Nurkasih....





Nurkasih drama arahan Khabir Bhatia mendapat tempat dihati ribuan rakyat Malaysia. Mengapa?. Nurkasih merupakan drama yang dekat dihati orang melayu yang beragama Islam dek kerana itulah ia melekat dihati peminatnya. Ia bukan berkisar hanya kepada kisah cinta tetapi keseluruhan kehidupan masyarakat melayu itu sendiri. Misalnya, permilihan jodoh atas dasar agama, sekufu dan keluarga dititik beratkan ianya adalah suatu yang digunapakai oleh orang melayu dalam mencari jodoh untuk anak-anak mereka suatu ketika dahulu.

Pemilihan berdasarkan sekufu adalah amat penting dalam membentuk persefahaman dalam kehidupan berumahtangga. Bukan mudah untuk menyesuaikan sesuatu yang baharu sedangkan kita dididik dengan kehidupan keluarga bertahun lama. Perkahwinan bukanlah seperti bercinta kerana perkahwinan melibatkan ramai orang-orang dipersekitaran kita. Kita harus menerima orang-orang yang berada dipersekiran pasangan kita sebagai sebahagian daripada kita. Menerima ibu-bapa mereka sebagai ibu bapa sendiri.
Watak-watak yang dijelmakan dalam drama ini sebenarkan ada dalam diri kita sendiri samada kita sedar ataupun tidak. Mungkin Nur Amanina yang luhur, Sarah, Katrina, Aliya...tepuk dada tanya iman. Sebab kita sahaja yang kenal siapa diri kita. Sejauhmana kita rapat ibu mertua kita, atau kita masih mempunyai rasa curiga, dan pelbagai.....




Comments

Popular Posts