ilmu padi makin berisi makin tunduk
Peribahasa melayu, "ilmu padi makin berisi makin tunduk", merujuk kepada sifat individu yang tidak meninggi diri walaupun mempeolehi darjat, pangkat atau kekayaan. Sifat tawaduk ini amat sukar ditemui kerana kini kebanyakkan kita suka menunjuk-nunjuk apa yang kita ada kepada umum.
2006 menemukan aku dengan seorang insan yang hingga kini tidak kulupai. Aruah bapa birasku. Orangnya sederhana. Bercakap hanya apabila perlu. Jarang aku bertemu dengan orang sebegini. Kebanyakkan ibu-bapa suka bercerita akan gahnya anaknya namun bapa ini tidak sebegitu. Beliau hanya bercerita apabila kuajukan soalan padanya. Aku banyak muhasabah diri selepas bertemunya. Aku amat kagum dengan insan sebegini.
Alfatihah ke atas rohNya moga berada dikalangan mereka yang beriman.
Comments
Post a Comment