Carrefour Puchong Utama


Semalam balik daripada opis terus ke Carrefour yang baru dibuka secara tidak rasmi di Puchong Utama patut pada 23 Dec 2010 secara rasmi. Niat hati nak beli uniform sekolah anak. Tetapi agak kecewa hanya satu brand saja yang ada sememangnya tidak ada pilihan lain. Malam ini mungkin akan ke Mydin Subang pula. Tapi honestly aku tidak suka shopping malam terutama selepas balik kerja...letih. Apa nak buat masa sudah suntuk. 2 Minggu lagi sekolah akan dibuka.

Carrefour Puchong Utama. Banyak yang aku tidak puas hati bagi aku tidak mesra pengguna. Di parking tidak mempunyai laluan khas untuk troly puas aku berpusing untuk mencari jalan ke kereta memandangkan kami parking 3 lane daripada pintu masuk utama. Lagi satu hypermarket baru ini tidak mempunyai lift khas untuk menaikkan troly jadi para pekerja terpaksa menggunakan lift yang digunakan oleh pelanggan untuk menaikan troly di tingkat 1.

Harga barang-barang pulak.....boleh tahan la. Bagi aku yang pernah berkerja dihypermatket juga tidak puas hati dengan opening price yang diberikan oleh Carrefour Puchong Utama. Selalunya supplier akan memberi harga diskaun kepada pihak hypermarket untuk stor baru. Sepatutnya pihak Carrefour lebih peka dengan keperluan semasa ....dimana mereka patut menyediakan lebih banyak uniform sekolah dan peralatan lain memandangkan sekolah bakal dibuka tidak lama lagi.

Kebetulan Ateh yang tinggal di Puchong Utama juga pergi ke Carrefour semalam so dapatlah adik-beradik bertemu.

Kepada warga Puchong satu lagi hypermarket untuk kemudahan kita semua selain Pasaraya HERO yang dibuka di Pulau Meranti tidak berapa lama dahulu. Semua sudah letih untuk Ke Tesco, Giant & IOI Mall memandangkan kesesakan yang teruk di LDP.

Acara penutup ialah makan2...


Comments

  1. kalau bisnes mini donut di carrefour puchong utama ada sell tak? sebab tak lama lagi tesco akan buka di sebelah jalan di situ.???

    ReplyDelete
  2. mini donut mcm mana..ala2 bigapple tu ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts