Minggu MC



Selalu kalau keluar pukul 8.00 pagi aku akan sampai di parking opis tetapi hari ini....hu hu hu my bad day 30 minit masih lagi di LDP depan Traktor. Apa dah jadi?. Rupanya ada accident di flyover Puchong Perdana. Huuuhhhh...kalau aku keluar ikut Puchong Indah tak lah tersangkut dalam jam.

Hari ini boss pula MC. Isnin & selasa Marketing tutup Kedai. Masing-masing sakit di hujung tahun ini. Opis sepi. Misteri nusantara......

Kondisi aku makin ok hopely ....cuma bak kata Kak Tie "adik masa kecik2 kalau batuk & demam keadaan akan jadi teruk sampai satu family takut".....mungkin aku dah lama tak demam dan bila terjadi sedikit teruk berbanding orang lain.

Tapi syukur pada yang Esa kerana anak2 berada dalam keadaan sihat begitu jugak Encik Hubby.



INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SIBUK
HIDUP SEBELUM MATI
SIHAT SEBELUM SAKIT

Comments

Popular Posts