab matahari ada di sebelah sana" dan sambung As siddiq, " Ooo matahari balik rumah dia kan mama". Dan dia bertanya lagi, "mama as siddiq minum susu...susu masuk dalam badan & masuk kebontot mengapa susu boleh jadi taik (najis)".....aduhai as siddiq dah hampir pukul 1 pagi saraf otak mama ni dah berpinau2 nak cari jawapan yang bersesuaian dgn as siddiq.
Pagi tadi semasa aku bangun kalau tak as siddiqah antara yang awal bangun mungkin sebab tahu papa ada di rumah tidurnya nyenyak sekali. Hujung minggu ni aku mungkin akan ke Putra Perdana atau Putrajaya untuk mencari Little Caliph atau CIC untuk si kecil As Siddiq ni.

Comments
Post a Comment